Sunday 3 June 2012



Terdapat banyak nilai murni yang terkandung dalam novel yang anda kaji dalam Tingkatan 2. Jelaskan tiga daripada nilai murni tersebut.


Jawapan Contoh

            Banyak nilai yang ditemukan dalam novel Tingkatan 2 iaitu Lestari Bukit Menghijau yang saya kaji .
            Antaranya ialah nilai kerjasama. Nilai ini terpancar melalui kerjasama antara Penduduk kampong Alor Rambai  dengan Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pelajaran, Syarikat Alam Flora, Guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Rambai dalam menjayakan program gotong-royong membersihkan kawasan sekitar Alor Rambai, setelah menyedari beberapa orang murid sekolah dihinggapi penyakit kuning pembawaan nyamuk yang terdapat di sekitar kawasan tersebut.
            Nilai hemah tinggi juga jelas terdapat dalam novel ini. Sebagai contohnya, Seleman dan Kasa telah mengaku membakar pokok cempaka kuning dan hutan berdekatan secara tidak sengaja setelah di asak  oleh Pak Long Hamad. Mereka sedar kesilapan yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi pada masa akan datang. Pak Tua juga menerima keadaan tersebut dengan sabar walaupun kecewa dengan sikap penduduk kampong yang tidak menghargai alam sekitar.Sikap Seleman dan Kasa yang mengakui kesilapan diri sendiri adalah nilai hemah tinggi yang ada pada mereka.
            Selain itu, nilai kasih sayang juga jelas diterapkan melalui novel ini iaitu diperlihatkan oleh Pak Tua terhadap keluarganya.Beliau berasa amat sedih kerana terpaksa menanggung penderitaan kehilangan isterinya Kamariah dan anak-anaknya iaitu Zahariah dan Zuwariah yang meninggal dunia akibat kemalangan. Isterinya pula meninggal dunia akibat jangkitan virus HIV semasa pemindahan darah di hospital. Nilai kasih sayang itulah menjadikan Pak Tua sanggup membeli Bukit Bintangor yang mempunyai pokok-pokok yang bernilai untuk mengubati penyakit HIV.

No comments:

Post a Comment