Thursday 31 May 2012

bahasa melayu】Kesan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar

    Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, penggunaan telefon bimbit telah menjadi satu keperluan kepada kebanyakan umat manusia. Dahulu, hanya golongan kaya yang menggunakan telefon bimbit, tetapi kini, dalam kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik marcapada ini, kebanyakan golongan dewasa, remaja dan pelajar serta murid sekolah rendah juga berupaya menggunakan telefon bimbit. Remaja dan murid sekolah rendah turut mengikut jejak orang dewasa menggunakan telefon bimbit. Pernahkah terlintas dalam benak kita tentang implikasi penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar? Oleh hal yang demikian, implikasi baik dan buruk yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.

    Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan telefon bimbit dapat mengeratkan silaturahim dan ukhuwah. Pelajar dapat berinteraksi dengan orang lain di segenap empat penjuru dunia pada bila-bila masa kerana segalanya di hujung jari. Selain itu, pelajar juga boleh menghantar mesej melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) atau Khidmat Pesanan Multimedia (MMS). Sebagai contoh, seorang mahasiswa yang melanjutkan pelajaran di Rusia dapat menghubungi keluarganya yang berada di Malaysia dengan menggunakan telefon bimbit. Sekiranya mahasiswa tersebut tidak mempunyai telefon bimbit, dia terpaksa menggunakan telefon awam di luar negara untuk menelefon ahli keluarganya. Intihanya, kita perlu mengapresiasikan penggunana telefon bimbit kerana afdal untuk mengukuhkan hubungan.

    Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah penggunaan telefon bimbit juga menimbulkan impak negatif. Seyogianya pelajar perlu mengurangkan penggunakan telefon bimbit kerana penggunaan telefon bimbit merupakan pembaziran. Hal ini dikatakan demikian kerana golongan remaja seperti saya yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang juga ingin mempunyai model telefon bimbit terbaru apabila melihat kawan lain juga memilikinya. Bukan itu sahaja, terdapat juga pelajar terpaksa menanggung bil telefon yang mahal kerana kerap menelefon dan berbual-bual dengan kawan walaupun mengetahui kadar bayarannya. Sebenarnya, mereka sepatutnya mengukur baju di badan sendiri dan jangan nanti sudah terhantuk baru tengadah. Bak kata pepatah melayu,”ingat sebelum kena, jimat sebelum habis”. Oleh itu, pelajar harus mengurangkan penggunaan telefon bimbit supaya dapat mengelakkan pembaziran

    Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sememangnya menjejaskan pelajaran mereka. Hal ini berlaku kerana pelajar menggunakan telefon bimbit tanpa kawalan. Mereka sering menghantar mesej kepada kawan untuk perbualan kosong. Selain itu, kita acapkali tersentak dengan masalah “pasangan” yang berlaku di bangku sekolah. Penggunanan telefon bimbit dalam kalangan pelajar akan menimbulkan lagi masalah tersebut. Tambahan pula, sekiranya pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka tidak akan menumpukan perhatian untuk belajar tetapi leka dengan permainan video. Mereka juga terpaksa menanggung risiko kehilangan telefon bimbit. Konklusinya, pelajar tidak mementingkan pelajaran seandainya mereka mempunyai telefon bimbit.

    Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, penggunaan telefon bimbit juga akan menjejaskan kesihatan pelajar. Kebanyakan perkhidamatan telefon bimbit seperti perkhidmatan telefon, GPRS(General Packet Radio Service), khidmat pesanan ringkas (Short Message Service, SMS), khidmat pesanan multimedia (Multimedia Message Service, MMS), dikenakan bayaran. Hal ini menyebabkan sesetengah pelajar sanggup mengikat perut dan berlapar untuk membayar bil telefon bimbit. Mereka telah menyalahgunakan wang saku yang diberi oleh ibu bapa mereka. Selain itu, telefon bimbit akan mengeluarkan gelombang semasa kita menjawab telefon dan akan mengganggu fungsi saraf otak sehingga menyebabkan barah atau kanser. Tuntasnya, pelajar sepatutnya tidak menggunakan telefon bimbit. Bak kata pepatah, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”

    Kesimpulannya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar mendatangkan lebih banyak kesan buruk daripada kesan baik. Pelajar seyogianya memanfaatkan kebaikan dan mengelakkan keburukan penggunaan telefon bimbit kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Bak kata pepatah, genggam bara api biarlah sampai jadi arang, justeru itu, langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik perlu dilaksanakan oleh semua pihak secara berterusan dan jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja untuk membasmi masalah yang timbul ekoran daripada penggunaan telefon bimbit serta melahirkan remaja yang berwawasan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
Teknik Dracer
Langkah Mengajar:
a. Murid membaca skrip drama
b. Murid berbincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti skrip drama aspek watak, tema dan persoalan, plot dan sinopsis.
c. Murid menulis kembali skrip drama tersebut ke dalam bentuk ceren.

Genre:
a. Sesuai untuk genre drama

Teknik Komcer
Langkah Mengajar:
a. Murid membaca komik.
b. Murid berbincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti komik tersebut (watak-watak penting, tema dan persoalan, plot dan sinopsis)
c. Murid menulis kembali komik tersebut dalam bentuk cerpen.

Genre:
a. Sesuai untuk Cerpen

Teknik Cerdra
Langkah Mengajar:
a. Murid membaca petikan cerpen.
b. Murid menyatakan sinopsis cerpen.
c. Murid berbincang dalam kumpulan tentang cara-cara menulis skrip drama.
d. Murid mengadaptasi cerpen kepada skrip drama.

Genre:
a. Sesuai untuk genre cerpen dan drama

Teknik Cerkom
Langkah Mengajar:
a. Murid membaca petikan cerpen.
b. Murid berbincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti tema dan persoalan, plot dan watak-watak penting.
c. Murid menyatakan sinopsis cerpen.
d. Murid melukis komik yang berdialog berdasarkan sinopsis cerpen.

Genre:
Sesuai untuk Genre Cerpen

Teknik Meneruskan Cerpen
Langkah Mengajar:

a. Murid membaca petikan cerpen.
b. Murid berbincang dalam kumpulan untuk meramal kesudahan cerpen yang dibaca.
c. Murid menyambung cerpen yang dibaca dengan menambah atau menggugurkan watak, mengubah suai plot, latar, tema dan sebagainya.

Genre:
a. Cerpen, novel

Teknik Dekon

Langkah Mengajar
a. Seorang murid mendeklamasikan sajak atau puisi.
b. seorang atau beberapa orang murid melakonkan aski yang sesuai dengan sajak / puisi yang dipelajari.
c. Murid lebih mudah mengingati sajak / puisi.

Genre:
a. Teknik ini sesuai untuk sajak.

Teknik Teater Pembaca

a. melibatkan beberapa orang murid membaca skrip sesebuah cerita di hadapan kelas.
b. lebih mementingkan aspek penggunaan suara, sebutan, intonasi, dan mimik muka,
c. murid yang sedang membaca skrip diminta bergerak selangkah ke hadapan dan kembali selangkah ke belakang selepas gilirannya habis.
d. membantu penonton memahami, menghayati dan merasakan cerita itu seolah-olah sedang berlaku di hadapan mereka.
e. Pelajar lain boleh mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti yang dijalankan.
f. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, dan prosa klasik.

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA - TEATER PEMBACA

  • Teater pembaca melibatkan  pembaca membaca secara individu daripada skrip pendek.
  • Teater pembaca dikenali sebagaiteater mindakerana audiens dibiar untuk membayangkan babak dan aksi daripada suara dan gerak isyarat yang simbolik daripada pembaca.
  • Skrip boleh berupa prosa naratif atau puisi.
  • Suara-suara dalam teks ditugaskan kepada pembaca yang berbeza.
  • Penekanan dilakukan pada suara, nada, intonasi, kadar, hentian dan tekanan.
  • Ketika murid-murid membaca, wujud interaksi antara bahasa dengan pemikiran dalam dimensi yang luas.
  • Melalui teknik teater pembaca, murid-murid membaca cerita dengan lancar.
  • Murid-murid juga menggunakan nada dan intonasi yang betul berdasarkan cerita di samping melakukan gerakan yang sesuai dengan isi dan tema cerita.
  • Aktiviti ini mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka.
  • Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka membantu murid-murid yang menjadi penonton memahami, menghayati dan merasakan seolah-olah cerita yang disampaikan berlaku di hadapan mereka.
  • Aktiviti teater pembaca memerlukan skrip pendek yang sesuai dan mengandungi dialog.
  • Pemilihan seorang murid sebagai pencerita untuk memulakan cerita dan menyambung jalan cerita adalah diperlukan hingga cerita tamat.
  • Murid-murid yang mengambil bahagian dikehendaki duduk atau berdiri dalam separuh bulatan di hadapan penonton. Pencerita pula berada di sebelah kanan penonton, manakala pelakon membaca cerita masing-masing
  • Terdapat dua cara untuk menjalankan teknik teater pembaca seperti yang dikemukakan oleh Kamaruddin Hj.Husin & Siti Hajar Abdul Aziz (1998), iaitu (a) pencerita berada dalam kelompok cerita dan (ii) pencerita berada di luar kelompok cerita.
  • Pencerita yang berada dalam kelompok cerita, membaca skrip sambil berjalan ke arah pelakon yang wataknya sedang dibacakan.
  • Pelakon tersebut akan berdiri apabila wataknya dibacakan.
  • Pencerita yang berada di luar kelompok cerita pula hanya membaca cerita dari suatu tempat lain.
  • Pelakon pula hanya akan bertindak balas dengan berdiri dan berlakon apabila skrip tentang wataknya dibacakan oleh pencerita.

Teknik Kerusi Panas

Langkah Mengajar:
a. Seorang murid dikehendaki memainkan peranan satu watak.
b. Murid berkenaan duduk di kerusi di hadapan kelas.
c. Murid-murid lain mengajukan pertanyaan berkaitan perwatakan watak yang dilakonkan.
d. Murid yang duduk di kerusi mesti menjawab soalan sebagai watak yang dilakonkan.
e. Murid lain mencatat perwatakan watak.

Genre:
a. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.