Tuesday 19 June 2012

SOALAN BAHASA MELAYU ULANGAN KERTAS 2.


SOALAN 1.

1. Rumusan .

Ciri-ciri perunding yang berkesan dan usaha-usaha untuk meningkatkan kemahiran berunding.



SOALAN 2:

2b. Cerpen - "Pungut anak Zahara Alias Yap Siew Hong"

2c. Petikan Prosa Tradisional - Hikayat Siak

2d. Sajak - Adat Sezaman.


SOALAN 4:

a. Huraikan tema

b. Jelaskan 3 pengajaran.





Selamat mencuba.........semoga  A+ dalam gengaman anda.....

SOALAN BAHASA MELAYU ULANGAN KERTAS 1 TAHUN 2012.



Bahagian A.

Faedah menggunakan perpustakaan.

Bahagian B.

1. Kerjaya seseorang anak lebih baik ditentukan oleh anak sendiri daripada ditentukan oleh ibu bapa.

 Bincangkan.

2. Pertambahan saluran televisyen seperti NTV7,TV 8 dan Astro  amat .mempengaruhi kehidupan masyarakat di negara kita.

Berikan pendapat anda tentang kebaikan dan keburukannya.

3. Anda ingin menyertai satu pertandingan syarahan bersempena dengan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan. Tajuk syarahan anda ialah " Pertanian Satu Perniagan"

Tulis teks syarahan itu selengkapnya.

4. Penduduk dunia sering diancam bencana alam seperti banjir, kemarau, gempa bumi dan tsunami.

Huraikan bantuan-bantuan yang perlu dihulurkan oleh negara-negara di dunia kepada negara-negara yang menghadapi bencana tersebut.

5. Peribahasa " Bertangguh itu pencuri masa" membawa maksud bahawa melengah-lengahkan sesuatu pekerjaan itu akan merugikan diri sendiri.

Berdasarkan maksud peribahasa tersebut, jelaskan kepentingan-kepentingan menguruskan masa dengan baik.



Sunday 10 June 2012


Contoh-contoh seloka/pantun untuk majlis


SELOKA

Assalamualaikum kalam bermadah,
Berbicara tentang masa sudah,
Suasana hiba mendatang telah,
Memori bersama mudir semakin terserlah

Angka 58 menjelang tiba,
Tidak diundur biar seketika,
Sampai seru meletak pena,
Tiga dekad begitu lama.

Cahaya liput serata alam,
Anak didik membawa salam,
Ilmu disebar dengan kalam,
Kini menjadi sejarah silam.

Kenangan bersama mengusik rindu,
Kini menjadi medan pilu,
Biarpun tiada ratap sendu,
Hati di dalam Allah jua tahu.

Hidup ibarat putaran roda,
Putaran berlegar mengikut masa,
Hari ini kanda berdua,
Lain ketika kami menyusul pula.

Maaf dipinta silap bicara,
Dalam masa gurau senda,
Hati terobek dek kaca,
Tutur bicara yang menikam sukma.








PANTUN

Terbang bebas si rama-rama,
Indah panorama menghias alam;
Di kala ini wajahmu purnama,
Esok lusa tampak berbalam.

Indah panorama menghias alam,
Tampak dari Tanjung Agas;
Esok lusa tampak berbalam,
Rinduan kami tetap berbekas.

Tampak dari Tanjung Agas,
Menggamit rindu datang ke mari;
Rinduan kami tetap berbekas,
Kenangan bersama memahat memori.

Menggamit rindu datang ke mari,
Teman sepermainan di tengah laman;
Kenangan bersama memahat memori,
Tautan kasih sepanjang zaman.

Teman sepermainan di tengah laman,
Pakat bersama menunggang kuda;
Tautan kasih sepanjang zaman,
Sisihkan sengketa kiranya ada.

Pakat bersama menunggang kuda,
Biarpun seketika masa cuma;
Sisihkan sengketa kiranya ada,
Bertemu berpisah perencanaan-Nya.






Selamat datang ke :
Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan, Guru Besar SK LKTP Sg. Sayong.

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan



Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat


Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi


Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali


Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi
Hari ini menanam jagung
Hari esok menanam serai
Hari ini kita berkampung
Hari esok kita bersurai
Malam ini menanam jagung
Malam esok menanam serai
Malam ini kita berkampung
Malam esok kita bercerai
Hari ini menugal jagung
Hari esok menugal jelai
Hari ini kita berkampung
Hari esok kita bercerai
Batang selasih permainan budak
Berdaun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga
Orang Aceh sedang sembahyang
Hari Jumaat tengah hari
Pergilah kasih pergilah sayang
Pandai-pandailah menjaga diri
Mana Manggung, mana Periaman
Mana batu kiliran taji
Tinggal kampung tinggal halaman
Tinggal tepian tempat mandi
Bintang Barat terbit petang
Bintang Timur terbit pagi
Jika tidak melarat panjang
Ada umur ketemu lagi
Dari mana hendak ke mana
Tinggi ruput dari padi
Tahun mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi?
Dian tiga lilin pun tiga
Tanglung tergantung rumah laksamana
Diam juga sabar pun juga
Ada umur tidak ke mana
Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi
cinta diukir di dalam hati,
takdir terpisah di tengah jalan,
masih merindu di dalam hati,
seribu tahun tak kan menghilang……



Hendak gugur gugurlah nangka
usah menimpa si dahan pauh
hendak tidur tidurlah mata
usah dikenang orang yang jauh


beduk dipalu penambang ke laut
sampai muara bersauh dua
biduk berlalu kiambang bertaut
sampai masa bersatu jua

kiri jalan kanan pun jalan
di tengah-tengah, pohon mengkudu
kirim jangan pesan pun jangan
samalah sama menanggung rindu

jangan memendam rindu di hati,
agar tiada luka di jiwa,
apa susah mengharap kembali,
andai dikenang ingat tiada,

Inang-inang padi pak daik
bunga padi tak sama bentuknya
sungguh dikenang budi yang baik
takkan dilupa selama-lamanya…

Makan kerang bersama kepah
Mari kita makan berdiri
berterus terang tidaklah mudah
Tersiksa cinta memakan diri

Lancang kuning kapal pusaka,
Kisah sedih kekejaman raja.
Walau kering selat melaka,
Budi mu tuan tidak dilupa.
Burung merpati hinggap di laman,
Cenderawasih tinggi di awan.
Tabahkan hati tetapkan iman,
Tak akan hilang arah tujuan.
petiklah bintang jika itu cintamu
raihlah bulan jika ituharapanmu
biarlah dukaterkubur oleh waktu
hiasi hidupini dengan senyum manismu.

petiklah bintang jika itu cintamu
raihlah bulan jika itu harapanmu
biarlah duka terkubur oleh waktu
hiasi hidupini dengan senyum manismu.

hati gembira bersama teman
bersuka ria di bawah jambatan
jikalau kita diizinkan Tuhan
pasti bertemu dihari kemudian

SEPANTUN KENANGAN BERTAUT SAYANG

Harum semerbak si bunga melur,
Jadi hiasan taman larangan,
Sejambak pantun mesra dihulur,
Setulus ingatan mengimbau kenangan.

Tinggi sungguh pohon kuini,
Dililit pepaku bersulam semalu,
Melepaskan dirimu di saat ini,
Basahlah daku meratap pilu.

Kicak kicau mendayu-dayu,
Tumbuh berangan di hujung desa,
Sebak di dada pilu di kalbu,
Sejuta kenangan segunung jasa.

Terbang melayang sianak kedidi,
Tersenyum kenari berteman merpati,
Bonda tersayang menabur budi,
Kami di sini meraih bukti.

Cantik tergubah bunga melati,
Merimbun celagi di tengah belukar,
Pandan Indah tempat berbakti,
Melangkah pergi amatlah sukar.

Mekar segar pohon dedalu,
Dililit pula dedaun pepaku,
Sepuluh tahun pantas berlalu,
Kutahu hidupmu penuh berliku.

Bunga cempaka menghias jemala,
Tepian selasih mengharum kekwa,
Suka duka kau himpun segala,
Dalam bersedih engkau tertawa.

Mekar memutih pohon pedada,
Melambai puding di pinggir rawa,
Alangkah sedih nasibmu bonda,
Telunjuk dituding menusuk ke jiwa.

Tampak berbayang cahaya pelita,
Terbang rerama ke tengah dahan,
Surat layang menghimbau derita,
Luluhlah atma menangkis tuduhan.

Pohon kuini banyaklah dahan,
Tempat sibubut mencari makan,
Pernah dihujani pelbagai cemuhan,
Isu rambut ibu bapa persoalkan.

Bunga mawar merona merah,
Mekar menguntum di sisi angsana,
Bonda orangnya amat pemurah,
Sanggup berhabis di sini di sana.



Burung merbah sayap berdarah,
Tertusuk duri di tepi kesuma,
Tetap tabah mencipta sejarah,
Bidang ICT menempa nama.

Bertalu gedombak seindah irama,
Diiring biola di tengah halaman
PKPSM teraju utama,
Lantang bersuara terpana teman.

Bunga semalu berkembang rancak,
Sayang berduri menghiris seraya,
Bonda berlalu tatkala di puncak,
Anugerah ICT penamat kerjaya.

Anak serani dalam kasmaran,
Ilmu di dada menjadi teman,
Dewasa kami penuh cabaran,
Pesanan bonda jadi pedoman.

Hujung daksina merimbun celagi,
Beralun tualang indah bersemu,
Walau ke mana diriku pergi,
Insan sepertimu takkan ketemu.

Alangkah dinginnya menjelang senja,
Mentari terbenam diufuk barat,
Doaku ikhlas untukmu sahaja,
Bahagia di dunia hingga akhirat.




Contoh-contoh karangan cikgu Ishak...



RANGKA ISI JAWAPAN KARANGAN SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN NG2 DI MALAYSIA 2011

PERLIS

1.  Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang remaja.

Sebagai seorang remaja, jelaskan ciri-ciri rakan sebaya yang menjadi pilihan anda.

Pendahuluan : Dipetik daripada kata-kata dalam sepotong Hadith Nabi SAW yang bermaksud, “Pilihlah rakan yang betul. Sekiranya kamu bersahabat dengan seorang penjual minyak wangi nescaya bauan kasturinya akan terkena kepada kamu. Tetapi, apabila kamu bersahabat dengan seorang tukang besi nescaya bau tengik besi akan terpalit juga kepada dirimu. Demikianlah betapa pentingnya pengaruh rakan dalam kehidupan kita. Sebagai remaja dalam alaf baru ini saya tidak boleh lari daripada bersahabat kerana sahabat menjadi resepi utama untuk menentukan arah tuju kita. Walau bagaimanapun, sebagai remaja yang berwawasan, saya harus bijak memilih rakan kerana rakan ketawa beramai-ramai, tetapi rakan menangis seorang diri. Banyak ciri rakan yang baik harus saya telitikan agar rakan tidak menjadi lawan pada hari kemudian.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Rakan sebaya yang memiliki iman dan taqwa (takwa) terhadap Tuhan maha pencipta – orang bertakwa ialah orang yang baik – memiliki wawasan dunia dan akhirat

Isi 2 : Rakan sebaya yang bijak dan pintar – boleh membantu saya terutama dalam menyelesaikan masalah dalam pelajaran (peribahasa, meminta pada yang ada bertanya pada yang tahu)

Isi 3 : Rakan sebaya yang berakhlak mulia – memiliki nilai-nilai peribadi yang luhur – sentiasa berfikiran terbuka dan banyak membimbing kita ke jalan yang benar

Isi 4 : Rakan sebaya yang sealiran – memiliki minat dan cita-cita yang sama – dapat saling bertukar fikiran tentang cita-cita dan masa depan (peribahasa,berlapik seketiduran, sebantak sekalang hulu = sangt akrab seia sekata)

Isi 5 : Rakan sebaya yang berprinsip dan teguh jati diri -  tidak mudah terjebak ke dalam angkara yang memudaratkan – ampuh bertahan daripada segala anasir yang tidak baik (peribahasa, ampuh bak ikan di laut walaupun sepanjang hayat badannya tetap tidak masin)

Kesimpulan : Sesungguhnya, setiap insan yang berjaya sentiasa didorong oleh minat dan keinginan untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Antara elemen kecemerlangan ialah bermotivasi, beriman, berilmu dan memperoleh rakan pembimbing yang baik. Oleh itu, saya akan berusaha untuk memilih rakan-rakan yang memiliki ciri-ciri insan terpilih.



2.  Amalan berjimat cermat amat penting dalam menghadapi krisis ekonomi hari ini.

Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam memupuk amalan berjimat cermat.

pendahuluan : Semua pihak telah maklum, bahawa sejak tahun 2008 hingga 2011 merupakan tempoh getir. Kegetiran tersebut berpunca daripada suasana ekonomi dunia yang suram. Peningkatan mendadak harga minyak, perubahan suhu dunia, bencana alam, dan krisis bahan makanan telah menimbulkan pelbagai krisis ekonomi. Hingga ke hari ini suasana ekonomi dunia masih dalam suasana yang tidak menentu. Banjir besar yang melanda negara-negara pengeluar pertanian seperti Australia, India, dan Cina amat menakutkan kita. Walaupun Malaysia tidak begitu teruk terjejas, namun amaran seperti itu perlu diambil serius agar dapat menyediakan payung sebelum hujan. Bagi mendepani keadaan darurat seperti itu, setiap keluarga haruslah bijak memainkan peranan dalam memupuk amalan berjimat cermat dalam kalangan anggotanya.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Amalan berjimat cermat hendaklah dimulakan di rumah – menanamkan asas berjimat cermat dalam segala perkara yang bermula dari dalam ceruk dapur sendiri – cermat tentang urusan harian, makan minum, dan perkara-perkara asas

Isi 2 : Ibu bapa hendaklah mendominasikan amalan hidup bersederhana – merancang perbelanjaan mengikut kemampuan – tidak terlalu boros semata-mata tunduk kepada kehendak nafsu (peribahasa air perabung akan menitis melalui cucur atap = perangai tidak baik ibu bapa ditiru anak-anak)

Isi 3 : Merancang masa depan dengan mengutamakan tabiat menabung – strategi bertindak sebelum datang sesuatu bencana (peribahasa ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis)

Isi 4 : Menyediakan pelan bertindak bajet keluarga – sistem bajet yang yang dipatuhi – keutamaan diberikan kepada urusan-urusan yang lebih penting dahulu (peribahasa; hendak kaya berdikit-dikit, hendak papa bertabur urai)

Isi 5 : Bijak menggunakan hemah dan akal daripada dikuasai nafsu – memiliki daya pertimbangan terhadap sesuatu perkara dengan berasaskan minda – keputusan tidak dibuat berdasarkan keinginan dan runtunan nafsu – mengelak sikap suka berlumba (peribahasa gajah berak besar pelanduk pun nak berak besar juga).

Kesimpulan : Tuntasnya, dalam urusan berjimat cermat kita wajar berpegang kepada falsafah bahawa, “Seseorang yang bijak menguruskan perbelanjaan tidak bergantung kepada berapakah pendapatan seseorang itu, sebaliknya bergantung kepada berapa banyakkah yang seseorang itu boleh menyimpan?”. Oleh itu, berjimat cermatlah sebelum kita berhadapan dengan bankrup.



3.  Usaha yang berterusan untuk membantu Orang Kelainan Upaya (OKU) amat wajar supaya mereka dapat memberikan sumbangan kepada negara.

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha untuk membantu golongan ini.

Pendahuluan : Di suatu lorong deretan kedai kelihatan seseorang yang sangat daif dengan pakaian tidak terurus sedang menadah tangan memohon simpati orang yang lalu lalang. Dalam situasi yang lain pula kelihatan seseorang yang tidak cukup anggota memohon simpati orang yang sedang lalu lalang membantunya menolak kerusi roda. Malahan di asrama-asrama yang daif mereka ini terpaksa tinggal berasak-asak. Demikianlah gambaran mudah tentang senario orang kelainan upaya (OKU) di Malaysia. Bagi rakyat Malaysia golongan OKU bukanlah suatu isu yang mendesak di negara ini. Lebih banyak isu yang harus diberi perhatian seperti isu politik, ekonomi dan isu gejala sosial yang tidak pernah kunjung selesai. Demikianlah nasib OKU yang sehingga ke hari ini masih dalam keadaan dilema, terbiar, dan menghadapi masa depan yang penuh hambar. Sesungguhnya sebagai insan, OKU juga mempunyai hati dan perasaan yang menuntut mereka diberi peluang untuk meneruskan hidup. Saya berpendapat memang tepat sekali pelbagai usaha harus digemblengkan sebagai langkah untuk membantu golongan tersebut meneruskan kehidupan.

Isi-isi penting :

Isi 1 : OKU hendaklah diberi peluang menuntut ilmu sehingga ke peringkat tertinggi yang mereka mampu – bukan semua OKU yang tergencat mental – ilmu sahaja yang mampu mengubah kehidupan insan

 Isi 2 : Menyediakan pelbagai bidang kemahiran yang sesuai dengan OKU – sebagai alternatif kepada golongan yang tidak mampu meneruskan pengajian

Isi 3 : Menyediakan segala infrastruktur yang mesra OKU – bagi memudahkan pergerakan dan urusan harian mereka

Isi 4 : Masyarakat perlu membuka minda untuk menerima OKU seadannya – kecacatan bukan alasan untuk menysihkan mereka – kekurangan yang dialami bukan untuk dihina tetapi untuk diinsafi

Isi 5 : Kerajaan dan swasta hendaklah menyediakan peluang pekerjaan yang layak dengan kemampuan OKU – melaksana tanggungjawab atas wadah masyarakat prihatin dan penyayang

Kesimpulan : Sesungguhnya, tiada seorang insan pun yang mahu dirinya dipinggiri. Mereka mahu hidup bebas dan berdikari. Sebaliknya, takdir yang menentukan, justeru tiada sesiapa yang boleh menentang takdir. Sungguhpun begitu, kita tidak boleh menidakkan ikhtiar untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik seperti mereka. Seandainya terus dibiarkan, mereka pasti menimbulkan pelbagai beban dan kesulitan kepada kita sehinggakan tiada beban batu digalasi.

CATATAN : Sampel karangan bagi soalan ini boleh anda dapat dalam modul saya edisi 2011 (kulit biru) muka surat 19.


4.  Kegiatan jenayah yang membabitkan pemerdagangan manusia kini menjadi isu sejagat.

Bincangkan kerjasama antara Malaysia dengan negara jiran untuk menangani masalah tersebut.

Pendahuluan :  Perubahan dunia alaf baru telah mula membentuk suatu fenomena tentang pola migrasi manusia. Peperangan, kemiskinan, dan bencana alam telah mula mengubah landskap dunia apabila migrasi gelombang kedua semakin mengancam kestabilan politik dan sosial di beberapa buah wilayah di dunia. Pola tersebut ialah sindiket pemerdagangan manusia yang ditunjangi oleh rangkaian penjenayah antarabangsa yang turut dikenali sebagai tekong laut dan tekong darat. Kesan daripada jenayah tersebut menimbulkan krisis kemanusiaan yang teruk apabila manusia dengan sewenang-wenangnya dijadikan bahan dagangan demi mengaut keuntungan yang berlipat ganda. Sementara itu, negara yang menjadi transit dan negara penerima turut mengalami masalah sama ada dalam aspek politik, demografi, ekonomi, dan sosial. Sebagai salah sebuah negara transit dan juga penerima, Malaysia tidak wajar berpeluk tubuh dan wajar menjalinkan kerjasama strategik dengan negara-negara jiran agar jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini dibendung dengan sebaik mungkin.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Memperkukuh sistem politik dan keamanan dalam negara masing-masing – kestabilan dalam negeri boleh menjadi aset untuk menghalang kemasukan warga asing dengan sewenang-wenangnya

Isi 2 : Membanteras gejala rasuah yang masih berleluasa dalam kalangan negara-negara dunia ketiga – berusaha mengurangkan indeks rasuah terutama dalam kalangan penguatkuasa seperti polis, tentera, dan pengawal pintu masuk perairan negara (peribahasa amalan buruk lontar batu sembunyi tangan)

Isi 3 : Mengadakan kerjasama rondaan dalam kalangan negara berjiran – mencegah kemasukan warga asing sacara haram – kedudukan Malaysia dengan negara jiran terutama Indonesia yang kondusif kepada kemasukan pendatang asing tanpa izin (hidup berjiran, ibarat aur dengan tebing)

Isi 5 : Komitmen diplomatik yang intim dalam kalangan pemimpin negara – pertelagahan politik memberi laluan mudah untuk orang lain mengambil kesempatan (peribahasa jong pecah yu yang kenyang)

Kesimpulan : Gejala pemerdagangan manusia merupakan sebahagian daripada krisis kemanusiaan sejak zaman-berzaman. Yang berbeza dari masa ke masa hanya modus operandinya sahaja. Oleh itu, penyelesaian secara global dan serantau hendaklah diteruskan agar landskap politik dunia dan wilayah tidak terancam oleh sikap dan amalan manusia yang bersikap pepat di luar runcing di dalam.



5.  Anak itik terenang-renang
          Air pasang tenang-tenangan
     Budi sedikit bilakan hilang
          Itu menjadi kenang-kenangan

Berdasarkan maksud pantun tersebut, huraikan kepentingan hidup berbudi bahasa dalam masyarakat.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Melahirkan masyarakat yang harmoni – masyarakat yang bertolak ansur, saling memahami – masyarakat madani yang cinta akan kesejahteraan

Isi 2 : Membentuk sebuah negara bangsa yang aman dan makmur – segala potensi alam dan modal insan dapat digemblengkan

Isi 3 : Mendidik generasi untuk memperkasakan kehidupan yang dilingkungi dengan sistem adab dan nilai murni (peribahasa; adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung = semua hal yang merujuk hukum)

Isi 4 : Untuk memperkasakan jalinan perpaduan dalam kalangan masyarkat majmuk

Isi 5 : Mengurangkan kejadian yang berpunca daripada tindakan negatif – mengurangkan jenayah, perselisihan faham, pergaduhan dan peniluan

Kesimpulan : Budi bahasa ialah pemanis kata dan cerminan jiwa. Oleh itu, perkasakanlah budi bahasa demi menjalinkan kehidupan yang harmoni. Sesungguhnya, ular menyusur akar tiada akan hilang bisanya.



SEBAGAI IHSAN SAYA PERTURUNKAN SEBUAH SAMPEL KARANGAN DARIPADA MODUL SAYA DALAM SIRI 2010 SEPERTI DI BAWAH INI.

Banyak pihak berasa gundah dengan kemerosotan budaya berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat. Selaku wartawan majalah sekolah anda ingin mengenal pasti faktor-faktor kemerosotan tersebut selain cuba mendapatkan beberapa langkah penyelesaiannya.

Tulis wawancara anda itu selengkapnya.

Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja di tepi kali
Hina besi kerana berkarat
Hina manusia tidak berbudi

Apa guna berkain batik
Kalau tidak dengan sujinya
Apa guna beristeri cantik
Kalau tidak dengan budinya

Dua rangkap pantun di atas menggambarkan betapa budi bahasa dipandang amat tinggi terutama dalam masyarakat Melayu. Orang Melayu meletak harga sesuatu perlakuan itu dengan berasaskan ukuran budi bahasa. Buktinya, kecantikan seseorang bukan terletak kepada rupa paras semata-mata sebaliknya dinilai pada budi bahasanya. Seseorang itu akan dipandang rendah dan hilang harga dirinya dengan serta merta apabila luntur budi bahasa dan sesuatu bangsa itu pula akan runtuh jika budi mereka runtuh. Bagi mencari punca krisis kerendahan budi dalam masyarakat kita, saya Aini Suraini (Aini) ketua pengarang majalah Sinar Budi, Sekolah Menengah Sinaran Budi telah mewawancara seorang tokoh penggiat budaya iaitu Datin Seri Zarini Salim (Datin). Beliau juga turut menghurai beberapa saranan untuk formula penyelesaian krisis tersebut. Ikuti keseluruhan kandungan wawancara saya itu.
Aini       : Assalamualaikum, Datin!
Datin    : Waalaikum salam, silalah duduk.
Aini       : Saya Aini Suraini, Ketua Editor majalah Sinar Budi ingin meninjau pandangan Datin tentang Kempen Budi Bahasa. Saya berharap Datin tidak keberatan untuk berkongsi maklumat dan pandangan.
Datin    : Insya-Allah saya sangat berbesar hati dengan hasrat saudari itu.
Aini       : Pada pandangan Datin sejauh manakah Kempen Budi Bahasa yang dilancarkan oleh    kerajaan memberikan kesan yang positif kepada masyarakat?
Datin    : Pada pendapat saya Kempen Budi Bahasa Budaya Kita sangat berfaedah dan kena pada masanya. Kempen ini bermatlamatkan mendidik rakyat tanpa mengira peringkat agar mengamalkan peribadi mulia antaranya sikap berbudi bahasa. Namun begitu, kempen ini seolah-olah menjadi bahan yang diuar-uarkan oleh media-media massa sedangkan keberkesanan dan penglibatan masyarakat masih terlalu kurang. Ironinya walaupun kempen ini sudah berjalan selama dua tahun masih ada kalangan yang tidak sedar dan mengetahui kewujudan kempen.
Aini       : Pada pendapat Datin mengapakah krisis mementingkan diri sendiri dan sikap hilang hormat semakin luput dalam masyarakat kita?
Datin    : Sikap tersebut semakin luput daripada arus kehidupan masyarakat kita adalah disebabkan sikap materialistik dan individualistik yang semakin menebal dalam kalangan anggota masyarakat. Mereka sentiasa melihat kepentingan peribadi mengatasi kepentingan lain. Lantas, mereka tidak berasa orang lain sebagai penting dalam hidup mereka selagi kepentingan asas peribadi  mereka tidak terjejas.
Aini       : Atas tuntutan ekonomi, kebanyakan masyarakat cenderung untuk berhijrah ke bandar. Di bandar mereka sibuk dan kesuntukan masa sehingga mereka tidak menghiraukan urusan berjiran dan tidak pernah bertegur sapa. Bolehkah Datin memberi sedikit komen?
Datin    : Sebenarnya masyarakat bandar kini amat terpengaruh dengan gaya hidup masyarakat Barat. Mereka hanya tahu menjaga hal diri sendiri sahaja dengan falsafah tidak mahu menjaga tepi kain orang. Budaya begini bukanlah menjadi norma kehidupan mayarakat kita yang bertunjangkan kehidupan saling memerlukan bak aur dengan tebing. Kehidupan orang bandar semakin disempitkan oleh urusan mencari rezeki dan seterusnya menambakkan kekayaan yang dianggap sebagai lambang kehidupan elit. Hal tersebut mendorong kepada sikap anak-anak yang bebas melakukan apa-apa saja tanpa bimbang akan ditegah oleh orang dewasa. Akhirnya mereka menjadi sombong dan lunturlah amalan berbudi bahasa.
Aini       : Perihal merebaknya budaya Barat dalam kalangan remaja masa kini juga menjadi faktor remaja kurang menghormati orang tua. Bagaimanakah hal ini boleh dikaitkan dengan rendahnya nilai berbudi bahasa?
Datin    :  Dalam masyarakat Barat anutan terhadap makna kebebasan diberikan tafsiran yang seluas-luasnya. Individu lain termasuk ibu bapa sendiri tidak boleh mengganggu seseorang itu selagi individu tersebut tidak mengancam keselamatan mereka. Akhirnya mereka membawa gaya hidup masing-masing dan tidak menghiraukan orang lain. Amalan seperti itu memanglah menjadi kesukaan remaja yang sentiasa menuntut kebebasan tanpa had. Mereka tidak mahu disentuh malah mereka tidak suka sebarang aktiviti yang dilakukan ditegur oleh orang dewasa.
Aini       : Sikap kerendahan budi itu bukan hanya berlaku di bandar malah semakin merebak ke kampung-kampung. Boleh dikatakan tidak banyak perbezaan antara corak hidup masyarakat kampung dengan masyarakat bandar di negara kita pada masa ini. Mengapakah fenomena ini boleh berlaku?
Datin    : Dalam kemajuan sains dan teknologi seperti sekarang terdapat pelbagai kemudahan dicipta. Jurang maklumat antara kota dan desa semakin mengecil. Apa-apa yang diperoleh masyarakat bandar turut dinikmati oleh masyarakat desa. Peranan media massa khususnya televisyen sentiasa menyiarkan pelbagai maklumat terkini. Kadang-kadang pengaruh yang dibawa amat destruktif kepada pembentukan masyarakat tradisional yang lebih mengutamakan nilai-nilai bekerjasama dan berbudi bahasa. Selain itu, kecanggihan sistem perhubungan dan teknologi automobil membuka ruang yang seluas-luas untuk interaksi antara kota dan desa. Elemen ini amat selesa untuk menyokong sama ada masyarakat memilih untuk menjadi lebih positif atau sebaliknya.
Aini       : Sekarang saya ingin mengalihkan fokus perbincangan kita kepada mencari langkah penyelesaian. Saya percaya norma kehidupan seperti ini tidak boleh dibiarkan berterusan sehingga menjadi barah yang kronik dalam masyarakat. Bolehkah Datin sarankan beberapa strategi penyelesaiannya?
Datin    : Saya percaya semua perkara hendaklah bermula dari awal. Lebih-lebih lagi dalam hal amalan dan gaya hidup hendaklah kita mulakan seawal individu itu mengenal erti kehidupan. Anak perlu dididik dengan sikap menghormati ibu bapa seperti dalam amalan mencium tangan orang yang lebih tua. Mereka perlu diajar supaya tunduk apabila berjalan di hadapan orang-orang tua. Mereka juga mesti dididik agar bercakap dengan bahasa yang sopan dan tidak menyampuk cakap orang yang lebih tua dengan sewenang-wenangnya. Pembawaan gaya hidup seperti ini apabila diamalkan secara berterusan bakal membentuk peribadi yang lemah lembut.
Aini       : Bagaimanakah pula peranan guru-guru di sekolah?
Datin    : Amalan tertib dan bersopan santun ini perlu diperteguh oleh guru-guru di sekolah. Seolah-olah menjadi suatu tradisi murid-murid lebih menghormati dan mempercayai kata-kata guru daripada ibu bapa. Sikap positif itu amat selesa untuk dimanfaatkan oleh para guru sebagai strategi mendidik sikap yang berhemah dan berperibadi mulia. Kita tidak sangsi lagi apabila pihak sekolah dapat memainkan peranan yang baik sudah tentu anak-anak didik yang terhasil daripada sistem pendidikan yang sempurna itu menjadi insan yang baik.
Aini : Sungguhpun demikian, pengaruh persekitaran dan masyarakat serta media massa juga tidak kurang pentingnya. Semua unsur tersebut sentiasa menjadi role model untuk diciplak bulat-bulat oleh kanak-kanak dan remaja. Pada pendapat Datin, bagaimanakah pengaruh persekitaran tersebut boleh menyokong usaha ini?
Datin    : Berdasarkan slogan, “Masyarakat dinamik penjana wawasan”, bolehlah kita takrifkan bahawa masyarakat memainkan peranan penting untuk membentuk persekitaran yang sihat. Gerak geri masyarakat boleh diibaratkan sebagai acuan untuk membentuk gaya hidup. Kesilapan masyarakat bakal membentuk sebuah kelompok manusia yang tidak mengenal akan maksud hati budi. Setiap anggota masyarakat harus mengubah paradigma daripada terlalu mementingkan diri sendiri kepada penglibatan diri dalam masyarakat. Ketaksuban yang terlalu mementingkan diri sendiri boleh membentuk suatu pola baru seperti kata Datuk Hasan Ahmad, “Wujud segolongan masyarakat yang amat sukar untuk menerima teguran menyebabkan tidak lagi wujud budaya tegur-menegur dalam menyedarkan sesuatu kesilapan”. Jikalau fenomena ini merebak pantas, kesannya amat destruktif terhadap usaha membentuk masyarakat yang prihatin dan berbudaya mulia. Oleh itu, kita mesti bersedia berubah daripada sikap enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
                        Selain itu, kita amat berharap kepada media massa terutama media elektronik milik swasta agar lebih prihatin kepada krisis nilai dalam masyarakat daripada memikirkan perihal untung dan laba dalam menyiarkan program-program yang dikatakan berprofil tinggi. Pendek kata semua pihak amat dituntut agar lebih berfokus kepada masyarakat yang dinamik  kerana rosak masyarakat, justeru rosaklah keseluruhan nadi bangsa itu.
Aini       : Sebenarnya terlalu banyak perkara yang boleh kita bincangkan dalam isu ini ya, Datin! Namun begitu, masa tidak mengizini kita untuk berbicara panjang. Saya bagi pihak warga sekolah amat berbesar hati dan berterima kasih atas pandangan bernas yang Datin curahkan dalam wawancara ini. Terima kasih daun keladi.
Datin    : Terima kasih.




KEDAH

1  .  Pelajar disarankan menguasai sekurang-kurang satu kemahiran yang relevan dengan tuntutan semasa seperti penguasaan bahasa kedua, kemahiran ICT, kemahiran berfikir, kemahiran berkomunikasi, atau kemahiran bekerja dalam pasukan.

Sebagai pelajar, apakah persediaan yang perlu anda lakukan bagi menguasai sekurang-kurang satu kemahiran tersebut.

Pendahuluan : Menjelang tahun 2020, Malaysia harus berganjak daripada kumpulan negara-negara sedang membangun menjadi negara maju berpendapatan tinggi. Demikianlah hasrat para pemimpin dan rakyat Malaysia seperti yang dicanang-canangkan pada setiap masa. Kata haruslah dikotakan dan janji mestilah ditepati. Demi menterjemahkan hasrat tersebut agar menjadi kenyataan, para pelajar dan golongan remajalah yang menggalas amanah yang amat penting itu. Golongan tersebut haruslah memperlengkap diri dengan pakej keterampilan yang menggabungkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang relevan berdasarkan keperluan semasa. Sebagai pelajar saya cukup sedar dengan tuntutan menguasai pelbagai kemahiran dan sedang berusaha ke arah itu.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Mengenal pasti potensi diri saya dan cuba berjinak-jinak dengan bidang kemahiran yang sesuai dengan bakat sendiri – mudah untuk memperkembangkan bakat sedia ada

Isi 2 : Mengambil jurusan akademik yang sesuai dan ada hubung kait dengan kemahiran yang saya ada potensinya.

Isi 3 : Memilih rakan yang sealiran dan seangkatan – sebagai sumber memperoleh motivasi dan inspirasi

Isi 4 : Mendampingi guru dan golongan yang lebih berpengetahuan tentang bidang yang diminati – mudah mendapat akses pembelajaran

Isi 5 : Mendalami pengetahuan dalam bidang yang berkaitan – mengoptimumkan penggunaan ICT dan teknologi siber untuk memperoleh banyak maklumat dalam bidang yang berkaitan

Isi 6 : Mengenal pasti bidang dan kerjaya yang selari dengan minat dan kemahiran yang dipilih – bidang yang diceburi hendaklah relevan dengan pasaran pekerjaan.

Kesimpulan : Tidak dinafikan bahawa jatuh bangun sesebuah negara amatlah bergantung kepada ketahanan dan kecemerlangan golongan remaja. Demi berhadapan dengan gelombang globalisasi yang kian mencabar, setiap remaja hendaklah menguasai bidang kemahiran sebagai nilai tambah kepada kecemerlangan akademik. Hanya inilah saja laluan (wasilah) untuk melahirkan sebuah negara bangsa yang berjaya dan mampu bersaing di persada antarabangsa.



2.  ‘Kebersihan bermula dari rumah’. Pernyataan ini mampu merangsang jiwa seseorang agar mencintai kebersihan.

Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang mementingkan kebersihan dalam kehidupan seharian.

Pendahuluan : Memetik sepotong peribahasa yang menyatakan, getah daun akan mengalir ke batang jua, menunjukkan bahawa anak-anak sudah pasti menuruti ibu bapa dalam hal tingkah laku dan sikap. Mengambil iktibar daripada peribahasa tersebut, amatlah penting kepada ibu bapa untuk menanami anak-anak dengan segala bentuk amalan yang positif seperti amalan berjimat cermat, kebersihan, dan budaya hormat-menghormati. Pelbagai langkah dan inisiatif perlu dilagangkan oleh ibu bapa agar anak-anak akan lahir daripada acuan tingkah laku yang baik yang dijanakan oleh ibu bapa. Hal sama pasti boleh dilaksanakan untuk melahirkan anak-anak yang sentiasa mementingkan kebersihan dalam kehidupan seharian.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Menjanakan amalan kebersihan bermula di rumah – mendidik anak-anak agar sepanjang masa berada dalam persekitaran rumah tangga yang bersih, indah dan ceria – sebagai sumber inspirasi sejadi anak-anak masih kecil

Isi 2 : Ibu bapa sebagai sari contoh teladan – imej dan pancaran personaliti ibu bapa sentiasa diperhatikan oleh anak-anak (ibu bapa sebagai role model)

Isi 3 : Melaksanakan pendidikan rohani dengan mendekatkan diri anak-anak kepada Tuhan maha pencipta yang sangat bersih dan cantik (peribahasa Arab, Allah itu cantik dan amat menciptai sesuatu yang mencantikkan)

Isi 4 : Mendedahkan anak-anak dengan persekitaran yang bersih dan cantik – menunjukkan contoh bilik tidur, tempat makan, dan tandas lima bintang seperti di hotel dan pusat pameran seperti Casa Impian dll.

Isi 5 : Mendedahkan anak-anak dengan landskap yang cantik dan selesa mata memandang – konsep bersih diperluas bukan sahaja di dalam rumah tetapi kepada kehidupan yang lebih menyeluruh – aktiviti keluarga membina taman mini dan landskap rumah.

Kesimpulan : Sesungguhnya, tepatlah kata-kata bahawa, anak-anak apabila diajar erti kasih sayang mereka akan belajar mengasihi, apabila diajar erti kebaikan mereka akan belajar bertanggungjawab, dan apabila mereka diajar erti kebersihan mereka akan belajar menjadi harmoni. Oleh itu, ibu bapa sentiasa menjadi sumber rujukan dan terminoogi utama untuk menentukan jati diri anak-anak. Baik perihal yang ditunjukkan, justeru baiklah anak-anak.


3.  Bidang keusahawanan atau perniagaan sebenarnya menjanjikan pulangan yang lumayan kepada pengusahanya yang bersikap positif.

Pada pandangan anda, apakah sikap positif yang perlu dimiliki oleh seseorang usahawan atau peniaga yang ingin berjaya.

Pendahuluan : Nabi Muhammad SAW telah bersabda dalam sepotong Hadithnya yang bermaksud, “Sembilan persepuluh daripada kekayaan adalah datang daripada perniagaan”. Jelas sekali bahawa perniagaan mampu menjana pendapatan dan sekali gus melebarkan penguasaan ekonomi. Namun begitu, ibarat kiasan dalam pantun Melayu,

Langit berbalam awan sekajang
Cuaca redup ditutup mega
Jikalau kail sejengkal panjang
Lautan dalam jangan diduga

Demikianlah hakikat dunia perniagaan yang mampu menjana pendapatan berlipat ganda sebenarnya mempunyai pelbagai ranjau dan risiko. Oleh itu, setiap bakal usahawan hendaklah bersedia dengan pelbagai sikap yang positif untuk mencapai kejayaan.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Mesti nekad dan berkeyakinan tinggi untuk berjaya dalam bidang perniagaan – memilih perniagaan sebagai kerjaya – berniaga bukan sekadar bekerja sementara

Isi 2 : Bijaksana merancangkan masa depan – tahu potensi dan peluang dalam pasaran dan perniagaan (peribahasa; naik meniti anak tangga, selangkah turun jejak ke tanah = untuk berjaya lambat, untuk papa mudah)

Isi 3 : Mahir dalam berkomunikasi – kebolehan bertutur dan berbahasa yang baik dan bersopan – menjadi pelaris utama dalam perniagaan (peribahasa, laut budi tepian akal)

Isi 4 : Sentiasa peka terhadap kerenah dalam berniaga – amat teliti terhadap untung rugi – memiliki mental yang kuat untuk berdepan dengan kerenah pelanggan

Isi 5 : Memiliki ketahanan terhadap cabaran – sanggup bekerja lebih masa – bersabar dalam tempoh yang lama sebelum meraih untung

Isi 6 : Berpandangan jauh dan cekap merancang – sentiasa peka kepada sebarang perubahan dalam dunia niaga – perubahan terhadap pasaran, kehendak pelanggan, dan cabaran-cabaran dalam persaingan

Kesimpulan : Berdasarkan serangkap pantun,

Berakit-rakit ke hulu
Berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian

hendaklah dijadikan azimat jikalau seseorang itu mahu mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan. Sikap yang cepat kecewa dan mudah patah hati hendaklah dilemparkan jauh-jauh daripada minda sekiranya kita mahu terjun ke pentas perniagaan yang amat besar gelombang dan pancarobanya.



4.  Pasukan bola sepak negara-negara Asia Tenggara belum mampu menyaingi pasukan bola sepak Jepun, China, Korea, Iraq, dan Iran.

Berdasarkan situasi ini, cadangkan langkah-langkah berkesan yang boleh diambil oleh pihak pengurusan pasukan bola sepak negara-negara Asia Tenggara bagi meningkatkan mutu sukan bola sepak negara masing-masing.

Pendahuluan : Bola sepak adalah antara sukan bertaraf klasik yang mampu mengangkat beberapa banyak legenda ternama yang berjaya mengukir nama di persada dunia. Nama-nama besar seperti Pele. Maradona, dan ramai lagi amat dikenali dan sangat dikagumi kehebatan mereka. Namun begitu, di rantau Asia Tenggara, kecemerlangan bola sepak sekadar hidup segan mati tak mahu sahaja. Tiada legenda yang dicipta, malah tiada pasukan yang mampu diangkat ke taraf dunia. Sedangkan sukan yang mampu mencipta jutawan segera itu semakin diminati di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Oleh itu, demi membangunkan sebuah pasukan yang bertaraf pro dan dunia, pihak pengurusan pasukan bola sepak negara-negara Asia Tenggara hendaklah menggembelngkan tenaga dan fikiran agar dapat mengangkat mutu sukan bola sepak negara masing-masing.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Melantik para pemimpin persatuan daripada kalangan mereka yang mahir dalam sukan bola sepak – tidak boleh melantik mereka yang berpengaruh sama ada dalam politik mahupun sosial – melantik pegawai-pegawai yang sangat bertanggungjawab terhadap kebajikan dan masa depan pemain

Isi 2 : Merancang pembangunan sukan bolasepak untuk jangka panjang – menyediakan pelapis baru daripada kalangan pelajar sekolah sejak di bangku sekolah rendah

Isi 3 : Merancang program bersama – menganjurkan lebih banyak pertandingan dan kejohanan di peringkat negara-negara Asia Tenggara

Isi 4 : Mengadakan kerjasama pertukaran pemain dan jurulatih – memberi pendedahan yang luas tentang taktik dan teknik permainan (peribahasa, jauhari yang mengenal manikam)

Isi 5 : Menganjurkan perlawanan peringkat antarabangsa – mengundang pasukan-pasukan terkuat di peringkat Asia mahupun dunia

Isi 6 : Berusaha bersungguh-sungguh memerangi jenayah rasuah – menghalang pemain daripada diracuni sikap mementingkan diri sendiri – amalan buruk yang boleh memusnahkan kerjaya dan maruah pasukan sesebuah negara

Kesimpulan : Sebagai sebuah wilayah yang terdiri daripada sebelas kuasa politik, negara-negara Asia Tenggara sememangnya boleh bangkit menjadi kuasa bola sepak terbesar di Asia. Dengan lebih 500 juta penduduk, sudah tentu bakat terpendam yang ramai boleh dicungkil sekiranya berlaku perancangan yang teratur daripada organisasi-organisasi bola sepk. Bukan mustahil, dengan sokongan padu daripada pemerintah negara masing-masing pula, wilayah ini boleh bangkit sebagai kuasa baru bola sepak yang dapat menyaingi Jepun, Korea, dan China.







5.  Karya sastera kaya dengan nilai kemanusiaan.

Bincangkan pernyataan ini berdasarkan sebuah karya yang pernah anda baca.

Pendahuluan : Apabila selesai membaca sesebuah novel mahupun menonton sesebuah drama, seseorang itu mula berfikir tentang apakah unsur-unsur istimewa yang terbit daripada cerita tersebut? Selain terpikat dengan episod dan aksi watak yang hebat, unsur nilai dan pengajaran sudah pasti akan menyerap secara perlahan-perlahan ke dalam benak dan minda pembaca. Tidak dinafikan bahawa nilai kemanusiaan adalah antara sumber yang menjadi kekuatan kepada binaan sesebuah karya sastera. Hal tersebut dapat saya bincangkan berdasarkan novel Kembara Amira yang amat padat dengan unsur-unsur nilai kemanusiaannya. (masukkan judul novel yang anda pernah baca).

Isi-isi penting :

Isi 1 : Nilai patriotik – suatu sikap yang dapat mengangkat rasa tanggungjawab masyarakat atau rakyat di sesuatu tempat/negara – nilai patriotik yang diitunjukkan oleh masyarakat orang asli dalam mempertahankan ketulenan dan keaslian budaya dan alam sekitar mereka.

Isi 2 : Nilai kasih sayang – suatu nilai yang luasnya ibarat lautan yang tidak bertepi – kasih sayang terhadap darah daging sendiri, kasih sayang demi sahabat yang sejati, dan jiwa yang musnah akibat terpisah daripada kasih sayang – boleh dilihat dalam konteks hubungan Dr Zaidah dan Amira, antara Amira dan Jacintha serta antara Tau dengan anak dan isterinya yang dipisahkan

Isi 3 :  Nilai bekerjasma – merupakan nilai yang terpahat demi menzahirkan suatu kejayaan dalam sebarang usaha – komitmen yang tinggi dalam kalangan anggota – kerjasama yang jitu daripada kumpulan eksvasi Bukit Mat Raya yang berjaya menemui karpus tulang manusia – kerjasama yang akhirnya berjaya menghalang operasi menggali emas sehingga boleh memupuskan masyarakat orang asli dan seluruh budaya mereka

Isi 4 : Nilai keberanian dan jati diri – sikap yang terpahat dalam diri anak muda yang mahu meneroka sesuatu yang baru dan mencabar – Amira, Jacinta, dan Itai

Isi 5 : Nilai bekerjasama dan saling menyokong – lambang kepada kejayaan ekspedisi dan ekskavasi – hubungan rapat dan saling menyokong antara golongan elit dan masyarakat setempat – memberi isyarat bahawa kejayaan akan tercapai apabila ada sokongan dan kerjasama – saling membantu dan menyokong antara masyarakat asli dengan kumpulan pengkaji dari universiti.

Kesimpulan : Nilai kemanusiaan adalah aset yang boleh dijadikan sumber didaktik yang disemai secara halus dan tersirat. Oleh hal yang demikian, sebagai pembaca yang bijaksana, unsur-unsur nilai hendaklah dijadikan panduan dan pedoman untuk membuat koreksi diri. Moga-moga apa-apa yang ditelusuri lewat karya yang dibaca mampu mengimpakkan natijah yang sangat berharga.

PULAU PINANG





Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara

 

1. 



Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh remaja untuk merealisasikan cabaran tersebut.

Pendahuluan : Tokoh pendidik dan motivasi terulung negara, Aminudin Baki pernah menyatakan, “Ayam dikepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan”. Kata-kata tersebut benar-benar menyuntik kesedaran kita agar insaf dan bangkit segera daripada lamunan. Sebagai anak nusa yang mempunyai jati diri, kita dibebani amanah  untuk menggalas tanggungjawab kepada negara. Pemuda dan pemudi hendaklah segera bangkit dengan persediaan mental dan fizikal supaya dapat menjadi aset yang paling bernilai kepada tanah air tercinta.

Isi 1 : Bersedia menjadi orang muda yang beriman dan bertakwa kepada Allah – ketakwaan menjadikan kita lebih patuh, bersedia dan tinggi motivasi – kita mempunyai garis panduan dan hala tuju yang jelas

Isi 2 : Memperlengkap diri dengan pakej fizikal, mental, emosi dan sahsiah yang baik – memenuhi prakarsa untuk memperlengkap diri sebelum boleh memberikan sumbangan

Isi 3 : Memanfaatkan usia muda untuk berjuang di medan ilmu – memperlengkap diri dengan ilmu yang strategik dengan tuntutan masa – belajar tanpa jemu dan mesti cemerlang

Isi 4 : Mengenali potensi diri – memilih bidang kemahiran dan profesional yang sesuai dengan bakat dan minat – sebagai set lengkap yang digabungjalinkan dengan ilmu bagi memenuhi tuntutan pasaran kerja

Isi 5 : Insaf akan tanggungjawab menyelamatkan negara – bersemangat waja dan berjiwa patriotik – utamakan kepentingan negara daripada kepentingan diri dan kelompok

Isi 7 : Menjauhkan diri daripada anasir perosak – gejala samseng, dadah, berpelisiran dan sampah masyarakat dan membebankan negara

Kesimpulan :

Rumah kecil tiang seribu
Rumah besar tiang sebatang
Kecil-kecil ditimang ibu
Sudah besar ditimang gelombang

Demikianlah erti sebuah kehidupan yang menuntut banyak perjuangan dan pengorbanan. Oleh itu, kita harus bersedia untuk berhadapan dengan gelombang kehidupan yang kadang-kadang lebih mencabar daripada gelombang di tengah segara. Bukan senang untuk menjadi warga yang berguna kepada bangsa, agama dan negara, sebaliknya kita dituntut untuk melakukan persediaan yang rapi.

2.  Kegawatan ekonomi telah menyebabakan harga barang dan kos perkhidmatan meningkat.

Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak agar menjadi pengguna yang bijak.

Pendahuluan : Boleh dipadankan dan diubahsuaikan daripada sampel pendahuluan soalan nombor 2 negeri Perlis.

Isi 1 : Mengamalkan latihan berjimat cermat - amalan yang harus dipupuk sejak kecil - memupuk nilai-nilai murni dalam keluarga seperti menyayangi harta benda, berbelanja secara berhemat, dan menjauhi amalan boros (peribahasa, gunung pun kalau ditarah akan reban)

Isi 2 : Mengamalkan latihan menabung dan menyimpan - penyimpanan melalui institusi kewangan dan pelaburan saham - berjimat cermat sewaktu senang dengan memperuntukkan lebihan belanja untuk simpanan

Isi 3 : Mendidik anak-anak dan ahli keluarga agar sentiasa berpada-pada dengan kemampuan yang ada - tidak meminta-minta sesuatu yang berlebih-lebihan - tidak melampau dan meniru cara hidup di luar kemampuan

Isi 4 : Tidak terlalu terpengaruh dengan umpan kebendaan dan berbelanja di luar kemampuan - keinginan untuk hidup bergaya melebihi kemampuan - cepat terpengaruh dengan pelbagai iklan dan pujukan atau tawaran jualan

Isi 5 : Tidak terpengaruh dengan sikap ingin bersaing dan menunjuk-nunjuk - elakkan sifat meninggi diri mahu bersaing dengan jiran dan tetangga - mendidik anak-anak supaya tidak terikut-ikut dengan gaya hidup mewah jiran atau rakan-rakan

Sampel kesimpulan : Pendidikan daripada peribahasa ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis amatlah tepat diamalkan dalam situasi seperti ini. Janganlah disebabkan sikap yang terlalu berkehendakkan sesuatu sehingga di luar kemampuan, kita terpaksa menanggung beban terutama dalam krisis  gawat seperti ini. Janganlah sudah terhantuk baru hendak menengadah. Oleh itu, rancanglah strategi perbelanjaan secara berhemat dalam erti kata hendak kaya berdikit-dikit, hendak papa bertabur urai.



3.  Terdapat banyak tempat menarik di negara kita yang menjadi tarikan pelancong sama ada pelancong tempatan atau pun pelancong asing.

Huraikan kepentingan-kepentingan industri pelancongan terhadap pembangunan negara.

Pendahuluan : Apabila berbicara perihal melancong, banyak orang yang akan mengalih pandang sama ada ke negara-negara Barat mahu pun di negara-negara Asia timur jauh seperti Jepun, Korea, dan Taiwan. Sebenarnya dalam ghairah kita melancong ke tempat lain, tanpa disedari ramai pula pelancong asing yang datang ke negara kita. Oleh tu, jelaslah bahawa Malaysia pun tidak kurang hebatnya dengan destinasi pelancongan yang menarik. Peluang tersebut wajar sekali kita manfaatkan demi faedah kepada negara kerana industri pelancongan sangat banyak impaknya kepada kemajuan ekonomi, sosial, dan politik sesebuah negara.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Dari segi politik, hubungan antarabangsa dengan negara asing semakin meluas – imej Malaysia akan dihebahkan oleh duta-duta tidak rasmi yang datang melancong

Isi 2 : Dalam aspek ekonomi – banyak sekali peluang ekonomi yang terjana – kemajuan kepada industri pelancongan itu sendiri seperti dalam bidang perhotelan – memajukan industri hiliran berkaitan pelancongan seperti makanan, pakaian, cenderamata, pengangkutan dan sebagainya.

Isi 3 : Dalam aspek sosial – masyarakat setempat memperoleh pelbagai pendedahan daripada interaksi dengan orang asing – aspek budaya – bahasa dan cara berfikir

Isi 4 : Malaysia dapat memaksimumkan potensi negara – sistem pengangkutan yang dibangunkan, kemudahan  prasrana, alam sekitar yang terjaga dan semua potensi alam berjaya dimanfaatkan

Isi 5 : Boleh mempertingkatkan tukaran asing – satu lagi peluang dalam bidang ekonomi – minat yang tinggi daripada pelancong-pelancong dari Timut tengah, Jepun, Korea, dan Eropah boleh meningkatkan kadar tukaran mata wang negara.

Kesimpulan : Sektor pelancongan sebenarnya telah lama menjadi penjana ekonomi kepada banyak negara di dunia. Walaupun industri pelancongan sering dilabelkan dengan pelbagai implikasi yang negatif, namun imej tersebut boleh diatasi sekiranya rakyat Malaysia sendiri memiliki jati diri yang kuat terutama dalam aspek budaya dan agama. Janganlah disebabkan nilai setitik rosak susu sebelanga



4.  Pergolakan yang berlaku di beberapa buah negara di dunia telah menggugat keamanan dan keharmonian masyarakat.

Bincangkan peranan pemimpin-pemimpin negara di dunia untuk mewujudkan keamanan sejagat.

Pendahuluan : “Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah”. Petikan daripada peribahasa tersebut mendedahkan betapa besar sungguh impak daripada para pemimpin. Elok pemimpin eloklah rakyat, sebaliknya apabila pemimpin rosak maka rakyatlah yang akan menanggung sengsara. Pergolakan dan kempen berdarah yang melanda negara-negara Timur Tengah benar-benar mendedahkan tembelang buruk para pemimpin yang gagal menguruskan negara dan rakyat masing-masing. Demi keamanan sejagat, para pemimpin di seluruh dunia hendaklah insaf bahawa mereka ialah penentu sama ada dunia ini sebagai syurga kehidupan ataupun menjadi pentas neraka yang sengsaranya bertimpa-timpa ibarat lautan yang tidak bertepi.

Isi-isi penting :

Isi 1 :  Para pemimpin harus sedar mereka sebenarnya memikul amanah bukan sebagai penyebar fitnah – sedar akan tanggungjawab kesengsaraan yang terpaksa ditanggung oleh berjuta-juta manusia berpunca daripada pemimpin – peristiwa Perang Dunia adalah berpunca daripada sikap tidak bertolak ansur antara blok ‘Triple Antante dan Triple Alliance’

Isi 2 : Pemimpin mesti peka terhadap order dunia sekarang yang lebih mengutamakan kebijaksanaan daripada kekerasan dan keganasan – kejatuhan beberapa pemimpin di negara-negara Timur Tengah boleh dijadikan iktibar

Isi 3 : Pemimpin-pemimpin blok negara kaya bertanggungjawab menyelamatkan kesengsaraan di negara-negara miskin dan tertindas – membantu atas dasar kemanusiaan bukan atas dasar muslihat politik

Isi 4 : Badan Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hendaklah diberi lebih peranan untuk menghalang penindasan pihak tertentu – kuasa veto kumpulan negara kuasa besar tidak wajar diamalkan

Isi 5 : Wujudkan musyawarah dan baiah pemimpin seluruh dunia bahawa dunia ini sebagai tempat keamanan dan berkasih sayang – elakkan sikap tamak dan gila akan kuasa

Kesimpulan : Berdasarkan kata-kata daripada Nabi SAW yang bermaksud, “ Tingkah laku rakyat adalah bergantung kepada tingkah laku pemimpin” membuktikan bahawa peranan pemimpin adalah amat besar dalam menerajui order dunia. Kebobrokan dunia yang terjadi pada hari ini bukanlah berpunca daripada malapetaka alam mahupun kemiskinan dan sebagainya, tetapi akibat tiada sikap tolak ansur antara pemimpin. Oleh itu, sesat di hujung jalan baliklah ke pangkal jalan.


5.  Puisi Melayu lama seperti pantun, seloka, dan gurindam semakin dilupakan oleh masyarakat.

Jelaskan usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pelbagai pihak untuk mempopularkan puisi Melayu lama.

PERAK

1.  Anda dipilih sebagai tokoh pelajar setelah anda berjaya memperlihatkan kecemerlangan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, sahsiah, dan kepimpinan. Anda telah dijemput untuk menyampaikan ucapan dalam satu majlis meraikan kejayaan anda itu.

Tulis teks ucapan anda itu selengkapnya.


2.  Ibu bapa merupakan dua insan yang banyak berjasa bagi memastikan kejayaan anak-anak dalam kehidupan.

Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil oleh anak-anak untuk membalas jasa kedua-dua ibu bapa mereka.

CATATAN : Soalan ini ialah klon daripada soalan SPM 2011. Anda boleh dapatkan contoh karangan lengkap dalam Modul saya siri 2011 (berkulit biru)


3.  Dasar 1 Murid 1 Sukan telah dilaksanakan di sekolah-sekolah seluruh negara untuk memastikan setiap murid melibatkan diri dalam aktiviti sukan

Jelaskan faedah-faedah yang diperoleh oleh mereka apabila melibatkan diri dalam aktiviti sukan.

Pendahuluan : “Merealisasikan Penantian Empat Belas Tahun”, “Harimau Malaysia Membaham Garuda”, “Wira Piala AFF Terima Durian Runtuh”. Demikianlah beberapa slogan daripada ribuan sepanduk dan kain rentang yang memaparkan kegembiraan rakyat Malayisa hasil kejayaan memberangsangkan anak-anak muda Malaysia dalam arena sukan di peringkat antarabangsa. Pujian yang sama turut mengiringi apa-apa acara sukan yang lain sekiranya pulang dengan kejayaan. Sesungguhnya, aktiviti sukan di negara ini telah mendapat sambutan yang amat ghairah daripada rakyat jelata sejak dahulu lagi. Walau bagaimanapun, kekalahan demi kekalahan yang menimpa pasukan kebangsaan menyebabkan industri sukan di negara ini kurang mendapat sambutan. Memandangkan sukan juga sebagai satu daripada wahana yang dapat menonjolkan imej negara di persada antarabangsa, kerajaan telah melaksanakan suatu dasar yang pragmatik iaitu Pelaksanaan dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S). Memang tidak syak lagi dasar ini akan memberi banyak impak positif kepada anak-anak muda negara.

Isi- isi penting :

Isi 1 : Melahirkan remaja yang berperawakan sihat, kental, dan cerdas – sukan merupakan saluran terbaik untuk merangsangkan kecergasan mental dan fizikal dengan cara yang teratur – dilaksanakan secara terancang oleh pihak sekolah, kementerian, dan organisasi sukan – memberi peluang bergiat aktif berdasarkan kemampuan fizikal dan kemahiran individu – tiada lagi individu yang tersisih – menjadi imbangan antara potensi kognitif, psikomotor, dan afektif (perkembangan yang seimbang antara mental, fizikal, dan sikap)

Isi 2 : Mengasah dan mempertajam bakat sejak awal usia lagi – potensi individu perlu digilap ketika masih kecil – bagi yang berbakat boleh disalurkan kepada bidang profesional dan menjadi saluran kerjaya utama (tokoh-tokoh sukan nasional dan profesional) – boleh melahirkan lebih ramai tokoh profesional sukan

Isi 3 : Menyediakan bakat-bakat sukan untuk menggalas tugas negara di peringkat antarabangsa – program yang menjadi medan melahirkan seberapa ramai jagoan sukan negara – tanpa perancangan yang rapi, negara tidak dapat bersaing di peringkat global (kecuali badminton dan boling semua acara sukan yang lain sangat tercorot – bola sepak di tangga ke-142 dalam ranking dunia)

Isi 4 : Melahirkan rakyat yang setia dan patriotik – sumbangan dalam bidang sukan berjaya menaikkan nama negara (Dato Lee Chong Wei, Dato Nicol David, Shalin Zulkifli dll) – turut menjadi landasan mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat majmuk – kejayaan dalam Piala AFF hasil dukungan rakyat pelbagai kaum – mempercepat proses transformasi dan hasrat 1 Malaysia

Isi 5 : Menyokong dalam sumbangan ekonomi negara -  kegiatan sukan di peringkat antarabangsa memberi sumbangan besar dalam sektor ekonomi – hadiah lumayan (Tiger Wood, Lionel Messi, David Beckham, Edmund Hilary dll) – berjaya menjadi tuan rumah kejohanan antarabangsa (kemajuan dalam industri pelancongan sukan)

Sampel kesimpulan : Ibarat peribahasa, kalau tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya haruslah diterapkan dengan sebenar-benarnya agar matlamat melahirkan lebih ramai jaguh sukan tercapai. Sudah terlalu banyak modal yang dibelanjakan, namun kejayaan atlit negara amatlah menyedihkan. Oleh hal yang demikian, dengan dukungan semua pihak insya-Allah hala tuju baru oleh KPM ini boleh menatijahkan impak baru kepada dunia sukan untuk sekurang-kurangnya dalam satu dekad akan datang.



4.  Masalah kemiskinan dan tahap pendidikan yang rendah masih membelenggu penduduk di beberapa negara di dunia.

Huraikan peranan negara-negara di dunia untuk membantu negara-negara tersebut.

Pendahuluan : Benarkah pendapat sesetengah pihak bahawa, kemiskinan itu sebagai rantaian warisan? Jawapan daripada soalan di atas boleh dilihat dalam banyak perspektif, mungkin benar dan mungkin tidak tepat. Apabila dirujuk kepada beberapa buah negara khususnya negara miskin dalam kumpulan Negara-negara Dunia Ketiga, soalan di atas memang ada kebenarannya. Yang anehnya, kemiskinan terus-menerus menjadi duri dalam daging kepada negara-negara berkenaan. Membiarkan negara-negara miskin terus bergelut dengan malapetaka warisan zaman-berzaman itu adalah suatu tindakan yang tidak bijak. Oleh itu, negara-negara di dunia hendaklah komited mengambil inisiatif membantu mengeluarkan negara-negara miskin daripada terus dicengkam krisis kemiskinan.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)  melalui UNESCO hendaklah berusaha mempertingkatkan mutu pelajaran di negara-negara miskin – kebodohan dan kejahilan adalah punca utama gejala kemiskinan – rujukan : semua negara miskin adalah tinggi kadar buta huruf

Isi 2 : Negara kaya (perindustrian) hendaklah membuat pelaburan di negara-negara miskin – memanfaatkan hasil negara demi rakyat tempatan – boleh mewujudkan peluang pekerjaan

Isi 3 : PBB melalui WHO hendaklah memulihkan tahap kesihatan penduduk di negara-negara miskin – tahap kesihatan yang rendah seperti kolera dan Aids boleh menyekat tahap produktiviti sesebuah negara

Isi 4 : Mempergiat kempen keamanan dunia – usaha daripada masyarakat antarabangsa dan NGO supaya kuasa besar dunia tidak terus-menerus mengeksploitasi negara-negara miskin sebaliknya mengamalkan tanggungjawab moral dan sosial untuk membantu sesama insan sejagat

Isi 5 : Bantuan segara (makanan, ubat-ubatan, pakaian, dan tempat berlindung) kepada negara-negara yang ditimpa malapetaka (situasi yang sedang melanda Somalia yang dilanda kemarau)

Isi 6 : Mempergiat misi keamanan dengan kempen berdamai – mengelak pegaduhan kaum dan etnik yang menjadi punca kemiskinan di beberapa buah negara ( Somalia, Sudan, dan Burundi )

Kesimpulan : Sesungguhnya, hidup ibarat roda, ada masa di atas dan ada masa di atas. Demikianlah dengan nasib dan habuan yang menimpa manusia. Keadaan pasti menjadi lebih dahsyat apabila manusia sendiri yang mengambil peluang menangguk di air keruh terhadap keadaan yang genting.   Kemelaratan di negara-negara miskin tidak sepatutnya dijadikan peluang untuk menahan lukah di pergentingan sebaliknya, kita dituntut membantu mereka yang malang.


5.  Minat membaca karya-karya sastera dalam kalangan rakyat negara ini semakin berkurangan.

Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menarik minat orang membaca karya sastera.

SAYA DENGAN INI BERMURAH HATI MEMINJAMKAN SAMPEL KARANGAN INI UNTUK ANAK-ANAK DIDIK SEKALIAN;

Di mana-mana sudut atau simpang jalan kelihatan anak muda yang tersandang dengan gitar di bahunya. Mereka menyanyi dan mendendangkan lagu-lagu ‘top hit’ yang disiarkan melalui hot FM. Dalam situasi yang lain pula, di atas gelegar buluh dan di hujung beranda golongan dewasa sedang asyik dengan lagur-lagu dalam slot Masihkah Kau Ingat, terbitan Klasik Nasional. Sementara di kaca televisyen terpampang anak-anak muda sedang melonjak-lonjak memuja versi muzik kontemporari. Begitulah senario biasa yang mendedahkan bahawa manusia tidak boleh lari daripada menikmati bingkisan seni dan hiburan. Ironinya, apabila mereka diajak untuk menghayati sastera lantas mereka enggan. Sama ada disedari atau tidak, sasteralah yang menjadi medium melahirkan semua produk seni seperti itu. Sastera merupakan unsur induk untuk mempertajam minda dan bahasa dalam mengaimpakkan kesan seni dan lagu yang sungguh merdu melodinya. Jikalau demikianlah keadaannya, usaha positif hendaklah diambil untuk menyuburkan semula minat membaca karya-karya sastera dalam kalangan masyarakat.

            Memandangkan sikap yang tidak konsisten antara minat terhadap hiburan dengan penolakan terhadap sumber induknya, pemupukan semula untuk menghayati produk-produk sastera harus dihidupkan kembali. Bagi mengembalikan sentimen menghargai idea-idea sastera, masyarakat tidak harus dididik dengan sikap membeza-bezakan semua bidang ilmu. Masyarakat harus berfikiran positif dan bersedia menerima hakikat bahawa sastera juga menjadi input untuk membangunkan perwatakan mereka. Selama ini seolah-olah wujud suatu penyisihan dan pemisahan antara golongan seni dan sastera daripada golongan yang kononnya berperwatakan saintifik. Sebaliknya dalam situasi yang lain golongan saintifik dan sastera mampu duduk berjam-jam di sisi radio untuk menikmati lagu atau menonton drama dalam siri Samarinda. Oleh itu, benrakah sastera tidak diperlukan dalam santapan rohani manusia?

            Polemik yang berpanjangan tentang kerelevanan antara subjek sastera dan sains hendaklah dihentikan serta merta. Langkah kerajaan memasukkan semula KOMSAS dalam pengajaran bahasa Melayu adalah suatu langkah praktikal agar tidak wujud lagi polemik yang sebenarya merugikan budaya bangsa itu. Dalam situasi berpolemik tanpa disedari pelbagai lagu dan filem import mencurah-curah masuk kerana menerima permintaan yang tinggi. Apakah rasional kita memomok-momokkan bahawa sastera sebagai khayal tetapi dalam masa yang sama kita kecanduan dengan pelbagai produk seni yang diimport? Inilah sikap talam dua muka dan telnunjuk lurus kelengkeng berkait yang banyak menimbulkan kesan negatif terhadap industri seni dan sastera negara.

            Asas terpentng untuk mengembalikan budaya bangsa adalah dengan menghidupkan semula citra bangsa yang berakarumbikan kesenian dan kesusasteraan. Bahan-bahan sastera lama yang sudah hampir luput daripada persada dunia moden hendaklah dihidupkan kembali. Usaha-usaha untuk mementaskan semula teater klasik seperti Puteri Gunung Ledang dan Naga Tasik Chini harus mendapat sokongan semua pihak. Sungguhpun demikian, usaha seumpama itu janganlah membelakangi nilai-nilai agama yang tidak cocok dengan unsur-unsur tahyul, khurafat, dan perkara hukum. Pengaruh yang melampau daripada cerita-cerita hantu dan seram tidak akan mengubah minda dan sikap masyarakat. Sebaliknya, bentuklah insan yang berjiwa kukuh kerana buah yang elok terbit daripada tandan yang kukuh.

            Kenyataan bahawa unsur-unsur klasik dan tradisi sudah tidak sealiran dengan pemikiran generasi sekarang masih boleh dipertikai. Sekiranya unsur-unsur klasik sudah terbabas jauh daripda gaya hidup masyarakat sekarang, mengapakah filem-filem klasik Cina masih mampu mengikat ‘rating’ penonton yang begitu besar? Hal demikian adalah kerana kebijaksanaan produser filem Cina memanipulasikan semua tradisi dan budaya silam dengan sedikit pengubahsuaian yang sesuai dengan generasi sekarang untuk dipertontonkan semula. Hal yang sama turut berlaku kepada filem Malim Kundang dan Bawang Puteh Bawang Merah yang turut mendapat rating penonton tertinggi. Akhirnya flem-filem tersebut bukan sahaja laris dalam pasaran tempatan malah mampu dieksport ke pasaran global. Persoalan sekarang, menagapakah dalam kalangan masyarakat kita tidak sudah-sudah dengan polemik sastera sebagai punca khayalan?Tepuklah dada bertanyakan minda.

            Lapangan kesusasteraan merupakan bidang yang terlalu luas cakupannya. Bidang tersebut bukan terhad kepada versi novel, cerpen, drama, filem, dan lagu sahaja, malahan aspek berpakaian, gaya hidup dan cara berfikir turut menerima sentuhan. Pada hari ini, akibat landaan ‘ombak besar’ pengaruh Barat, kita seolah-olah lupa kepada akar asal usul budaya sendiri. Gaya hidup kebaratan mula menular dalam semua bidang sama ada keilmuan atau nilai-nilai murni. Untuk menebatkan pengaruh tersebut daripada terus menular, unsur-unsur keindahan dalam bahasa dan sastera tempatan wajarlah diberikan nafas semula. Antaranya penggunaan bahasa yang indah dan bersopan santun hendaklah dipelopori bersungguh-sungguh. Pendek kata semua unsur positif yang pernah diwarisi daripada generasi terdahulu hendaklah dipupuk dan diamalkan semula. Dalam kontek ini tentulah versi-versi sastera yang layak diketengahkan.

            Ungkapan, budaya cerminan bangsa merupakan suatu asas yang meletakkan budaya dan tradisi tetap unggul untuk kita mengenali sesuatu bangsa itu. Dengan hal yang demikian, kita perlulah berpegang kuat kepada budaya sendiri. Apabila budaya sendiri diberikan nafas baru, justeru unsur-unsur sastera yang menjadi medium budaya pun akan subur semula.




NEGERI SEMBILAN

1.  Remaja hari ini kurang melibatkan diri dalam aktiviti komuniti seperti bergotong royong

Huraikan punca-punca berlakunya gejala ini.

Pendahuluan : Peribahasa pernah  menyatakan,  bagaimana rentak gendang begitulah tarinya. Berdasarkan petikan peribahasa tersebut, barangkali sangat tepat untuk kita mengasosiasikan gerak laku sesebuah masyarakat adalah bergantung kepada gelombang dan trend semasa masyarakat. Menyalahkan remaja yang tidak mahu berjinak-jinak dengan aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong royong adalah umpama meludah ke langit menimpa batang hidung sendiri. Memang benar remaja hari ini tidak berminat dengan aktiviti seumpama itu akibat didalangi oleh pelbagai faktor yang menjadi latar kehidupan masyarakat masa kini.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Masyarakat kini kurang mengamalkan kerja-kerja kemasyarakatan seperti bergotong royong – masyarakat sibuk dengan urusan sendiri – situasi negatif seperti itu turut mempengaruhi sikap dan minda remaja

Isi 2 : Hubungan yang kadang-kadang agak renggang antara golongan dewasa dan remaja – kedua-dua pihak lebih senang membawa haluan masing-masing – remaja tidak berpeluang untuk bersama-sama dalam aktiviti sosial golongan dewasa

Isi 3 : Bebanan berat yang terpaksa dipikul oleh remaja – bebanan terhadap pelajaran (menyiapkan tugasan sekolah, menghadiri kelas tuisyen dan kelas tambahan) – masa untuk remaja hari ini terlalu eksklusif

Isi 4 : Pengaruh permodenan dan teknologi – remaja terlalu terikat dengan budaya ICT, media elektronik, dan hiburan – menganggap aktiviti kemasyarakatan sebagai tidak relevan dan tidak ekonomik

Isi 5 : Kesan daripada budaya kuning – remaja lebih gemar berpelisiran, bergaul bebas, kecanduan hiburan dan merempit – kesan daripada runtuhnya nilai-nilai murni dalam masyarakat – remaja tidak terdidik dengan kehidupan yang mementingkan sikap saling menyokong

Kesimpulan : Merujuk kepada peribahasa arus di muara dibentuk oleh alur di hulu adalah ternyata bahawa segala bentuk tingkah laku remaja amat berkait rapat dengan acuan kehidupan semasa mereka. Keengganan mereka melakukan aktiviti yang berfaedah adalah berkait rapat dengan asuhan yang mereka terima. Kini tibalah masanya semua pihak menyedari bahawa segala yang tersasar di hujung jalan baliklah ke pangkal jalan. Kegiatan seperti bergotong royong hendaklah disuburkan semula dalam kalangan remaja agar mereka dapat merasai roh dan nilai insaniahnya secara tersirat.



2.  Anda akan menyertai pertandingan pidato 1 Malaysia peringkat daerah. Tajuk pidato yang anda pilih ialah ‘Peranan Masyarakat untuk Menangani Gejala sosial dalam kalangan Remaja’.

Sediakan teks pidato anda selengkapnya.

Kata alu-aluan : Sediakan kata alu-aluan yang sesuai dengan konteks pidato

Pendahuluan : Ibarat peribahasa, datang bersambut, kata bersulam, dan pergi bersalam, justeru saya memulakan kalam pidato ini dengan versi pendefinisian. ‘Peranan Masyarakat untuk Menangani Gejala sosial dalam kalangan Remaja’ boleh saya definisikan sebagai gemblengan atau usaha bersepadu masyarakat dalam setiap peringkat untuk mendepani masalah dan keruntuhan akhlak dalam kalangan anak-anak muda belia yang semakin kronik. Apabila disimpulkan kembali, jelaslah bahawa masyarakat merupakan lokomotif utama untuk menggerakkan kekuatan dalam menghadapi segala kepincangan yang ditimbulkan oleh golongan remaja.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Masyarakat hendaklah menjadi mata dan telinga kepada setiap gerak geri remaja – menjadi masyarakat prihatin, proaktif dan penyayang

Isi 2 : Menjadi masyarakat yang saling bersatu padu, bekerjasama, aman dan harmoni – meletakkan kepentingan komuniti sama penting dengan kepentingan peribadi

Isi 3 : Menjadi masyarakat yang bijak dan berpandangan jauh – mengutamakan masa depan remaja – memandu remaja ke jalan yang benar – remaja sebagai pewaris generasi

Isi 4 : Mengembalikan suasana kehidupan yang sentiasa menjaga tepi kain orang – sentiasa peka terhadap masalah jiran dan masyarakat umum (peribahasa cubit peha kanan peha kiri pun sakit juga)

Isi 5 : Menubuhkan badan-badan sukarela dan NGO – sebagai organisasi yang menyelaraskan semua kegiatan masyarakat – menjalankan aktiviti seperti pertemuan ramah mesra, gotong royong dan aktiviti ziarah

Kesimpulan : Meminjamkan kata-kata ‘terdidik remaja sejahteralah negara’ justeru masyarakat tidak boleh berpeluk tubuh dan bersikap sinis terhadap sebarang kepincangan yang berlaku dalam masyarakat. Masyarakat yang beku, jumud dan tidak prihatin sebenarnya telah menyediakan suatu jurang untuk menjerumuskan remaja. Masyarakat yang dinamik sentiasa berpegang kepada kata-kata, “Pemuda harapan bangsa. Pemudi tiang negara”.




3.  Pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi menyebabkan permainan tradisional semakin dipinggirkan.

Sebagai remaja yang berwawasan, berikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk mempopularkan permainan tradisional di Malaysia.



4.  Bencana alam yang berlaku pada hari ini semakin mendapat perhatian daripada masyarakat antarabangsa.

Huraikan peranan yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak untuk membantu negara yang terbabit dalam masalah ini.

Sampel Pendahuluan :  Hukum alam merupakan fenomena yang sukar ditandingi oleh kudrat manusia. Bencana seperti ribut taufan, tanah runtuh, gempa bumi, tsunami, ribut salji, dan sebagainya bukanlah padan saingannya dengan tenaga manusia. Selain fenomena alam, kekacauan seperti peperangan turut membawa musibah dan kesengsaraan kepada manusia. Penderitaan akibat kemusnahan yang tidak tertanggung itu sentiasa menggamit perasaan terharu kepada insan yang prihatin untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan. Dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri nilai kemanusiaan sudah lama terbentuk untuk melakukan pelbagai sumbangan kepada pihak yang ditimpa musibah. Keperihatinan yang sama turut dikongsikan oleh masyarakat antarabangsa dengan menghulurkan pelbagai misi bantuan kemanusiaan.

Isi 1 :   Melaksanakan tanggungjawab sebagai insan yang prihatin - kita hendaklah prihatin terhadap nasib malang yang ditanggung oleh insan yang lain - sumbangan yang diberikan seolah-olah kita turut berasa keperitan yang ditanggung oleh mereka - segala bantuan dan sokongan akan melahirkan semangat setia kawan dalam kalangan warga dunia

Isi 2 :   Menyahut seruan daripada badan dunia iaitu PBB dan NGO internasional - sebagai negara yang bergabung di bawah badan induk dunia perlu saling membantu - turut serta bersama-sama agensi dan NGO seluruh dunia memberikan bantuan - melaksanakan tugas kemanusiaan tanpa dibatasi agama, bangsa, adat, dan budaya

Isi 3 :   Melahirkan perasaan bersyukur dalam kalangan rakyat Malaysia - rakyat Malaysia wajar bersyukur kerana bebas daripada malapetaka dan bencana yang besar-besar -menunjukkan bukti kesyukuran dengan membantu pihak yang memerlukan bantuan

Isi 4 : Memberikan pendedahan kepada sukarelawan dan pasukan penyelamat Malaysia –membina kekuatan minda dan kecekapan untuk membantu menyelamat sesuatu malapetaka besar– menghantar sukarelawan atas kadar segera

Isi 5 : Menyalurkan pada kadar segera bantuan keperluan asas (makanan, pakaian, khemah, dan ubat-ubatan) – langkah darurat untuk menyelamatkan nyawa mangsa

Isi 6 : Mengadakan konvensyen antarabangsa tentang malapetaka alam – mewujudkan resolusi mengurangkan kerenah birokrasi politik terhadap misi bantuan kemanusiaan antrabangsa (perlu wujud gabungan merentas sempadan politik seperti pertubuhan Palang Merah Antarabangsa)

Kesimpulan :  Peribahasa yang menyatakan, geruh tidak berbunyi dan malang tidak berbau menunjukkan bahawa bencana dan malapetaka tidak pernah memilih tempat, masa, dan mangsa. Bagi yang bernasib baik perlulah bersyukur. Malahan mereka wajar membantu sesama manusia yang ditimpa malang. Segala bantuan dan sokongan tersebut pasti diganjari Allah dengan pahala yang berlimpah.



5.  Anda telah membaca sebuah novel yang mengandungi banyak nilai murni dan pengajaran.

Berdasarkan novel tersebut, jelaskan nilai-nilai yang dapat dijadikan pedoman dalam kehidupan kita.




TERENGGANU

1.  Kejayaan seseorang bermula daripada impian dan cita-cita. Sebagai remaja yang berwawasan, jelaskan usaha-usaha yang anda lakukan dalam memastikan impian tersebut menjadi kenyataan.

Soalan ini saya gantikan dengan sampel jawapan yang sudah ada dalam simpanan saya yang bentuknya lebih kurang sama. Sila ambil perhatian:


Anda telah diumumkan sebagai pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM yang lalu. Anda ingin menyampaikan ucapan penghargaan kepada guru-guru anda seterusnya memberikan motivasi kepada calon-calon yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini.

Tulis teks ucapan anda selengkapnya.


Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua, Yang Dihormati para guru dan seterusnya rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi sekalian.

Rakan-rakan yang dihormati sekalian,
Terlebih dahulu saya dengan segala besar hati, merakamkan penghargaan dan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan ucapan dan berkongsi idea dalam majlis yang sudah pastinya memberikan impaks yang positif kepada semua yang hadir.  Sesungguhnya saya amat berbesar hati dan ingin menyampaikan penghargaan kepada pihak sekolah yang telah bersusah payah mengadakan majlis meraikan kejayaan saya pada hari ini. Terima kasih daun keladi. Pada kesempatan yang amat berharga ini saya ingin berkongsi idea untuk menyampaikan sebuah ucapan yang bertajuk, “Ciri-ciri Pelajar Yang Cemerlang.”
Guru-guru yang saya hormati,
            Terlebih dahulu sebelum meneroka lebih jauh, izinkan saya memberikan penghargaan istimewa pada para pendidik yang telah membimbing saya untuk menggapai kejayaan. Teringat saya kepada kata-kata orang bijaksana yang menyebut, guru ibarat lilin, membakar diri demi menerangi orang lain. Pada hari ini kata-kata bijaksana itu benar-benar menepati sasarannya, apabila anak didik tuan-tuan dan puan-puan yang sedang berdiri di sini adalah hasil jelmaan daripada kerja keras anda. Kejayaan saya bukan datang secara bergolek tanpa kerahan keringat daripada para guru sekalian. Saya menangis dan saya bergembira kerana kejayaan ini dan saya yakin siapalah saya di sini tanpa anda? Terima kasih cikgu!

Rakan-rakan sekalian,
  Ciri-ciri pelajar cemerlang adalah bermaksud, keterampilan diri dalam aspek peribadi, kejayaan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum serta dapat membina interaksi sosial yang sihat dan berhemah tinggi. Peribahasa Melayu ada menyatakan, rajin dan usaha tangga kejayaan Selain itu, para pujangga pernah menyatakan, “Hidup tanpa cita-cita, ibarat sepohon rendang yang tidak berbuah.” Kedua-dua ungkapan peribahasa dan kata pujangga tersebut memperihalkan seseorang yang tidak mempunyai matlamat dan cita-cita adalah sia-sia sahaja dalam hidupnya.  Pada masa ini cita-cita kita yang sebenarnya adalah untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup khususnya dalam bidang akademik. Cita-cita yang bertapak kukuh dalam sanubari tidak akan menjadi kenyataan tanpa disertai usaha yang gigih. Kegigihan dan kesabaran semasa belajar menjadi indikator utama kepada setiap orang yang berjaya. Barangkali kita boleh berkongsi kebanggaan apabila melihat seseorang itu berjaya dalam peperiksaan. Sebaliknya pula, tidak ramai yang sanggup berkongsi kepenatan mengerah keringat dan memerah otak ketika belajar. Hakikatnya, saya ingin memberi nasihat apabila anda inginkan kejayaan bersedialah dengan mental dan fizikal yang digarapkan dengan ketabahan. Sesungguhnya, tiada pil atau mukjizat yang boleh menjadi jalan pintas untuk berjaya,

Saudara/i,
            Untuk menjadi pelajar yang cemerlang juga kita hendaklah memiliki ciri-ciri sahsiah yang boleh dikagumi.  Sahsiah yang baik akan menunjukkan akhlak yang terpuji. Bak kata filosof Imam Al Ghazali, “Mencantikkan wajah bersuluhlah pada cermin, mencantikkan akhlak bercerminlah pada wajah.” Peribadi yang baik menjadi modal tanpa wang membolehkan kita disenangi dan diterima baik oleh sesiapa sahaja. Dengan elok perangai kita mudah memperoleh rakan, kita mudah berkomonikasi dengan sesiapa jua lantaran penampilan diri kita yang menyenangkan semua orang.  Para akan berbangga apabila memiliki pelajar ang berperibadi mulia. Mereka pasti berlapang dada untuk mengajarkan kita ilmu dan sentiasa berdoa agar kita berjaya.
Para intelek sentiasa mengingatkan diri kita tentang suatu falsafah yang berbunyi, “Apabila kita gagal merancang membuktikan kita merancang untuk gagal.” Oleh itu, setiap kejayaan tidak akan datang bak yang bulat datang menggolek dan yang pipih datang melayang.  Setiap kejayaan yang ingin dikecapi perlu disertai dengan perancangan yang teliti dan perlu dilaksanakan dengan penuh iltizam.  Kita hendaklah menjadi manusia yang berdisiplin dan bersistem.  Kita perlu kepada rutin yang teratur seperti masa makan, berehat, tidur, dan jadual belajar yang teratur.  Sebagai pelajar, kita sedang memikul tugas berat untuk memperlengkap diri menjadi insan berilmu. Jadi pada kesempatan ini saya berseru kepada rakan-rakan agar bijak merancang supaya masa depan kita tidak dibayangi awan gelap.

Saudara/i,
            Bakal seseorang pelajar yang cemerlang semestinya pelajar yang tahu tempat dan latar asal jadinya. Latar kehidupan kita sebagai pelajar ialah sekolah dan rumah. Di sekolah pembimbing kita ialah para guru, manakala di rumah yang membimbing dan membentuk kita ialah ibu bapa dan kaum keluarga. Kepada merekalah kita bernaung dan kepada merekalah kita memperoleh ilmu sebagai petunjuk dan arah tuju. Hubungan baik dan sikap patuh serta merendah diri khususnya kepada ibu bapa dan para guru adalah suatu perkara yang wajib kita lakukan. Janganlah kita bertindak membelakangi mereka dalam setiap tindakan dan jauh sekali kita menjadi biadap terhadap mereka. Sentiasalah bermanis muka dan bersangka baik terhadap guru-guru kerana percikan liur basah mereka bakal menjadikan mutiara yang bernilai kepada kita. Sementara itu keikhlasan dan doa mereka bakal memberi restu dan makbul daripada Allah. Ingatlah, tidak jauh seluang melaut akhirnya balik juga ke muara.

Rakan-rakan yang dikasihi,
Dalam arena pendidikan pula, pelajar cemerlang sering diukur berasaskan pencapaian akademik.  Pencapaian akademik yang cemerlang sentiasa menjadi pengukur untuk menilai kekuatan seseorang pelajar itu.  Walau bagaimanapun, akademik bukanlah segala-galanya yang boleh menentukan pelajar itu unggul.  Adik kembar kepada akademik iaitu kokurikulum juga menjadi sumber terpenting yang perlu dikuasai pelajar yang cemerlang.  Hal tersebut mampu memberi imbangan antara keterampilan mental, jasmani, rohani dan emosi.  Penglibatan aktif dalam bidang kokurikulum membolehkan seseorang pelajar itu menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi. Pelajar sentiasa terbuka minda dan sikapnya serta bijak menyelesaikan masalah. Pelajar juga dapat mempelajari selok-belok kepimpinan apabila terlibat secara aktif dalam bidang kokurikulum.

Hadirin sekalian,
            Sebelum mengundur diri terimalah serangkap pantun daripada saya,

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

Sekian selamat maju jaya. Terima kasih.



2.  Pelbagai masalah yang timbul dalam keluarga seperti masalah kewangan, masalah anak-anak dan masalah yang melibatkan ibu bapa itu sendiri. Keadaan ini menimbulkan stres kepada setiap ahli keluarga.

Huraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh setiap ahli keluarga dalam menghadapi tekanan atau stres ke arah melahirkan keluarga yang bahagia.

Pendahuluan : Tragedi-tragedi pelik seperti bapa mencurah asid ke muka anak, suami membunuh isteri di tempat tidur, anak membunuh ahli keluarga dan pelbagai kerenah dalam keluarga bagaikan menjadi suatu fenomena dalam masyarakat moden. Masyarakat yang kononnya semakin bijak telah mula tenggelam punca dan sanggup melakukan tindakan ganas di luar batasan. Pelbagai krisis yang melanda keluarga telah menjadi anasir peledak sehingga keharmonian dalam rumah tangga bertukar menjadi neraka kehidupan. Pelbagai tekanan emosi mula melanda keluarga sehingga boleh menimbulkan kesan kemurungan, halunisasi, dan gila. Memandangkan fenomena ini boleh mengancam kesejahteraan institusi tertua di dunia itu, pelbagai langkah menanganinya harus diambil dengan seberapa segera.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak dengan ilmu dan kemahiran yang mencukupi sebelum anak-anak mengharungi alam berumah tangga –

Isi 2 : Ibu bapa hendaklah sedar bahawa tanggungjawab membahagiakan rumah tangga adalah suatu amanah dan ibadah – menjadi motivasi untuk melahirkan sebuah keluarga yang harmoni dan sejahtera

Isi 3 : Memperlengkap ahli keluarga dengan imu pengetahuan dunia dan akhirat – ilmu dunia sebagai alat untuk kesenangan hidup sementara ilmu agama sebagai pengimbang dan kedamaian batiniah

Isi 4 : Menjalinkan perasaan mesra dan seronok sesama ahli keluarga – mengetepikan perkara-perkara negatif yang boleh mencetuskan perasaan marah – menikmati kehidupan berkeluarga ibarat syurga

Isi 5 : Memilih pihak ketiga sebagai pendamai – langkah penyelesaian terakhir sekiranya masalah terlalu rumit – semua pihak hendaklan mengetepikan ego masing-masing – menerima hakikat bahawa bukan semua masalah harus diselesaikan bersendirian

Kesimpulan : Fenomena semasa yang semakin mencabar secara tidak langsung boleh mempengaruhi mod dan emosi seseorang. Oleh itu, jikalau darah sudah mengalir ke mata, justeru padahnya terlalu besar. Jangan dibiarkan dendam yang membara, sebaliknya setiap masalah hendaklah diselesaikan dengan hemah dan pemikiran yang positif. Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan ibarat, hendak seribu daya tidak mau seribu helah.



3.  Kebersihan tempat awam dan kawasan sekitar kerap kali menimbulkan masalah dan rasa tidak puas hati pelbagai pihak.

Huraikan peranan pelbagai pihak dalam menangani masalah tersebut.

Pendahuluan : Dalam perjuangannya mencari kesejahteraan alam semula jadi yang hakiki, nama seorang tokoh dengan tiba-tiba melonjak naik. Setiap pencinta alam sudah pasti mengenali Karam Walia. Beliau begitu tega memperjuangkan kebersihan alam sekitar di Malaysia melalui wadah TV3. Sama ada dipuji mahupun dikeji misi memperjuangkan alam sekitar yang lestari terus dipertahankan. Sama ada yang didedahkan oleh saudara Karam Singh mahu pun oleh pihak-pihak yang lain, hakikat bahawa alam sekitar di Malaysia semakin tercemar tidak boleh dinafikan begitu sahaja. Pelbagai isu dan aduan sering terpampang sama ada melalui media cetak mahupun media elektronik. Menyedari akan kepentingan alam kepada kesejahteraan insan, semua pihak hendaklah bersikap positif untuk menangani masalah tersebut.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Kerajaan hendaklah mempunyai perancangan yang jelas tentang hala tuju alam sekitar di Malaysia – melaksanakan suatu program yang rakyat benar-benar faham tentang kelestarian alam sekitar

Isi 2 : Pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memiliki suatu dasar yang tegas dalam menangani isu alam sekitar – penjagaan yang rapi, pemantauan yang kerap, dan tindakan undang-undang yang tegas dan adil

Isi 3 : Pihak sekolah dan institusi pendidikan menyediakan kurikulum yang langkap tengan silibus alam sekitar – usaha memperkasakan subjek alam dan manusia di sekolah dan menawarkan kursus alam sekitar yang wajib diambil oleh pelajar di IPT

Isi 4 : Orang awam hendaklah mempunyai kesedaran sivik terhadap langkah menjaga alam sekitar – sikap lepas tangan dan curi tulang membiarkan alam sekitar dijaga oleh pihak lain hendaklah dikikis

Isi 5 : Ibu bapa mendidik anak-anak agar mesra alam sekitar dan kebersihan – pendidikan bermula di rumah

Kesimpulan : Kemusnahan alam sekitar sebenarnya suatu malapetaka yang pasti ditanggung oleh manusia. Secara sedar atau tidak sedar, perbuatan mencemarkan alam sekitar adalah mengundang bencana kepada kehidupan manusia. Oleh itu, tiada sesiapa yang boleh menuding jari kepada mana-mana pihak, sebaliknya semua orang dituntut supaya memberikan lebih komitmen terhadap keselamatan persekitaran kita.



4.  Perkembangan industri  kecil dan sederhana (IKS) dan Produk Halal Malaysia dapat membantu menjanakan pendapatan rakyat serta memastikan industri tersebut ke peringkat antarabangsa. Sehubungan dengan itu, anda diminta menulis rencana tentang faedah-faedah yang diperoleh daripada usaha-usaha kerajaan dan pihak swasta dalam memajukan industri tersebut.

Tulis rencana tersebut selengkapnya.

(SILA RUJUK RANGKA ISI DALAM SOALAN YANG SAMA DENGAN NEGERI SABAH)


JOHOR

1.  Slogan “Membaca Jambatan Ilmu” menunjukkan bahawa untuk menjadikan aktiviti membaca mendatangkan pelbagai faedah kepada seseorang.

Huraikan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menjadikan membaca sebagai amalan hidup.

Pendahuluan : Ketika Malaikat Jibril memeluknya dan mengajarkan baginda membaca, Nabi Muhamad SAW sebelum itu adalah buta huruf. Namun, dengan berkat membaca yang bermula dengan surah Iqra, baginda telah bangkit sebagai pemimpin agung yang memancari seluruh jazirah Arab dan dunia amnya dengan wadah keilmuan yang tiada tolok bandingannya. Demikianlah suatu keajaiban ilmu dengan wasilah membaca. Membaca Jambatan Ilmu adalah antara slogan yang  menyatakan sekiranya mahu berada dalam alam bijaksana pilihlah wadah membaca. Demi merealisasikan tradisi keilmuan itu, wajarlah pelbagai langkah dan strategi diambil oleh seseorang untuk mengangkat martabat diri ke persada ilmu.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Memupuk diri sendiri untuk mencintai ilmu dan membudayakan ilmu – ilmu dijadikan alat mengubah cara berfikir dan gaya hidup

Isi 2 : Memilih kawan dan khalayak yang gemar membaca dan menuntut ilmu – menjadi motivasi agar saling menyokong dan bersaing dalam kegiatan yang berfaedah

Isi 3 : Menyediakan sendiri perpustakaan mini di rumah – sentiasa berbangga dengan koleksi buku-buku

Isi 4 : Mengunjungi pusat-pusat pameran buku, kedai buku, dan pusat sumber – dapat membentuk jiwa yang cenderung dan berminat kepada segala jenis maklumat yang dihidangkan di dalam buku

Isi 5 : Menyimpan impian agar pada suatu hari kelak anda akan berjaya menjadi seorang ilmuwan dan menyumbangkan idea dengan menulis buku-buku – anda sebagai pewaris ilmu dan penyebar ilmu (peribahasa gajah mati dikenali tulang, harimau mati dikenali tulang, dan manusia dikenali jasa)

Kesimpulan : Sesungguhnya, insan yang paling bijaksana ialah insan yang dpat mengenali dirinya. Langkah untuk mengenali diri hendaklah dengan wadah ilmu. Tuntutlah ilmu sama ada dunia mahupun akhirat kerana ilmu ......



2.  Perasaan saling menyayangi dan hormat-menghormati sesama ahli keluarga dapat membentuk masyarakat penyayang.

Berikan pandangan anda tentang peranan ibu bapa dalam melahirkan individu yang penyayang. 

Pendahuluan : Kalangan bijaksana berpendapat bahawa, rumah ialah syurga kepada kehidupan dan ada kalanya menjadi neraka. Pengertian daripada pendapat tersebut menerangkan bahawa, rumahtangga menjadi nukleus utama yang dapat membentuk keluarga yang bahagia mahupun di sebaliknya. Pelopor paling penting untuk melahirkan sebuah keluarga harmoni dan bermawadah tentulah ibu bapa. Elok corak yang dilakari nescaya eloklah keluarga yang dibina. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang amat besar demi mencorakkan sebuah rumahtangga yang dilingkungi oleh rahmat dan kasih sayang.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Menjadi insan yang bertakwa dan patuh pada hukum Allah – insan seperti ini sentiasa berfikiran positif dan mengetepikan perihal yang negatif – sentiasa memupuk kecenderungan untuk hidup yang diredai di dunia mahupun akhirat

Isi 2 : Mengutamakan pendidikan kekeluargaan dengan limpahan kasih sayang kepada anak-anak – anak-anak yang diajari erti berkasih sayang lebih cenderung untuk saling hormat dan saling menyokong

Isi 3 : Berkomunikasi secara lembut dan sopan dengan anak-anak – melahirkan persekitaran rumah tangga yang harmoni, sepakat, dan memperoleh berkat

Isi 4 : Melaksanakan tanggungjawab terhadap rumahtangga – memenuhi keperluan asas fizikal dan memberi anak-anak ilmu pengetahuan

Isi 5 : Memanjangkan jalinan persaudaraan dengan kaum keluarga dan jiran tetangga – mendedahi anak-anak tentang cara hidup yang bermasyarakat dengan jalinan kasih sayang

Kesimpulan : Elok air di hulu, nescaya jernihlah di muara. Demikianlah peribahasa yang menganjurkan pendidikan dan tingkah laku yang baik yang dipelopori oleh ibu bapa bakal ditontoni anak-anak. Mereka akan membesar dengan seimbang dan harmoni kerana lahir daripada acuan yang sempurna.


3.  Keadaan cuaca yang tidak menentu dan aktiviti pembangunan yang tidak terancang di sesetengah kawasan di negara kita telah mengakibatkan kejadian tanah runtuh.

Tulis sebuah rencana tentang cara-cara untuk mengatasi kejadian tanah runtuh.

4.  Kemasukan pendatang asing yang semakin bertambah di rantau ini telah memberi kesan kepada rakyat dan negara.

Bincangkan kerjasama yang dapat dilakukan oleh Malaysia dengan negara jiran untuk mengatasi masalah tersebut.

Pisang emas dibawa belayar
  Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
  Hutang budi dibawa mati

5.  

Pantun di atas menjelaskan bahawa budi dan jasa seseorang perlu dihargai.

Sebagai seorang pelajar, bincangkan sumbangan yang boleh anda berikan sehingga pihak sekolah dapat menghargai budi dan jasa anda.


PAHANG

1.  Kelulusan akademik semata-mata tidak lagi menjadi faktor penentu kejayaan seseorang pelajar setelah mereka meninggalkan institusi pendidikan formal.

Berikan pandangan anda tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh seeorang pelajar sebagai pelengkap untuk memasuki alam pekerjaan.

Pendahuluan : Di Malaysia, memasuki alam pekerjaan adalah menjadi destinasi akhir kepada kebanyakan pelajar. Sama ada di peringkat sijil, diploma atau ijazah mereka sudah mencongak-congak akan peluang pekerjaan yang bakal diceburi. Walau bagaimanapun, dalam persaingan untuk memasuki pasaran pekerjaan, kelulusan akademik sahaja belum tentu menjanjikan seseorang itu boleh menjawat jawatan yang dicita-citakan. Sebaliknya, individu yang memiliki pelbagai kemahiran di samping akademik yang baik sudah pasti dapat memenuhi kriteria yang diperlukan oleh para majikan. Justeru, seseorang pelajar itu wajarlah memperlengkapkan dirinya dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan sebelum melamar sebarang pekerjaan.

Isi 1 :   Memiliki kemahiran dalam berkomunikasi  - petah berbicara, matang mengeluarkan hujah dan pendapat, dan berani berhadapan dengan pelbagai peringkat klien - berinteraksi dalam gaya yang sopan

Isi 2 :   Kemahiran menguasai pelbagai bahasa - mampu berinteraksi dengan pelbagai lapisan dan peringkat - menguasai bahasa-bahasa penting di dunia seperti bahasa Inggeris, Mandarin, Perancis, Arab, Jepun, dan banyak lagi - berpeluang meneroka pelbagai peluang dengan pendapatan lebih lumayan di seberang laut

Isi 3 :   Kemahiran teknologi - penting selaras dengan kemajuan teknologi global - hala tuju negara menjadi negara maju yang dipacu oleh sektor perindustrian – teknologi pembuatan, kejuruteraan, dan penciptaan - memiliki aset utama untuk mencari peluang dalam pelbagai sektor – (pembuatan, pemesinan, perkakasan, dan operasi)

Isi 4 :   Kemahiran dalam ICT – selaras dengan kemajuan teknologi langit terbuka - mempercepat proses penyebaran dan pemerolehan maklumat melalui rangkaian internet dan laman web - boleh bersaing dalam gelanggang maklumat yang menguasai gaya hidup moden (peribahasa tidak boleh hidup seperti katak di bawah tempurung)

Isi 5 :   Kemahiran dalam penampilan dan penyesuaian diri - penampilan fizikal, gaya bersosial, mengawal emosi, dan matang berfikir - meyakinkan orang lain terhadap keupayaan diri - mudah diterima dalam kelompok

Isi 6 :   Kemahiran-kemahiran seni istimewa - seni suara, seni muzik, memasak, ketukangan, hiasan, dan dekorasi - sebagai aset tambahan untuk lebih berdaya saing

Kesimpulan : Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada sesiapapun yang tahu mengajari kita agar berusaha mencipta tuah. Oleh yang demikian, penampilan diri dengan pelbagai kemahiran merupakan tuah yang boleh dicipta demi mencapai kejayaan peribadi seperti yang diidam-idamkan.


2.  Keberkesanan yang dimainkan oleh ibu bapa dalam sesebuah institusi kekeluargaan mampu menangani masalah disiplin dalam kalangan remaja.

Bincangkan.

3.  Anda mendapati sungai-sungai di Malaysia dalam keadaan yang tercemar. Sehubungan dengan itu, anda selaku pegawai alam sekitar terpanggil untuk menyampaikan sebuah ceramah. Tajuk ceramah tersebut ialah Peranan Masyarakat Dalam Memulihara Sungai-sungai di Negara Kita.

Sediakan teks ceramah tersebut selengkapnya.

NOTA : Karangan ini dalam bentuk berformat. Sila rujuk karangan format ucapan sebagai panduan anda.

Pendahuluan : Sejarah telah membuktikan bahawa sungai telah menjadi asas tamadun yang amat penting. Tamadun-tamadun agung seperti di lembah Ganges, Mesopotamia, Nil, dan Tamadun Hwang Ho (Kuning) telah menjadikan sungai sebagai tapak budaya dan kebangkitan sejarah manusia. Malahan hingga ke era moden, sungai terus berfungsi dalam multifungsinya. Sungai sebagai sumber bekalan air, sungai sebagai sumber agraria, dan sungai jugalah sebagai sempadan politik tradisional sama ada antara negara mahupun negeri dan wilayah. Demikianlah realiti fungsi sungai kepada alam sejagat. Namun, selaras dengan ledakan teknologi dan perubahan manusia yang secara relatifnya bijak, sungai telah dimangsakan dengan serakus-rakus. Itulah suatu episod sedih yang terpaksa diharung oleh makhluk yang bernama sungai dan kini menuntut komitmen saya untuk menyampaikan ceramah,  “Peranan Masyarakat Dalam Memulihara Sungai-sungai di Negara Kita”.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Manusia perlu insaf dan belajar daripada sejarah tentang hakikat sungai yang sebenarnya – sebahagian besar manusia pada hari ini memang buta tentang fungsi sungai dan hakikat kejadian sungai oleh Allah SWT.

Isi 2 : Masyarakat perlu sedar tindakan salah mereka menyebabkan tindak balas sungai yang amat mengerikan – kemarau atau banjir sebagai suatu tindak balas sungai

Isi 3 : Manusia harus bangkit untuk menentang segala pencerobohan dan pencemaran sungai – peranan NGO, PBT, dan kerajaan.

Isi 4 : Institusi pendidikan hendaklah mengutamakan tajuk sungai dalam banyak silibus di sekolah – melahirkan masyarakat yang terdidik dan mesra sungai

Isi 5 : Kerajaan wajib mengangkat martabat sungai setaraf dengan infrastruktur yang lain – menyamai taraf bangunan sejarah, muzium, dan semua aset berharga yang lain – orang ramai sedar bahawa harta negara perlu dijaga

Kesimpulan : Pelbagai inisiatif oleh NGO seperti Greenpeace, Kumpulan pencinta alam, dan rakyat marhaen untuk menyelamatkan sungai, malang sekali semua suara tersebut dilenyapkan oleh kepentingan fulus dan dolar. Kini khazanah alam tersebut semakin nazak dan menuntut komitmen kita untuk memelihara dan memuliharakannya. Sedarlah, akan “Peranan Masyarakat Dalam Memulihara Sungai-sungai di Negara Kita”.



4.  Program pertukaran pelajar antara negara mendatangkan pelbagai faedah kepada pelajar dan negara yang terlibat.

Huraikan faedah-faedah tersebut

Pendahuluan : Secara tradisionalnya manusia dipisahkan oleh sempadan geografi dan geopolitik. Sungguhpun demikian, pemisahan bukanlah bererti manusia tidak mempunyai persamaan dan nilai murni yang sama. Cita rasa dan hak untuk dihormati telah wujud secara azali sejak manusia dilahirkan lagi. Lebih-lebih lagi dalam dunia siber seperti sekarang, pemisahan secara tradisional sudah tidak relevan lagi. Oleh itu, manusia harus bertemu dan berkomunikasi antara satu dengan yang lain. Proses tersebut boleh membuang segala syak wasangka dan sebaliknya dapat membina tamadun alaf baru yang saling menyokong dan melahirkan suasana menang-menang. Tahap perintis untuk mewujudkan persefahaman tersebut adalah melalui program pertukaran pelajar antarabangsa. Tidak syak lagi banyak signifikan di sebalik usaha yang telah dilaksanakan oleh NGO antarabangsa itu.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Dapat memperluas jalinan persefahaman politik, ekonomi, dan sosial – mewujudkan suatu era baru dalam slogan, “Satu Dunia Satu Komuniti” – mewujudkan kedamaian sejagat dalam alaf baru

Isi 2 : Membuka ruang minda – pendedahan tentang kepelbagaian budaya, etika, dan ilmu pengetahuan – pertukaran maklumat antara negara maju dan negara-negara membangun (peribahasa, jauh berjalan luas pandangan, lama hidup banyak pengalaman)

Isi 3 : Mengurangkan persengketaan yang berpunca daripada salah faham politik dan ideologi – para pelajar bakal menjadi duta kecil yang membawa misi damai dan menjadi bakal pemimpin masa depan yang mesra keamanan

Isi 4 : Mewujudkan satu kesatuan budaya masyarakat majuk – saling memahami dan saling menghormati budaya, adat resam, dan agama – mencetuskan keamanan dengan saling menghormati hak dan piagam masyarakat lain

Isi 5 : Sebagai perintis kepada jalinan persahabatan antara negara – wujud hubungan lebih intim antara negara-negara peserta – boleh mengelak sikap mementingkan diri serta dendam kesumat dalam kalangan pemimpin dunia

Kesimpulan : Sesungguhnya, manusia dijadikan daripada satu hubungan benih antara Adam dan Hawa. Amatlah ironi apabila manusia sejak dari zaman pratamadun lagi terus bersengketa hingga ke hari ini. Usaha positif hendaklah digemblengkan agar budaya ‘haiwan’ yang telah sekian lama mempengaruhi  minda sebahagian  daripada pemimpin besar dunia dapat dihapuskan. Alangkah indahnya, apabila manusia dapat merasai nikmat keamanan yang sejati.


5.  Karya kesusasteraan Melayu mampu melahirkan generasi yang mempunyai semangat patriotik di negara ini.

Berikan ulasan anda.

KELANTAN

1.  Remaja hari ini berdepan dengan pelbagai tekanan dalam usaha memenuhi keinginan ibu bapa dan guru untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Stres yang dihadapi telah menyebabkan ada remaja yang mengambil tindakan yang tidak sesuai.

Jelaskan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menangani stres.

Pendahuluan : ‘Lulus cemerlang dengan 10A+’, ‘Pergi Tuisyen’, ‘Masuk Kelas Qiraati atau belajar berenang’, dan ‘Masuk Summer Camp’ adalah antara ungkapan yang sudah basah di mulut para ibu bapa. Sebaliknya, ungkapan yang sama pula sudah menjadi mangli dan alergi kepada anak-anak. Antara anak-anak dan ibu bapa, malah guru juga kadang-kadang sudah tidak sealiran sekalipun berada dalam laras matlamat yang sama. Keinginan yang melampau dan impian tinggi menggunung oleh ibu bapa telah meninggalkan kesan fobia dan trauma dalam kalangan anak-anak. Mujurlah bagi yang berupaya, mereka dapat memenuhi hasrat ibu bapa, sebaliknya kepada yang kurang timbullah pelbagai kesan stres dan kemurungan. Bagi diri saya, isu ini ibarat ditelan mati bapa diluah mati emak kerana hakikatnya semua adalah penting. Oleh itu, saya memerlukan beberapa strategi yang berhemat untuk mengimbangi kedua-duanya.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Bersedia lebih awal – menjadikan agenda belajar mengatasi segala yang lain – cuba menuruti ikon-ikon cemerlang sebagai sumber rujukan

Isi 2 : Bawa berbincang dengan ibu bapa dan guru – jelaskan keupayaan sebenar kepada mereka – dapatkan bimbingan dan motivasi

Isi 3 : Mesti jelas matlamat dan hala tuju – cita-cita hendaklah diukur kepada minat dan kemampuan diri

Isi 4 : Bertemu guru-guru kaunseling – mereka mempunyai kelayakan untuk membuat konsultasi – kemukakan segala masalah yang terbuku di hati

Isi 5 : Banyak berdoa dan bermuhasabah diri – tidak melupai Tuhan yang sentiasa memberikan taufiq dan hidayah-Nya.

Kesimpulan : Memetik kata-kata dalam pepatah Arab, bahawa setiap penyakit ada ubatnya, jelas menunjukkan kita tidak boleh tenggelam punca dalam menangani sebarang masalah. Kita wajar berlapang dada dan dingin kepala untuk mencari langkah penyelesaian. Kebijaksanaan bukan terletak kepada jumlah A yang dikutip tetapi bijaksana dalam menguruskan diri umpama, sesat di hujung jalan baliklah ke pangkal jalan.

2.  Ibu bapa merupakan penentu kerjaya anak-anak pada masa hadapan.

Ulaskan pernyataan tersebut.

Pendahuluan : Peribahasa Melayu menyatakan kenal getah batang lihatlah daunnya. Peribahasa tersebut menjelaskan bahawa tingkah laku dan latar belakang ibu bapa akan menentukan hala tuju anak-anak. Baik ibu bapa, justeru baiklah anak-anak. Anak-anak yang terdidik daripada keluarga yang harmoni akan menjadi insan yang berguna dan demikian pula di sebaliknya. Sementara ibu bapa yang mementingkan pelajaran pula akan menentukan bahawa pelajaran bakal mencorakkan masa depan anak-anak mereka. Dengan yang demikian, saya berpendapat, keluargalah yang menjadi penyumbang utama ke arah kecemerlangan masa depan anak-anak.

Isi 1 :   Pertumbuhan minda dan sahsiah anak-anak paling berkait rapat dengan iklim rumah tangga - sikap dan gaya pemikiran anak-anak bermula di rumah – ibu menujukkan role model terbaik kepada anak-anak - tingkah laku positif atau negatif ibu menjadi ikutan anak-anak (peribahasa, seperti acuan begitulah kuihnya)

Isi 2 :   Keluarga ialah orang yang paling dekat dengan anak-anak - ibu bapa khususnya lebih mengenali peribadi anak-anak – mewujudkan suasana keluarga harmoni di rumah

Isi 3 :   Melahirkan zuriat yang sempurna dan seimbang dalam aspek fizikal, mental, rohani dan emosi - asuhan dan belaian yang sempurna menjadi ‘baja’ kepada pertumbuhan sahsiah anak-anak – hidup dalam suasana bermawadah

Isi 4 :   Membina sebuah keluarga yang mementingkan akhlak, agama, dan ilmu pengetahuan -  anak-anak cenderung untuk menuruti jejak ibu bapa terutama ibu bapa yang memiliki kerjaya yang menarik - ibu bapa dan ahli keluarga yang lebih tua sentiasa memberikan motivasi dan menjadi sumber inspirasi kepada anak-anak yang baru meningkat remaja

Isi 5 :   Terhindar daripada sebarang tingkah laku negatif -  emosi yang tenteram dan minda yang cerdas menjadi benteng penebat melakukan perbuatan antimoral - ibu bapa mengawal anak-anak daripada bergaul dengan budak-budak nakal - minda yang tidak tercemar dengan tingkah laku negatif mendorong seseorang berfikiran positif

Isi 6 :  Menyemaikan bakat dan kebolehan kepada anak-anak - mendominasikan bakat dan kebolehan daripada ibu bapa kepada anak-anak - ibu bapa dan ahli keluarga lebih mengenali bakat dan kecenderungan anak-anak – mendorongi mereka dengan bakat yang positif


Kesimpulan :           Keluarga pasti menjadi nukleus utama untuk anak-anak. Keluarga merupakan institusi tertua menentukan arah dan hala tuju seseorang. Oleh itu, keluarga yang harmoni pasti menjanakan kejayaan yang cemerlang terhadap anak-anak. Terbentuk hakikat, bagaimana acuan demikianlah kuihnya.

3.  Industri pelancongan merupakan antara penyumbang terbesar ekonomi negara. Anda ingin menulis rencana yang menyentuh peranan yang perlu dimainkan oleh pelbagai pihak untuk memajukan industri pelancongan.

Tulis rencana tersebut selengkapnya.

NOTA : Karangan ini dalam bentuk berformat rencana. Pastikan anda mematuhi arahan format.

Pendahuluan :  Sudah acap kali penganjuran tarikan pelancong ke luar negara oleh pelbagai agensi sentiasa mendapat sambutan yang memberangsangkan. Penganjuran tersebut turut disokong oleh pihak kerajaan dengan menganjurkan Kempen Tahun Melawat Malaysia. Kini Malaysia mula dikenali di saentero dunia sebagai destinasi pelancongan yang menarik, murah, dan eksotik. Sejajar dengan hasrat negara untuk menjadikan sektor pelancongan sebagai penyumbang utama ekonomi negara, maka semua pihak di Malaysia patut memainkan peranan aktif masing-masing.

Isi 1 :   Penglibatan aktif agensi kerajaan - Kementerian Pelancongan - agensi-agensi di bawah kementerian berkenaan perlu aktif mempromosikan Malaysia ke peringkat global

Isi 2 :   Inisiatif hendaklah turut digerakkan oleh sektor swasta juga -  menyokong dan mengambil bahagian dalam program galakan pelancongan di luar negara - membangunkan prasarana pelancongan seperti kemudahan penginapan dan pengangkutan

Isi 3 :   Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hendaklah menjaga dan memperindah kawasan jagaan masing-masing -  mengutamakan aspek kebersihan dan keindahan - membangunkan tempat-tempat yang berpotensi menjadi daya tarikan pelancong

Isi 4 :   Menyuntik minda masyarakat agar lebih berfikiran terbuka - melihat sektor pelancongan secara positif - menyokong usaha pihak kerajaan dan PBT menjaga alam sekitar - mengamalkan budaya sopan santun, peramah, dan berbudi bahasa

Isi 5 :   Penglibatan aktif duta-duta di luar negara - menyampaikan mesej yang jelas tentang Malaysia

Kesimpulan :  Sebagai sebuah negara yang aman dan harmoni, Malaysia amat strategik untuk dikunjungi oleh pelancong-pelancong sama ada dari Timur atau Barat. Peluang harus dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya pada masa ini apabila Malaysia begitu popular kepada pelancong dari Timur Tengah dan Asia Timur jauh. Peluang yang sedia terhidang hendaklah bijak direbut, bak kata peribahasa rezeki jangan ditolak, aral jangan diraih.

NOTA : Rangka karangan ini boleh anda rujuk secara terperinci dalam modul saya edisi 2010 (kulit merah) : soalan 1 ms 57.




4.  Akhir-akhir ini beberapa negara di dunia telah mengalami bencana alam.

Jelaskan usaha-usaha negara di dunia untuk membantu negara yang dilanda bencana alam.

NOTA : Soalan hampir sama dengan soalan Negeri Sembilan. Sila rujuk.


5.  Peribahasa ‘bukit sama didaki, lurah sama dituruni’ menggambarkan bahawa nilai sepakat penting dalam kehidupan.

Bincangkan manfaat nilai tersebut dalam masyarakat.g


MELAKA

1.  Sebagai ketua pengawas. Anda dijemput untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Persiapan Untuk Memasuki Sekolah Menengah” kepada murid-murid tahun enam di sebuah sekolah.

Sediakan teks ceramah itu selengkapnya.


2.  Keluarga dianggap sebagai tempat perlindungan untuk ahli-ahlinya berlindung daripada bahaya dan pengaruh persekitaran.

Berikan saranan anda tentang peranan keluarga dalam menjamin keselamatan ahli-ahlinya.

NOTA : Saya padankan semula soalan ini dengan bahan sedia dalam modul saya edisi 2010 (kulit merah). Sila rujuk untuk melihat rangka isi yang lengkap.

Dalam keresahan gejala sosial yang semakin meruncing, institusi keluarga diyakini masih mampu menangani gejala tersebut.

Ulaskan peranan yang dapat dimainkan oleh institusi keluarga untuk membanteras gejala tersebut.

Pendahuluan:  Gejala perbuatan sumbang antara remaja lelaki dan perempuan, ketagihan dadah, kemaruk hiburan, mat rempit, dan pelbagai ragam kemacetan remaja lagi sedang terpampang di hadapan mata kita. Pusat-pusat hiburan dan pusat beli-belah telah ‘ditakluki’ oleh golongan yang rosak akhlak terutama sekali pada waktu hujung minggu. Naik jeluak pada fikiran kita apabila melihat aksi remaja yang tidak segan melakukan aksi sumbang di tengah-tengah khalayak ramai itu. Apabila keadaan ini sudah semakin kronik, pelbagai pihak mula menuding jari antara satu sama lain. Masing-masing saling menuduh tentang angkara siapakah yang menyebabkan gejala ini semakin sukar dibendung?  Selain itu, tidak kurang pula yang berharap supaya ada pihak yang sudi bertanggungjawab untuk mengatasi krisis ini.  Jawapan kepada krisis ini, banyak pihak berpendapat, institusi keluarga masih diyakini memiliki kewibawaan untuk menanganinya.

Isi 1 : Memperkasakan semula institusi keluarga - banyak institusi keluarga yang longgar, goyah, dan bermasalah - pengendali keluarga perlu faham akan fungsi masing-masing dan berusaha menyelamatkan ahli keluarga

Isi 2 : Ibu bapa dan anggota keluarga sering mengambil tahu masalah - perlu lebih banyak berinteraksi dengan anak-anak terutama apabila mereka meningkat remaja

Isi 3 : Menyediakan keperluan asas yang sewajarnya kepada anak-anak - peka terhadap keperluan asas anak-anak - menunaikan permintaan anak-anak sekadar yang terdaya

Isi 4 : Mengutamakan pakej ilmu dan pendidikan keluarga melebihi agenda lain dalam keluarga - menjaminkan anak-anak menerima pendidikan yang secukupnya sama ada dunia atau akhirat - mendedahkan anak-anak dengan iklim kehidupan yang baik – kunjungan ke masjid, institusi sosial, dan ke pusat-pusat kelimuan seperti perpustakaan dan melawat IPT

Isi 5 : Mewujudkan interaksi yang sihat dan mesra dengan jiran tetangga - untuk melahirkan semangat kerjasama dan saling bertanggungjawab terhadap segala masalah terutama yang  melibatkan anak-anak remaja

Kesimpulan :           Kesempurnaan minda dan akhlak dalam kalangan anak-anak bermula di rumah. Oleh yang demikian, untuk melahirkan anak-anak yang baik seharusnya suasana dalam rumah tangga perlu menjadi baik terlebih dahulu. Dalam arus kebejatan sosial yang semakin rencam sekarang, wajarlah institusi keluarga diperkasakan agar menjadi benteng terawal dan terakhir untuk menyelamatkan remaja daripada terus tenggelam dalam gelombang ancaman wabak sosial.


3.  Industri batik dan songket negara telah mendapat tempat dalam masyarakat melalui pelbagai usaha yang telah dijalankan dari semasa ke semasa.

Huraikan langkah-langkah yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak bagi memajukan industri tersebut.

Pendahuluan : Warisan etika dan budaya bangsa merupakan aset bernilai yang dapat mengangkat imej sesuatu bangsa itu. Bukan setakat mengangkat tinggi imej bangsa malahan terdapat sumber warisan yang boleh dijadikan produk ekonomi khususnya dalam industri pelancongan. Pada hari ini produk batik sebagai antara produk yang dibanggakan telah mendapat pengiktirafan dunia. Kehalusan seni reka, canting, dan coraknya amat mengagumkan sekali. Selain itu, bergerak seiringan dengan industri batik ialah industri songket turut mendapat sentuhan imej yang cukup membanggakan. Dalam era globalisasi berinspirasi tinggi kini, kedua-dua produk tersebut mampu bersaing di pasaran global sekiranya diberikan sentuhan produk yang kompetatif. Oleh itu, semua pihak harus seiringan menggemblengkan tenaga untuk mengangkat kedua-dua produk tersebut setaraf dengan industri berstatus internasional.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Pengusaha produk batik perlu melipatgandakan pengeluaran – untuk memenuhi permintaan domestik dan antarabangsa

Isi 2 : Pengusaha juga harus mengutamakan kualiti bahan – fabrik yang halus, warna yang menarik, dan corak yang kentemporari

Isi 3 : Kerajaan (Kementerian Perdagangan dan Perindustrian) hendaklah memperluas bidang industri ke seluruh negara – tidak terhad kepada kawasan tradisional khususnya di kelantan dan Terengganu

Isi 4 : Rakyat harus menerima baik pakaian batik – diperagakan sama ada di tempat kerja mahupun majlis rasmi

Isi 5 : Kerajaan (Kementerian Pelancongan dan Kementerian Perdagangan dan perindustrian Antarabangsa) hendaklah mempromosikan produk batik dan songket di pasaran global

Isi 6 : Peniaga hendaklah menawarkan harga pada kadar yang kompetatif dan mampu milik oleh masyarakat di semua lapisan – pendapat umum yang menyatakan secara relatif harga batik dan songket tempatan terlau mahal

Kesimpulan : Imen Malaysia pada hari ini bukan sahaja dikenali sekadar juara masyarakat majmuk semata-mata, malah masyarakat antarabangsa telah mula membuka mata terhadap pelbagai pencapaian negara. Oleh itu, produk yang amat berpotensi ini harus mendpat sokongan padu seluruh rakyat Malaysia. Kita menaruh harapan yang amat tinggi pada suatu masa akan lahir slogan, “Ingat Batik, Ingat Malaysia”.


4.  Malaysia terkenal sebagai destinasi pilihan kepada pelajar asing untuk mencari peluang perniagaan berdasarkan kekukuhan asas ekonomi, pelaksanaan pelbagai dasar, dan insentif yang  diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia.

Berikan pendapat anda tentang pernyataan tersebut.


5.  Bakat semula jadi tidak mencukupi untuk menghasilkan sastera yang bermutu.

Berdasarkan pengalaman anda membaca novel, berikan pendapat anda tentang ciri-ciri yang diperlukan bagi menghasilkan karya yang bermutu.



SABAH

1.  Guru merupakan antara insan yang banyak berjasa kepada negara dan jasa mereka wajar diberi penghargaan. Anda ingin menulis esei bertajuk “Cara-cara Menghargai Jasa Guru” untuk dimuatkan dalam buletin khas sempena Perayaan Hari Guru sekolah anda.

Tulis esei tersebut selengkapnya.

Perhatian : Soalan ini jenis karangan berformat. Pelajar jangan lupa masukkan tajuk rencana yang sesuai dan nama penulis.

Pendahuluan : Kalangan bijaksana pernah menukilkan bahawa, matahari dan bulan yang terang-benderang cahayanya pun akan gelap apabila sampai masanya, namun suluhan sinar ilmu daripada para guru akan tetap bercahaya abadi dan selama-lamanya. Kata-kata tersebut menjelaskan bahawa sumbangan guru terhadap muridnya bukan suatu perkara yang boleh dihitung dengan jari, malahan percikan liur basah daripada gurulah yang telah mencipta mutiara kehidupan untuk pelajar-pelajar. Oleh hal yang demikian, saya dengan penuh kesedaran merakamkam penghargaan kepada para guru tentang “Langkah dan Cara-cara Menghargai Jasa Guru”.

Isi-isi penting

Isi 1 : Sentiasa berdoa kepada Allah agar melimpahi guru dengan rahmat dan keberkatan – guru dipanjangi usia dalam kesihatan – bertambah ilmu dan hikmah dengan segala kebijaksanaan – dimurahi rezeki dan selamat dunia dan akhirat

Isi 2 : Memetik dan menyunting segala mutiara kata dan tunjuk ajar guru – dijadikan panduan hidup sebagai insan yang berjaya

Isi 3 : Menghormati guru – menghargai jasa mereka sama ada yang telah lalu atau yang masih mengajar – tunduk merendah diri dan bersopan

Isi 4 : Menziarahi mereka sama ada dalam waktu sihat atau sakit – sebagai tanda hubungan kasih sayang yang tidak pernah putus

Isi 5 : Mempraktikkan ilmu pengetahuan yang diperoleh sama ada untuk diri sendiri mahupun masyarakat – membudayakan ilmu dalam kehidupan – menjadi masyarakat terpelajar

Kesimpulan : Sesungguhnya, Nabi Muhammad SAW telah berpesan bahawa, “Dua insan yang tidak terputus doa mereka sama ada baik atau buruk ialah kedua-dua ibu ibu dan guru yang pernah mendidik kita. Oleh itu, demi kejayaan di dunia dan akhirat, percayalah kepada nasihat dan tunjuk ajar guru dan taatilah mereka. Sebenar-benarnya insan yang tidak pernah berbohong kepada kita ialah para guru kerana ilmu bukan perkara yang boleh dibohongi.



2.  Kemelesetan ekonomi negara telah memberikan kesan kenaikan harga barangan dan peningkatan kadar pengangguran.

Bincangkan peranan keluarga dalam menangani kemelesetan ekonomi negara.

3.  Penyertaan masyarakat dalam industri kecil dan sederhana seperti kraftangan, perusahaan makanan ringan dan pembuatan batik dapat membantu meningkatkan ekonomi negara.

Huraikan faedah-faedah industri kecil dan sederhana kepada masyarakat dan negara.

Pendahuluan : Sektor perindustrian di Malaysia adalah antara penjana utama kemajuan ekonomi negara. Bidang pembuatan seperti elektronik, pakaian dan automobil turut melonjakkan Malaysia untuk dudk sebaris dengan negara-negara perindustrian baru khususnya di Asia. Kini satu lagi sayap perindustrian yang turut dijanakan ialah sektor industri kecil dan sederhana (IKS) seperti kraftangan, perusahaan makanan ringan dan pembuatan batik turut menyumbang kepada perkapita negara. Walaupun dipelopori oleh pemain-pemain industri tempatan, namun IKS telah menatijahkan pelbagai faedah kepada rakyat dan negara ini.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Dapat menjanakan pendapatan kepada masyarakat setempat – menyediakan peluang pekerjaan yang secara relatifnya menyokong pertumbuhan ekonomi setempat

Isi 2 : Menghasilkan produk yang memenuhi keperluan domestik dan pasaran luar – industri yang berkaitan dengan memproses makanan

Isi 3 : Memaksimumkan penggunaan barang-barang mentah tempatan – mengeksport barang-barang yang siap diproses – produk-produk IKS turut dieksport ke negara-negara jiran dan termasuk di pasaran Timur Tengah

Isi 4 : Melahirkan tenaga pakar dan korporat dalam kalangan masyarakat setempat – sebagai akses untuk membuka peluang anak-anak tempatan menjadi pemain industri yang mampu bersaing di peringkat tempatan dan internasional

Isi 5 : Menyokong pasaran setempat – urus niaga bertambah cergas dengan kemasukan pelbagai jenama baru (makanan, pakaian, perhiasan, dan barang-barang utiliti)

Kesimpulan : Berpandukan kata-kata dalam peribahasa, berjagung-jagung dahulu sementara padi masak, IKS merupakan akses yang strategik sebelum sesuatu industri itu mampu bersaing di arena global. Pada hari ini IKS telah menjadi harapan utama kepada penduduk setempat untuk meraih peluang mencari rezeki. Dengan hal yang demikian, pihak kerajaan dan swasta disaran agar lebih proaktif mengenal pasti segala potensi industri untuk dibangunkan oleh IKS.



4.  Kerjasama antara negara-negara di dunia dapat membantu meningkatkan pembangunan pendidikan.

Jelaskan bentuk-bentuk kerjasama antara negara untuk meningkatkan pembangunan pendidikan di sesebuah negara.

Pendahuluan : Manusia pada dasarnya mempunyai impian dan matlamat yang sama iaitu untuk hidup bebas dan berjaya. Sementara itu, setiap orang dituntut agar menghormati hak asasi orang lain. Hak-hak tersebut seperti hak untuk kebebasan, hak memperoleh kasih sayang dan hak untuk mencari ilmu pengetahuan. Walau bagaimanapun, dalam konteks mencari ilmu ada golongan yang masih tersisih dan terperap dalam kepompong buta huruf. Kalangan negara-negara miskin khususnya masih jauh ketinggalan dalam revolusi ilmu. Dalam dunia ilmu sebagai wahana perubahan, semua pihak harus proaktif mengadakan pelbagai kerjasama antara negara agar ilmu pengetahuan dan pembangunan pendidikan dapat dicambahsuburkan di seluruh pelosok alam.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Menjalinkan hubungan diplomatik antara negara – jalinan di bawah payung keamanan dunia tajaan PBB – menyingkirkan perasaan benci dan tamak haloba antara sesama manusia

Isi 2 : Menyumbangkan pelbagai prasarana dan logistik ilmu untuk negara-negara miskin – suatu pelaburan jangka panjang untuk memakmukan dunia

Isi 3 : Mengeksport tenaga pengajar sama ada secara sukarela ataupun kontrak – tenaga pakar dari negara-negara maju boleh berhijrah ke negara-negara miskin dan membangun

Isi 4 : Menjalinkan hubungan talian pintar antara cendekiawan dan ilmuwan – memanfaatkan kemudahan teknologi siber

Isi 5 : Mengadakan program pertukaran tenaga pakar dan tenaga akademik – membolehkan peluasan ilmu pengetahuan berkembang secara global – sifat dengki dan busuk hati dan cemberu terhadap nilai ilmu harus diketepikan.

Isi 6 : Melaksanakan rangkaian institusi berkembar – jalinan kerjasama antara universi dan kolej dalam usaha memindahkan ilmu

Kesimpulan : Ilmu apabila dimanfaatkan pasti menjadi lautan rahmat bak kata Pendeta Za’ba,

Ilmu alat sangat berguna
Idaman orang yang bijaksana
Hamparnya luas amat saujana
Tepinya ajal sempadannya fana

Oleh itu, agenda peluasan ilmu tidak boleh tersekat dan tidak harus dijadikan milik peribadi orang tertentu. Ilmu perlu disebarluaskan agar manfaatnya dirasai insan sejagat.


5.  Anda telah menonton sebuah filem yang begitu menyentuh perasaan. Anda berhasrat membuat ulasan berkaitan keistimewaan filem tersebut untuk majalah sekolah.

Tulis ulasan anda selengkapnya.