Sunday 3 June 2012


SOALAN NOVEL : LESTARI BUKIT MENGHJAU

 
i)                    Nyatakan watak utama novel yang anda kaji dalam Tingkatan 2.
ii)                  Huraikan secara ringkas perwatakan watak utama tersebut.


Jawapan Contoh

            Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 2 ialah Lestari Bukit Menghijau. Watak utama novel ini ialah Zahiran, berusia 15 tahun dan belajar di tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Rambai. Tinggal bersama ibunya kerana bapanya telah meninggal dunia ketika dia berada dalam tahun empat.
Zahiran ialah pelajar yang pandai, setelah berkenalan dengan Pak Tua Zahiran telah mengetahui nama-nama pokok secara santifik. Sebagai contohnya, Zahiran sudah mengenali pokok merawan siput jantan atau nama saintifiknya, hopped odorata.Zahiran juga bercita-cita untuk menyambung pelajarannya ke MRSM atau sekolah Sains apabila berjaya dalam peperiksaan PMR nanti.Zahiran akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Melaka di Londong setelah berjaya dengan cemerlamg dalam peperiksaan SPM
            Zahiran juga seorang yang berani. Dia tidak takut untuk berkunjung ke rumah Pak Tua walaupun rakan-rakan lain  seperti Osman dan Kadir menasihatinya agar tidak ke rumah Pak Tua yang dikatakan sebagai seorang yang menakutkan, namun keberanian yang ada padanya, Zahiran tetap berkunjung juga ke rumah Pak Tua sehinggakan mereka berdua menjadi baik dan mesra.
            Zahiran juga mempunyai sifat baik hati.Sebagai contohnya, Zahiran telah membantu Pak Tua menukar tayar jipnya ketika pancit. Zahiran juga bersama-sama dengan orang-orang kampong membantu mengutip derma bagi membiayai rawatan kos Pak Hamid serta bersama-sama mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan Bukit Bintangor.

No comments:

Post a Comment