Saturday 9 June 2012




CONTOH PENGGUNAAN PERIBAHASA DALAM KARANGAN

Kepentingan /umum ( Pendahuluan / Penutup )

1.      Bersatu teguh bercerai roboh
2.      Alang-alang menyeluk pekasam, bair sampai ke pangkal lengan.
3.      Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
4.      Hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah
5.      Hidup kayu berubah, hidup manusia biar berjasa.
6.      Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.
7.      Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
8.      Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
9.      Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
10.  Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati.
11.  Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
12.  Bahasa menunjukkan bangsa.
13.  Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
14.  Bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Langkah-langkah mengatasi

1.      Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
2.      Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
3.      Bersatu teguh bercerai roboh.
4.      Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
5.      Kusut di hujung balik ke pangkal.
6.      Sediakan payung sebelum hujan.
7.      Bagai menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak.
8.      Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
9.      Belakang parang kalau diasah lagikan tajam
10.  Bagai aur dengan tebing.
11.  Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
12.  Melentur buluh biarkah dari rebungnya.
13.  Cari akal/ Cari jalan

Kesan.masalah/sebab

1.      Nasi sudah menjadi bubur.
2.      Sudah jatuh ditimpa tangga
3.      Harapkan pagar, pagar makan padi.
4.      Harapkan sokong, sokong membawa rebah.
5.      Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.
6.      Bagaimana acuan begitulah kuihnya.
7.      Bapa borek anak rintik
8.      Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga.
9.      Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.
10.  Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
11.  Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya habis terpalit.
12.  Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.
13.  Kerja bertangguh tak menjadi, kerja beransur tak tertahan.
14.  Seperti pahat dengan penukul
15.  Seperti anak ayam kehilangan ibu.
16.  Malu bertanya sesat jalan.
17.  Ditelan mati emak, diluah mati bapak.
18.  Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.
19.  Menepuk air didulang terpercik ke muka sendiri.
20.  Air dicencang takkan putus.
21.  Bagai belut pulang ke lumpur.
22.  Setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau jua.
23.  Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
24.  Siapa makan lada , dia rasa pedas.

Usaha-usaha

1.      Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
2.      Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
3.      Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
4.      Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
5.      Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
6.      Usaha tangga kejayaan.
7.      Melentur buluh  biarlah dari rebungnya.
8.      Cari akal.
9.      Ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis.
10.  Genggam bara api biar sampai menjadi arang.
11.  Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan



Oleh:
ROHIDA BT HASSAN
GURU BAHASA MELAYU
SMK KETEREH






FRASA-FRASA GRAMATIS/MENARIK

1.      Kita perlu mengorak langkah
2.      Kita tidak wajar akur dengan arus yang songsang ini
3.      Komitmen menyeluruh agensi yang terlibat
4.      Kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu
5.      Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik
6.      Makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan/ nilai moral/ akhlak terpuji
7.      Mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu
8.      Manofestasi kesanggupan bangsa
9.      Manusia bukanlah haiwan robotic yang tidak mempunyai rasa dan jiwa
10.  Masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan
11.  Masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi
12.  Masalah sosial dan susila yang meruncing
13.  Masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit
14.  Masyarakat yang naïf dengan mata kebendaan yang melalaikan
15.  Melangkah dengan seribu kekuatan
16.  Melontarkan soalan yang cukup penting
17.  Melupakan cita-cita yang lebih luhur
18.  Membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu
19.  Membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan
20.  Membenam budaya hedonistic yang tidak berfaedah
21.  Membetulkan ketidatepatan fakta
22.  Membimbing mereka memenuhi impian dan harapan
23.  Membina impian masa depan yang lebih gemilang
24.  Membongkar kepincangan
25.  Membuktikan sensitivity, kepekaan dan keprihatinan mereka
26.  Mempengaruhi minda generasi muda
27.  Mempraktikkan elemen tolak ansur
28.  Memudaratkan kesejahteraan rakyat
29.  Menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung
30.  Menaburkan nilai materialis yang tidak bertahan lama
31.  Menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak
32.  Menampilkan wajah baharu yang disulami tekad
33.  Mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini
34.  Menagkis tuduhan yang tidak berasas
35.  Mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisi
36.  Mendepani masa depan yang tidak menentu
37.  Mendepani cabaran globalisasi
38.  Mendepani reality baru dunia yang pantas berubah dan berkembang
39.  Mendukung kebenaran yang kita sepakati
40.  Mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni
41.  Mengambil langkah sederap
42.  Menghirup udara hasil kemerdekaan
43.  Mengikut acuan sendiri
44.  Mengundang kontroversi
45.  Menjadi cerucuk utama pembangunan
46.  Menjulang Negara ke puncak jaya
47.  Menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi
48.  Menyambut gamitan menara impian
49.  Menyebabkan imej Negara tercalar
50.  Mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran
51.  Mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan
52.  Milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi
53.  Muafakat merupakan inti kepada perpaduan
54.  Nilai insan yang syumul
55.  Negara kita akan bersih daripada unsure sosial yang tidak sihat
56.  Memberikan kita nafar kebebasan
57.  Berdasarkan leluhur budaya
58.  Negara kita memerlukan generasi muda yang merdesa dalam merangka pembangunan Negara
59.  Kebejatan sosial yang membelenggu remaja menjadi cabaran utama dalam meloloskan diri
60.  Melaksanakan transformasi paradigm
61.  Bangunlah dari lena yang panjang dan pesona dunia yang mengalpakan
62.  Merealisasikan aspirasi tokoh pejuang yang mewariskan azimat kemerdekaan
63.  Bertatutlah pada akar budaya dan bertunjanglah pada pegangan agama yang kukuh
64.  Memainkan perana yang signifikan dalam memacu kegemilangan
65.  Lakukanlah satu tranformasi
66.  Perlu dilengkapi dengan pelbagai kemahiran insaniah dan jati diri
67.  Mampu menjana kreativiti dan inovasi
68.  Remaja mengemudi amanat yang berat
69.  Sejarah mampu mendewasakan kita
70.  Ibu bapa adalah suri teladan
71.  Ibu bapa pemberi kasih sayang
72.  Acuan generasi baharu
73.  Aktiviti promosi yang agresif
74.  Ancaman bagi menghakis jati diri umat
75.  Antara ramuan untuk membentuk masyarakat
76.  Bakal meperteguh tali-temali sosial
77.  Bangsa yang kehilangan pedoman
78.  Berbaur diskriminasi
79.  Berbudaya dan bertamadun
80.  Berdiri di mercu kejayaan
81.  Bergelut dengan kenaikan harga barang
82.  Berhadapan dengan serangan budaya kuning
83.  Berkembang subur di persada antarabangsa
84.  Berlaku perubahan darstik
85.  Bertunjangkan kekuatan intelektual / agama / moral
86.  Berusaha keras mengilmukan diri masing-masing
87.  Budi bahasa yang menebal dalam diri
88.  Cabaran globalisasi yang semakin menghimpit
89.  Cabaran globalisasi yang masih ditangani dengan serius dan proaktif
90.  Citra budaya dan jati diri bangsa
91.  Cukup meruncing mutakhir ini
92.  Dalam menggapai keadaan sekeliling
93.  Dapat mengesani kekentalan jiwa masyarakat
94.  Di bawah satu bumbung muafakat
95.  Diberi suntikan semangat
96.    Menjadi remaja yang merdesa                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         
97.  Dipasakkan dalam jiwa
98.  Pantas merenrtasi sempadan
99.  Nilai-nilai material semakin membekas dan meluas dalam masyarakat kita
100.                      Nilai kemanusiaan yang semakin mandul
101.                      Persaingan global
102.                      Pewaris perjuangan pewaris yang mengekalkan tradisi
103.                      Relevan hingga kini
104.                      Renung dan amati peranan masing-masing
105.                       Resipi untuk kekuatan mental
106.                      Satu anjakan paradigm
107.                      Sebagai momentum terbaik
108.                      Selaras dengan agenda Negara
109.                      Sentiasa berada dalam kepompong masalah
110.                      Tamadun cair jadi lumpur
111.                      Tanpa azam dan tekad yang kuat kita tidak akan ke mana-mana
112.                      Tegakkan perancangan di atas tiang-tiang usaha
113.                      Terhampar pelbagai cabaran dan ujian
114.                      Terikat dengan norma hidup masyarakat
115.                       Terkongkong pemikirannya
116.                      Tersebar ke sarwajagat
117.                       Terselamat daripada kejahilan
118.                      Terus unggul dan memeuncak kemakmurannya
119.                      Tinta emasyang berukir sepanjang zaman
120.                      Tradisi murni yang berakr umbi
121.                      Transformasi sosial
122.                      Tuntutan pengisian nilai budaya
123.                      Usaha agresif mengglobalkan bahasa
124.                      Wadah perjuangan
125.                      Warga yang bersifat proaktif
126.                      Variasi sosial
127.                      Wujudnya jalinan kerjasama
128.                      Yang berpaksikan kebenaran
129.                      Yang berwibawa dan bermotivasi tinggi
130.                      Yang lebih ironis, ada yang bertindak mengikut emosi
131.                      Zaman bahari sentiasa menjadi himbauan
132.                      Zaman emas sudah berlalu
Oleh : Rohida bt Hassan
Guru Kanan sains sosial

No comments:

Post a Comment