Saturday 9 June 2012


SOALAN LATIHAN TATABAHASA  1.

Latihan 6

(a)Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan sebarang imbuhan, menukarkan imbuhan, menggunakan perkataan sebagai peribahasa dan nama khas.

(i)                 Cabaran globalisasi
(ii)               Dunia tanpa sempadan
(iii)             Kejutan budaya
(iv)             Kebejatan sosial
(v)               Anjakan paradigma
(vi)             Ke mercu kejayaan                                                                                                ( 6 markah )

(b) Tukarkan cakap ajuk di bawah kepada cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya.

“Dah siap ke gubahan bunga yang saya tempah hari itu? Tanya Alin kepada Mary. Oh, sudah lama siap! Sekejap ya saya ambil,” jawab Mary. “Amboi, cantiknya kau gubah, aku sukalah!” Alin memuji bunga yang telah siap digubah Mary. “ Mestilah, kan aku gubah untuk orang yang cantik,” jawab Mary. “Ala kau ni Mary, kau pun apa kurangnya, cantik juga, berapa harganya ni?” Tanya Alin. “Untuk kawan baik aku, aku bagi RM 30.00 sahaja,” jawab Mary. “Terima kasihlah Mary, ini wangnya,” ucap Alin. “Terima kasih Alin,” ucap Mary kembali.
                                                                                                                                    ( 6 markah )

© Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)                 Bekalan letrik yang terputus menyebabkan urusan berniaga tergendala.
(ii)               Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hendaklah membina stesyen teksi yang lebih selesa demi kebaikkan pengguna.
(iii)             Guru hendaklah bekerja dengan efisyen dan bersikap amanah semasa menjalani tugas seharian
                                                                                                                  ( 6 markah )
 
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalah penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)                 Para peserta Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN) melaksanakan aktiviti-aktiviti yang meningkatkan lagi semangat dan daya juang.
(ii)               Kerajaan telah mengenal pasti program yang terbengkalai dan akan melaksanakannya di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.
(iii)             Sehubungan itu, semua pihak perlu bekerjasama dalam menjalankan aspirasi negara.
                                                                                                                  ( 6 markah )









(e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini mengikut urutan.

            Bagi pelajar yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara, tentulah berasa bangga. Jumlah pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang memang banyak tetapi tempat dan peluang yang terhad menyebabkan sesiapa yang terpilih, tergolong sebagai pelajar yang bertuah. Barangkali pelajar yang terpilih itu pun tidak menyangka mereka mendapat peluang berkenaan. Walau bagaimanapun, mereka yang terpilih tentulah pelajar yang telah berusaha dengan gigih kerana mereka menyedari bahawa kejayaan itu tidaklah datang dengan mudah. Kita mengharapkan apabila mereka berada di luar negara, mereka akan dapat menyesuaikan diri dengan suasana persekitaran yang baharu supaya pergaulan dan tindak-tanduk mereka tidaklah kekok. Semoga mereka memperoleh kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
                                                                                                                  ( 6 markah )




Soalan 4: Novel Jawab semua soalan berdasarkan novel-novel yang anda pelajari di tingkatan 4 atau tingkatan 5

(i)                 Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said
(ii)               Putera Gunung Tahan karya Ishak Haji Muhammad

(a)    Pengarang sering mengemukakan teguran tentang amalan yang tidak sihat dalam masyarakat melalui karya bagi menimbulkan kesedaran dan melahirkan masyarakat yang harmoni. Berdasarkan novel yang anda pelajari, jealskan dua teguran yang dikemukakan oleh pengarang

                                                                                                                        ( 7 markah )



(b)   Teknik plot yang lazim digunakan oleh pengarang dalam sesebuah karya ialah teknik imbas kembali. Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, jelaskan satu contoh peristiwa imbas kembali bagi seriap novel

                                                                                                                        ( 8 markah )











                                                                                                     

Latihan 7

(a)Tulis satu ayat bagi setiap perkataan  di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan sebarang imbuhan, menukarkan imbuhan, menggunakan perkataan sebagai peribahasa dan nama khas.

(i)                 Seruan
(ii)               Seteru
(iii)             Seram
(iv)             Suram
(v)               Siasah
(vi)             Siasat
                                                                              ( 6 markah )

(b)Pisahkan ayat-ayat di bawah menjadi enam ayat tunggal dengan mengekalkan madsud serta struktur asalnya.

Pengambilan gula berlebihan dalam diet boleh meyebabkan kegemukan dan masalah kesihatan yang serius. Orang ramai sedar masalah ini dan cuba mengurangkan pengambilan gula dalam diet seharian mereka dengan mengambil produk makanan “ tanpa gula”, namun kajian oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang mendapati bahawa produk yang mempunyai label “tanpa  gula” masih mengandungi gula.

                                                                                                                                    ( 6 markah )

© Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)                 Vidio cetak rompak sukar dibendung kerana  terlibat pihak dalam syarikat rakaman sendiri.
(ii)               Bas yang melanggari kereta itu tidak sempat memberek kerana dipandu terlalu laju.
(iii)             Talipon berdering-dering namun tidak seorang pun yang mahu jawab kerana masing-masing sibuk

                                                                                                                  ( 6 markah )
 
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalah penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)                 Ikan paus itu muncul di permukaan air demi menyedut udara.
(ii)               Asrul menjemput rakannya di perhentian bas dari pukul 2.00 petang sampai pukul 5.00 petang.
(iii)             Menteri Pelajaran mengumumkan yang bahasa Melayu harus digunakan dalam semua urusan resmi.

                                                                                                                  ( 6 markah )




(e) Tulis satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini.

(i)                 Buah fikiran
(ii)               Buah hati
(iii)             Buah mulut
(iv)             Buah pena
(v)               Buah tangan
(vi)             Buah hidup

                                                                                                                  ( 6 markah )




Soalan 4: Novel Jawab semua soalan berdasarkan novel-novel yang anda pelajari di tingkatan 4 atau tingkatan 5
(i)                 Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said
(ii)               Putera Gunung Tahan karya Ishak Haji Muhammad
                                                                                                                       

(i)                 Huraikan sebab-sebab pengarang menimbulkan konflik antara watak yang terdapat dalam sesebuah novel.

                                                                                                            ( 7 markah )
(ii)               Berikan empat persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

                                                                                                            ( 8 markah )













KERTAS SOALAN TAMAT






                                                                                                     















No comments:

Post a Comment