SOALAN BAHASA MELAYU ULANGAN KERTAS 2.
SOALAN 1.
1. Rumusan .
Ciri-ciri perunding yang berkesan dan usaha-usaha untuk meningkatkan kemahiran berunding.
SOALAN 2:
2b. Cerpen - "Pungut anak Zahara Alias Yap Siew Hong"
2c. Petikan Prosa Tradisional - Hikayat Siak
2d. Sajak - Adat Sezaman.
SOALAN 4:
a. Huraikan tema
b. Jelaskan 3 pengajaran.
Selamat mencuba.........semoga A+ dalam gengaman anda.....
Perkongsian bijak dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu PMR dan SPM (KOMSAS,Penulisan karangan,rangsangan, rumusan,tatabahasa,pemahaman)
Tuesday 19 June 2012
SOALAN BAHASA MELAYU ULANGAN KERTAS 1 TAHUN 2012.
Bahagian A.
Faedah menggunakan perpustakaan.
Bahagian B.
1. Kerjaya seseorang anak lebih baik ditentukan oleh anak sendiri daripada ditentukan oleh ibu bapa.
Bincangkan.
2. Pertambahan saluran televisyen seperti NTV7,TV 8 dan Astro amat .mempengaruhi kehidupan masyarakat di negara kita.
Berikan pendapat anda tentang kebaikan dan keburukannya.
3. Anda ingin menyertai satu pertandingan syarahan bersempena dengan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan. Tajuk syarahan anda ialah " Pertanian Satu Perniagan"
Tulis teks syarahan itu selengkapnya.
4. Penduduk dunia sering diancam bencana alam seperti banjir, kemarau, gempa bumi dan tsunami.
Huraikan bantuan-bantuan yang perlu dihulurkan oleh negara-negara di dunia kepada negara-negara yang menghadapi bencana tersebut.
5. Peribahasa " Bertangguh itu pencuri masa" membawa maksud bahawa melengah-lengahkan sesuatu pekerjaan itu akan merugikan diri sendiri.
Berdasarkan maksud peribahasa tersebut, jelaskan kepentingan-kepentingan menguruskan masa dengan baik.
Bahagian A.
Faedah menggunakan perpustakaan.
Bahagian B.
1. Kerjaya seseorang anak lebih baik ditentukan oleh anak sendiri daripada ditentukan oleh ibu bapa.
Bincangkan.
2. Pertambahan saluran televisyen seperti NTV7,TV 8 dan Astro amat .mempengaruhi kehidupan masyarakat di negara kita.
Berikan pendapat anda tentang kebaikan dan keburukannya.
3. Anda ingin menyertai satu pertandingan syarahan bersempena dengan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan. Tajuk syarahan anda ialah " Pertanian Satu Perniagan"
Tulis teks syarahan itu selengkapnya.
4. Penduduk dunia sering diancam bencana alam seperti banjir, kemarau, gempa bumi dan tsunami.
Huraikan bantuan-bantuan yang perlu dihulurkan oleh negara-negara di dunia kepada negara-negara yang menghadapi bencana tersebut.
5. Peribahasa " Bertangguh itu pencuri masa" membawa maksud bahawa melengah-lengahkan sesuatu pekerjaan itu akan merugikan diri sendiri.
Berdasarkan maksud peribahasa tersebut, jelaskan kepentingan-kepentingan menguruskan masa dengan baik.
Sunday 10 June 2012
Contoh-contoh seloka/pantun untuk majlis
SELOKA
Assalamualaikum kalam
bermadah,
Berbicara tentang masa sudah,
Suasana hiba mendatang
telah,
Memori bersama mudir semakin
terserlah
Angka 58 menjelang tiba,
Tidak diundur biar seketika,
Sampai seru meletak pena,
Tiga dekad begitu lama.
Cahaya liput serata alam,
Anak didik membawa salam,
Ilmu disebar dengan kalam,
Kini menjadi sejarah silam.
Kenangan bersama mengusik
rindu,
Kini menjadi medan pilu,
Biarpun tiada ratap sendu,
Hati di dalam Allah jua
tahu.
Hidup ibarat putaran roda,
Putaran berlegar mengikut
masa,
Hari ini kanda berdua,
Lain ketika kami menyusul
pula.
Maaf dipinta silap bicara,
Dalam masa gurau senda,
Hati terobek dek kaca,
Tutur bicara yang menikam
sukma.
PANTUN
Terbang bebas si rama-rama,
Indah panorama menghias alam;
Di kala ini wajahmu purnama,
Esok lusa tampak berbalam.
Indah panorama menghias alam,
Tampak dari Tanjung Agas;
Esok lusa tampak berbalam,
Rinduan kami tetap berbekas.
Tampak dari Tanjung Agas,
Menggamit rindu datang ke mari;
Rinduan kami tetap berbekas,
Kenangan bersama memahat memori.
Menggamit rindu datang ke mari,
Teman sepermainan di tengah laman;
Kenangan bersama memahat memori,
Tautan kasih sepanjang zaman.
Teman sepermainan di tengah laman,
Pakat bersama menunggang kuda;
Tautan kasih sepanjang zaman,
Sisihkan sengketa kiranya ada.
Pakat bersama menunggang kuda,
Biarpun seketika masa cuma;
Sisihkan sengketa kiranya ada,
Bertemu berpisah perencanaan-Nya.
Selamat
datang ke :
Majlis
“Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib
bin Denan, Guru Besar SK LKTP Sg. Sayong.
Sirih
berlipat sirih pinang
Sirih
dari Pulau Mutiara
Pemanis
kata selamat datang
Awal
BismilLah pembuka bicara
Sarung
ketupat berisi inti
Dibawa
budak sambil berlari
Kehadiran
semua sangat dihargai
Moga
Majlis bertambah seri
Bunga
mawar cantik tersemat
Dipetik
gadis di tepi titi
Doa
dibaca memohon Rahmat
Moga
Majlis sentiasa diberkati
Jasamu
dikenang
Budimu
tak terbilang
Semangatmu
dijulang
Kepimpinanmu
gemilang
Tiap
pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat,
itu lumrah kehidupan
Begitulah
rentetan perjalanan
Walau
sukar untuk ditelan
Tapi kaki
tetap mengorak jalan
Selagi
hayat dikandung badan
Tak molek
jika ada alu tiada lesungnya
Tak
berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah
Majlis jika tidak ada yang berbicara
Sudah
teradat si anak lelaki
Mati
berjuang, berundur jangan
Berani
kami menjunjung adat
Bukan
memberi kata dan puji
Hanya
budi dalam ingatan
Buat
kenangan sepanjang hayat
Inilah
yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama
berkayuh telah sampai di muara
Umpama
berjalan telah sampai di destinasi
Kuning
emas masaknya padi
Mawar
merah dalam jambangan
Terima
kasih daun keladi
Budi tuan
jadi kenangan
Tuai padi
antara nampak
Esok
jangan layu-layuan
Intai
kami antara nampak
Esok
jangan rindu-rinduan
Pergi ke
dusun memetik kelapa
Kelapa
muda si kelapa barli
Jari
disusun maaf dipinta
Panjang
usia bersua kembali
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi
Hari ini menanam jagung
Hari esok menanam serai
Hari ini kita berkampung
Hari esok kita bersurai
Hari esok menanam serai
Hari ini kita berkampung
Hari esok kita bersurai
Malam ini menanam jagung
Malam esok menanam serai
Malam ini kita berkampung
Malam esok kita bercerai
Malam esok menanam serai
Malam ini kita berkampung
Malam esok kita bercerai
Hari ini menugal jagung
Hari esok menugal jelai
Hari ini kita berkampung
Hari esok kita bercerai
Hari esok menugal jelai
Hari ini kita berkampung
Hari esok kita bercerai
Batang selasih permainan budak
Berdaun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga
Berdaun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga
Orang Aceh sedang sembahyang
Hari Jumaat tengah hari
Pergilah kasih pergilah sayang
Pandai-pandailah menjaga diri
Hari Jumaat tengah hari
Pergilah kasih pergilah sayang
Pandai-pandailah menjaga diri
Mana Manggung, mana Periaman
Mana batu kiliran taji
Tinggal kampung tinggal halaman
Tinggal tepian tempat mandi
Mana batu kiliran taji
Tinggal kampung tinggal halaman
Tinggal tepian tempat mandi
Bintang Barat terbit petang
Bintang Timur terbit pagi
Jika tidak melarat panjang
Ada umur ketemu lagi
Bintang Timur terbit pagi
Jika tidak melarat panjang
Ada umur ketemu lagi
Dari mana hendak ke mana
Tinggi ruput dari padi
Tahun mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi?
Tinggi ruput dari padi
Tahun mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi?
Dian tiga lilin pun tiga
Tanglung tergantung rumah laksamana
Diam juga sabar pun juga
Ada umur tidak ke mana
Tanglung tergantung rumah laksamana
Diam juga sabar pun juga
Ada umur tidak ke mana
Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi
cinta diukir di dalam hati,
takdir terpisah di tengah jalan,
masih merindu di dalam hati,
seribu tahun tak kan menghilang……
takdir terpisah di tengah jalan,
masih merindu di dalam hati,
seribu tahun tak kan menghilang……
Hendak gugur gugurlah nangka
usah menimpa si dahan pauh
hendak tidur tidurlah mata
usah dikenang orang yang jauh
usah menimpa si dahan pauh
hendak tidur tidurlah mata
usah dikenang orang yang jauh
beduk dipalu penambang ke laut
sampai muara bersauh dua
biduk berlalu kiambang bertaut
sampai masa bersatu jua
sampai muara bersauh dua
biduk berlalu kiambang bertaut
sampai masa bersatu jua
kiri jalan kanan pun jalan
di tengah-tengah, pohon mengkudu
kirim jangan pesan pun jangan
samalah sama menanggung rindu
di tengah-tengah, pohon mengkudu
kirim jangan pesan pun jangan
samalah sama menanggung rindu
jangan memendam rindu di hati,
agar tiada luka di jiwa,
apa susah mengharap kembali,
andai dikenang ingat tiada,
agar tiada luka di jiwa,
apa susah mengharap kembali,
andai dikenang ingat tiada,
Inang-inang padi pak daik
bunga padi tak sama bentuknya
sungguh dikenang budi yang baik
takkan dilupa selama-lamanya…
bunga padi tak sama bentuknya
sungguh dikenang budi yang baik
takkan dilupa selama-lamanya…
Makan kerang bersama kepah
Mari kita makan berdiri
berterus terang tidaklah mudah
Tersiksa cinta memakan diri
Mari kita makan berdiri
berterus terang tidaklah mudah
Tersiksa cinta memakan diri
Lancang kuning kapal pusaka,
Kisah sedih kekejaman raja.
Walau kering selat melaka,
Budi mu tuan tidak dilupa.
Kisah sedih kekejaman raja.
Walau kering selat melaka,
Budi mu tuan tidak dilupa.
Burung merpati hinggap di laman,
Cenderawasih tinggi di awan.
Tabahkan hati tetapkan iman,
Tak akan hilang arah tujuan.
Cenderawasih tinggi di awan.
Tabahkan hati tetapkan iman,
Tak akan hilang arah tujuan.
petiklah bintang jika itu cintamu
raihlah bulan jika ituharapanmu
biarlah dukaterkubur oleh waktu
hiasi hidupini dengan senyum manismu.
raihlah bulan jika ituharapanmu
biarlah dukaterkubur oleh waktu
hiasi hidupini dengan senyum manismu.
petiklah bintang jika itu cintamu
raihlah bulan jika itu harapanmu
biarlah duka terkubur oleh waktu
hiasi hidupini dengan senyum manismu.
raihlah bulan jika itu harapanmu
biarlah duka terkubur oleh waktu
hiasi hidupini dengan senyum manismu.
hati gembira bersama teman
bersuka ria di bawah jambatan
jikalau kita diizinkan Tuhan
pasti bertemu dihari kemudian
bersuka ria di bawah jambatan
jikalau kita diizinkan Tuhan
pasti bertemu dihari kemudian
SEPANTUN KENANGAN BERTAUT SAYANG
Harum semerbak si bunga melur,
Jadi hiasan taman larangan,
Sejambak pantun mesra dihulur,
Setulus ingatan mengimbau kenangan.
Tinggi sungguh pohon kuini,
Dililit pepaku bersulam semalu,
Melepaskan dirimu di saat ini,
Basahlah daku meratap pilu.
Kicak kicau mendayu-dayu,
Tumbuh berangan di hujung desa,
Sebak di dada pilu di kalbu,
Sejuta kenangan segunung jasa.
Terbang melayang sianak kedidi,
Tersenyum kenari berteman merpati,
Bonda tersayang menabur budi,
Kami di sini meraih bukti.
Cantik tergubah bunga melati,
Merimbun celagi di tengah belukar,
Pandan Indah tempat berbakti,
Melangkah pergi amatlah sukar.
Mekar segar pohon dedalu,
Dililit pula dedaun pepaku,
Sepuluh tahun pantas berlalu,
Kutahu hidupmu penuh berliku.
Bunga cempaka menghias jemala,
Tepian selasih mengharum kekwa,
Suka duka kau himpun segala,
Dalam bersedih engkau tertawa.
Mekar memutih pohon pedada,
Melambai puding di pinggir rawa,
Alangkah sedih nasibmu bonda,
Telunjuk dituding menusuk ke jiwa.
Tampak berbayang cahaya pelita,
Terbang rerama ke tengah dahan,
Surat layang menghimbau derita,
Luluhlah atma menangkis tuduhan.
Harum semerbak si bunga melur,
Jadi hiasan taman larangan,
Sejambak pantun mesra dihulur,
Setulus ingatan mengimbau kenangan.
Tinggi sungguh pohon kuini,
Dililit pepaku bersulam semalu,
Melepaskan dirimu di saat ini,
Basahlah daku meratap pilu.
Kicak kicau mendayu-dayu,
Tumbuh berangan di hujung desa,
Sebak di dada pilu di kalbu,
Sejuta kenangan segunung jasa.
Terbang melayang sianak kedidi,
Tersenyum kenari berteman merpati,
Bonda tersayang menabur budi,
Kami di sini meraih bukti.
Cantik tergubah bunga melati,
Merimbun celagi di tengah belukar,
Pandan Indah tempat berbakti,
Melangkah pergi amatlah sukar.
Mekar segar pohon dedalu,
Dililit pula dedaun pepaku,
Sepuluh tahun pantas berlalu,
Kutahu hidupmu penuh berliku.
Bunga cempaka menghias jemala,
Tepian selasih mengharum kekwa,
Suka duka kau himpun segala,
Dalam bersedih engkau tertawa.
Mekar memutih pohon pedada,
Melambai puding di pinggir rawa,
Alangkah sedih nasibmu bonda,
Telunjuk dituding menusuk ke jiwa.
Tampak berbayang cahaya pelita,
Terbang rerama ke tengah dahan,
Surat layang menghimbau derita,
Luluhlah atma menangkis tuduhan.
Pohon kuini banyaklah dahan,
Tempat sibubut mencari makan,
Pernah dihujani pelbagai cemuhan,
Isu rambut ibu bapa persoalkan.
Bunga mawar merona merah,
Mekar menguntum di sisi angsana,
Bonda orangnya amat pemurah,
Sanggup berhabis di sini di sana.
Burung merbah sayap berdarah,
Tertusuk duri di tepi kesuma,
Tetap tabah mencipta sejarah,
Bidang ICT menempa nama.
Bertalu gedombak seindah irama,
Diiring biola di tengah halaman
PKPSM teraju utama,
Lantang bersuara terpana teman.
Bunga semalu berkembang rancak,
Sayang berduri menghiris seraya,
Bonda berlalu tatkala di puncak,
Anugerah ICT penamat kerjaya.
Anak serani dalam kasmaran,
Ilmu di dada menjadi teman,
Dewasa kami penuh cabaran,
Pesanan bonda jadi pedoman.
Hujung daksina merimbun celagi,
Beralun tualang indah bersemu,
Walau ke mana diriku pergi,
Insan sepertimu takkan ketemu.
Alangkah dinginnya menjelang senja,
Mentari terbenam diufuk barat,
Doaku ikhlas untukmu sahaja,
Bahagia di dunia hingga akhirat.
Contoh-contoh karangan cikgu Ishak...
RANGKA ISI
JAWAPAN KARANGAN SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN NG2 DI MALAYSIA 2011
PERLIS
1. Rakan
sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang remaja.
Sebagai
seorang remaja, jelaskan ciri-ciri rakan sebaya yang menjadi pilihan anda.
Pendahuluan : Dipetik daripada
kata-kata dalam sepotong Hadith Nabi SAW yang bermaksud, “Pilihlah rakan yang
betul. Sekiranya kamu bersahabat dengan seorang penjual minyak wangi nescaya
bauan kasturinya akan terkena kepada kamu. Tetapi, apabila kamu bersahabat
dengan seorang tukang besi nescaya bau tengik besi akan terpalit juga kepada
dirimu. Demikianlah betapa pentingnya pengaruh rakan dalam kehidupan kita.
Sebagai remaja dalam alaf baru ini saya tidak boleh lari daripada bersahabat
kerana sahabat menjadi resepi utama untuk menentukan arah tuju kita. Walau
bagaimanapun, sebagai remaja yang berwawasan, saya harus bijak memilih rakan
kerana rakan ketawa beramai-ramai, tetapi rakan menangis seorang diri. Banyak
ciri rakan yang baik harus saya telitikan agar rakan tidak menjadi lawan pada
hari kemudian.
Isi-isi
penting :
Isi 1 : Rakan
sebaya yang memiliki iman dan taqwa (takwa) terhadap Tuhan maha pencipta –
orang bertakwa ialah orang yang baik – memiliki wawasan dunia dan akhirat
Isi 2 : Rakan
sebaya yang bijak dan pintar – boleh membantu saya terutama dalam menyelesaikan
masalah dalam pelajaran (peribahasa, meminta pada yang ada bertanya pada yang
tahu)
Isi 3 : Rakan
sebaya yang berakhlak mulia – memiliki nilai-nilai peribadi yang luhur –
sentiasa berfikiran terbuka dan banyak membimbing kita ke jalan yang benar
Isi 4 : Rakan
sebaya yang sealiran – memiliki minat dan cita-cita yang sama – dapat saling
bertukar fikiran tentang cita-cita dan masa depan (peribahasa,berlapik
seketiduran, sebantak sekalang hulu = sangt akrab seia sekata)
Isi 5 : Rakan
sebaya yang berprinsip dan teguh jati diri - tidak mudah terjebak ke
dalam angkara yang memudaratkan – ampuh bertahan daripada segala anasir yang
tidak baik (peribahasa, ampuh bak ikan di laut walaupun sepanjang hayat
badannya tetap tidak masin)
Kesimpulan : Sesungguhnya, setiap
insan yang berjaya sentiasa didorong oleh minat dan keinginan untuk memperoleh
kejayaan yang cemerlang. Antara elemen kecemerlangan ialah bermotivasi,
beriman, berilmu dan memperoleh rakan pembimbing yang baik. Oleh itu, saya akan
berusaha untuk memilih rakan-rakan yang memiliki ciri-ciri insan terpilih.
2. Amalan
berjimat cermat amat penting dalam menghadapi krisis ekonomi hari ini.
Berikan
pendapat anda tentang peranan keluarga dalam memupuk amalan berjimat cermat.
pendahuluan : Semua pihak telah
maklum, bahawa sejak tahun 2008 hingga 2011 merupakan tempoh getir. Kegetiran
tersebut berpunca daripada suasana ekonomi dunia yang suram. Peningkatan
mendadak harga minyak, perubahan suhu dunia, bencana alam, dan krisis bahan
makanan telah menimbulkan pelbagai krisis ekonomi. Hingga ke hari ini suasana
ekonomi dunia masih dalam suasana yang tidak menentu. Banjir besar yang melanda
negara-negara pengeluar pertanian seperti Australia, India, dan Cina amat
menakutkan kita. Walaupun Malaysia tidak begitu teruk terjejas, namun amaran
seperti itu perlu diambil serius agar dapat menyediakan payung sebelum hujan.
Bagi mendepani keadaan darurat seperti itu, setiap keluarga haruslah bijak
memainkan peranan dalam memupuk amalan berjimat cermat dalam kalangan
anggotanya.
Isi-isi
penting :
Isi 1 :
Amalan berjimat cermat hendaklah dimulakan di rumah – menanamkan asas berjimat
cermat dalam segala perkara yang bermula dari dalam ceruk dapur sendiri – cermat
tentang urusan harian, makan minum, dan perkara-perkara asas
Isi 2 : Ibu
bapa hendaklah mendominasikan amalan hidup bersederhana – merancang
perbelanjaan mengikut kemampuan – tidak terlalu boros semata-mata tunduk kepada
kehendak nafsu (peribahasa air perabung akan menitis melalui cucur atap =
perangai tidak baik ibu bapa ditiru anak-anak)
Isi 3 :
Merancang masa depan dengan mengutamakan tabiat menabung – strategi bertindak
sebelum datang sesuatu bencana (peribahasa ingat sementara belum kena, jimat
sementara belum habis)
Isi 4 :
Menyediakan pelan bertindak bajet keluarga – sistem bajet yang yang dipatuhi –
keutamaan diberikan kepada urusan-urusan yang lebih penting dahulu (peribahasa;
hendak kaya berdikit-dikit, hendak papa bertabur urai)
Isi 5 : Bijak
menggunakan hemah dan akal daripada dikuasai nafsu – memiliki daya pertimbangan
terhadap sesuatu perkara dengan berasaskan minda – keputusan tidak dibuat
berdasarkan keinginan dan runtunan nafsu – mengelak sikap suka berlumba
(peribahasa gajah berak besar pelanduk pun nak berak besar juga).
Kesimpulan : Tuntasnya, dalam
urusan berjimat cermat kita wajar berpegang kepada falsafah bahawa, “Seseorang
yang bijak menguruskan perbelanjaan tidak bergantung kepada berapakah
pendapatan seseorang itu, sebaliknya bergantung kepada berapa banyakkah yang
seseorang itu boleh menyimpan?”. Oleh itu, berjimat cermatlah sebelum kita
berhadapan dengan bankrup.
3. Usaha
yang berterusan untuk membantu Orang Kelainan Upaya (OKU) amat wajar supaya
mereka dapat memberikan sumbangan kepada negara.
Pada pendapat
anda, apakah usaha-usaha untuk membantu golongan ini.
Pendahuluan : Di suatu lorong
deretan kedai kelihatan seseorang yang sangat daif dengan pakaian tidak terurus
sedang menadah tangan memohon simpati orang yang lalu lalang. Dalam situasi
yang lain pula kelihatan seseorang yang tidak cukup anggota memohon simpati
orang yang sedang lalu lalang membantunya menolak kerusi roda. Malahan di
asrama-asrama yang daif mereka ini terpaksa tinggal berasak-asak. Demikianlah gambaran
mudah tentang senario orang kelainan upaya (OKU) di Malaysia. Bagi rakyat
Malaysia golongan OKU bukanlah suatu isu yang mendesak di negara ini. Lebih
banyak isu yang harus diberi perhatian seperti isu politik, ekonomi dan isu
gejala sosial yang tidak pernah kunjung selesai. Demikianlah nasib OKU yang
sehingga ke hari ini masih dalam keadaan dilema, terbiar, dan menghadapi masa
depan yang penuh hambar. Sesungguhnya sebagai insan, OKU juga mempunyai hati
dan perasaan yang menuntut mereka diberi peluang untuk meneruskan hidup. Saya
berpendapat memang tepat sekali pelbagai usaha harus digemblengkan sebagai
langkah untuk membantu golongan tersebut meneruskan kehidupan.
Isi-isi
penting :
Isi 1 : OKU
hendaklah diberi peluang menuntut ilmu sehingga ke peringkat tertinggi yang
mereka mampu – bukan semua OKU yang tergencat mental – ilmu sahaja yang mampu
mengubah kehidupan insan
Isi 2 :
Menyediakan pelbagai bidang kemahiran yang sesuai dengan OKU – sebagai
alternatif kepada golongan yang tidak mampu meneruskan pengajian
Isi 3 :
Menyediakan segala infrastruktur yang mesra OKU – bagi memudahkan pergerakan
dan urusan harian mereka
Isi 4 :
Masyarakat perlu membuka minda untuk menerima OKU seadannya – kecacatan bukan
alasan untuk menysihkan mereka – kekurangan yang dialami bukan untuk dihina
tetapi untuk diinsafi
Isi 5 :
Kerajaan dan swasta hendaklah menyediakan peluang pekerjaan yang layak dengan
kemampuan OKU – melaksana tanggungjawab atas wadah masyarakat prihatin dan
penyayang
Kesimpulan : Sesungguhnya, tiada
seorang insan pun yang mahu dirinya dipinggiri. Mereka mahu hidup bebas dan
berdikari. Sebaliknya, takdir yang menentukan, justeru tiada sesiapa yang boleh
menentang takdir. Sungguhpun begitu, kita tidak boleh menidakkan ikhtiar untuk
membantu golongan yang kurang bernasib baik seperti mereka. Seandainya terus
dibiarkan, mereka pasti menimbulkan pelbagai beban dan kesulitan kepada kita
sehinggakan tiada beban batu digalasi.
CATATAN : Sampel karangan bagi
soalan ini boleh anda dapat dalam modul saya edisi 2011 (kulit biru) muka surat
19.
4. Kegiatan
jenayah yang membabitkan pemerdagangan manusia kini menjadi isu sejagat.
Bincangkan
kerjasama antara Malaysia dengan negara jiran untuk menangani masalah tersebut.
Pendahuluan : Perubahan dunia
alaf baru telah mula membentuk suatu fenomena tentang pola migrasi manusia.
Peperangan, kemiskinan, dan bencana alam telah mula mengubah landskap dunia
apabila migrasi gelombang kedua semakin mengancam kestabilan politik dan sosial
di beberapa buah wilayah di dunia. Pola tersebut ialah sindiket pemerdagangan
manusia yang ditunjangi oleh rangkaian penjenayah antarabangsa yang turut
dikenali sebagai tekong laut dan tekong darat. Kesan daripada jenayah tersebut
menimbulkan krisis kemanusiaan yang teruk apabila manusia dengan
sewenang-wenangnya dijadikan bahan dagangan demi mengaut keuntungan yang
berlipat ganda. Sementara itu, negara yang menjadi transit dan negara penerima
turut mengalami masalah sama ada dalam aspek politik, demografi, ekonomi, dan
sosial. Sebagai salah sebuah negara transit dan juga penerima, Malaysia tidak
wajar berpeluk tubuh dan wajar menjalinkan kerjasama strategik dengan
negara-negara jiran agar jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini dibendung
dengan sebaik mungkin.
Isi-isi
penting :
Isi 1 :
Memperkukuh sistem politik dan keamanan dalam negara masing-masing – kestabilan
dalam negeri boleh menjadi aset untuk menghalang kemasukan warga asing dengan
sewenang-wenangnya
Isi 2 :
Membanteras gejala rasuah yang masih berleluasa dalam kalangan negara-negara
dunia ketiga – berusaha mengurangkan indeks rasuah terutama dalam kalangan
penguatkuasa seperti polis, tentera, dan pengawal pintu masuk perairan negara
(peribahasa amalan buruk lontar batu sembunyi tangan)
Isi 3 :
Mengadakan kerjasama rondaan dalam kalangan negara berjiran – mencegah
kemasukan warga asing sacara haram – kedudukan Malaysia dengan negara jiran
terutama Indonesia yang kondusif kepada kemasukan pendatang asing tanpa izin
(hidup berjiran, ibarat aur dengan tebing)
Isi 5 : Komitmen
diplomatik yang intim dalam kalangan pemimpin negara – pertelagahan politik
memberi laluan mudah untuk orang lain mengambil kesempatan (peribahasa jong
pecah yu yang kenyang)
Kesimpulan : Gejala pemerdagangan
manusia merupakan sebahagian daripada krisis kemanusiaan sejak zaman-berzaman.
Yang berbeza dari masa ke masa hanya modus operandinya sahaja. Oleh itu,
penyelesaian secara global dan serantau hendaklah diteruskan agar landskap
politik dunia dan wilayah tidak terancam oleh sikap dan amalan manusia yang
bersikap pepat di luar runcing di dalam.
5. Anak
itik terenang-renang
Air
pasang tenang-tenangan
Budi
sedikit bilakan hilang
Itu
menjadi kenang-kenangan
Berdasarkan
maksud pantun tersebut, huraikan kepentingan hidup berbudi bahasa dalam
masyarakat.
Isi-isi
penting :
Isi 1 :
Melahirkan masyarakat yang harmoni – masyarakat yang bertolak ansur, saling
memahami – masyarakat madani yang cinta akan kesejahteraan
Isi 2 :
Membentuk sebuah negara bangsa yang aman dan makmur – segala potensi alam dan
modal insan dapat digemblengkan
Isi 3 :
Mendidik generasi untuk memperkasakan kehidupan yang dilingkungi dengan sistem
adab dan nilai murni (peribahasa; adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung
= semua hal yang merujuk hukum)
Isi 4 : Untuk
memperkasakan jalinan perpaduan dalam kalangan masyarkat majmuk
Isi 5 :
Mengurangkan kejadian yang berpunca daripada tindakan negatif – mengurangkan
jenayah, perselisihan faham, pergaduhan dan peniluan
Kesimpulan : Budi bahasa ialah
pemanis kata dan cerminan jiwa. Oleh itu, perkasakanlah budi bahasa demi
menjalinkan kehidupan yang harmoni. Sesungguhnya, ular menyusur akar tiada akan
hilang bisanya.
SEBAGAI IHSAN
SAYA PERTURUNKAN SEBUAH SAMPEL KARANGAN DARIPADA MODUL SAYA DALAM SIRI 2010
SEPERTI DI BAWAH INI.
Banyak pihak
berasa gundah dengan kemerosotan budaya berbudi bahasa dalam kalangan
masyarakat. Selaku wartawan majalah sekolah anda ingin mengenal pasti
faktor-faktor kemerosotan tersebut selain cuba mendapatkan beberapa langkah
penyelesaiannya.
Tulis
wawancara anda itu selengkapnya.
Bunga melati
bunga di darat
Bunga seroja
di tepi kali
Hina besi
kerana berkarat
Hina manusia
tidak berbudi
Apa guna
berkain batik
Kalau tidak
dengan sujinya
Apa guna
beristeri cantik
Kalau tidak dengan
budinya
Dua rangkap
pantun di atas menggambarkan betapa budi bahasa dipandang amat tinggi terutama
dalam masyarakat Melayu. Orang Melayu meletak harga sesuatu perlakuan itu
dengan berasaskan ukuran budi bahasa. Buktinya, kecantikan seseorang bukan terletak
kepada rupa paras semata-mata sebaliknya dinilai pada budi bahasanya. Seseorang
itu akan dipandang rendah dan hilang harga dirinya dengan serta merta apabila
luntur budi bahasa dan sesuatu bangsa itu pula akan runtuh jika budi mereka
runtuh. Bagi mencari punca krisis kerendahan budi dalam masyarakat kita, saya
Aini Suraini (Aini) ketua pengarang majalah Sinar Budi, Sekolah Menengah
Sinaran Budi telah mewawancara seorang tokoh penggiat budaya iaitu Datin Seri
Zarini Salim (Datin). Beliau juga turut menghurai beberapa saranan untuk
formula penyelesaian krisis tersebut. Ikuti keseluruhan kandungan wawancara
saya itu.
Aini :
Assalamualaikum, Datin!
Datin :
Waalaikum salam, silalah duduk.
Aini :
Saya Aini Suraini, Ketua Editor majalah Sinar Budi ingin meninjau pandangan
Datin tentang Kempen Budi Bahasa. Saya berharap Datin tidak keberatan untuk
berkongsi maklumat dan pandangan.
Datin :
Insya-Allah saya sangat berbesar hati dengan hasrat saudari itu.
Aini :
Pada pandangan Datin sejauh manakah Kempen Budi Bahasa yang dilancarkan
oleh kerajaan memberikan kesan yang positif kepada
masyarakat?
Datin :
Pada pendapat saya Kempen Budi Bahasa Budaya Kita sangat berfaedah dan kena
pada masanya. Kempen ini bermatlamatkan mendidik rakyat tanpa mengira peringkat
agar mengamalkan peribadi mulia antaranya sikap berbudi bahasa. Namun begitu,
kempen ini seolah-olah menjadi bahan yang diuar-uarkan oleh media-media massa
sedangkan keberkesanan dan penglibatan masyarakat masih terlalu kurang. Ironinya
walaupun kempen ini sudah berjalan selama dua tahun masih ada kalangan yang
tidak sedar dan mengetahui kewujudan kempen.
Aini :
Pada pendapat Datin mengapakah krisis mementingkan diri sendiri dan sikap
hilang hormat semakin luput dalam masyarakat kita?
Datin :
Sikap tersebut semakin luput daripada arus kehidupan masyarakat kita adalah
disebabkan sikap materialistik dan individualistik yang semakin menebal dalam
kalangan anggota masyarakat. Mereka sentiasa melihat kepentingan peribadi
mengatasi kepentingan lain. Lantas, mereka tidak berasa orang lain sebagai
penting dalam hidup mereka selagi kepentingan asas peribadi mereka
tidak terjejas.
Aini :
Atas tuntutan ekonomi, kebanyakan masyarakat cenderung untuk berhijrah ke
bandar. Di bandar mereka sibuk dan kesuntukan masa sehingga mereka tidak
menghiraukan urusan berjiran dan tidak pernah bertegur sapa. Bolehkah Datin
memberi sedikit komen?
Datin :
Sebenarnya masyarakat bandar kini amat terpengaruh dengan gaya hidup masyarakat
Barat. Mereka hanya tahu menjaga hal diri sendiri sahaja dengan falsafah tidak
mahu menjaga tepi kain orang. Budaya begini bukanlah menjadi norma kehidupan
mayarakat kita yang bertunjangkan kehidupan saling memerlukan bak aur dengan
tebing. Kehidupan orang bandar semakin disempitkan oleh urusan mencari rezeki
dan seterusnya menambakkan kekayaan yang dianggap sebagai lambang kehidupan
elit. Hal tersebut mendorong kepada sikap anak-anak yang bebas melakukan
apa-apa saja tanpa bimbang akan ditegah oleh orang dewasa. Akhirnya mereka
menjadi sombong dan lunturlah amalan berbudi bahasa.
Aini :
Perihal merebaknya budaya Barat dalam kalangan remaja masa kini juga menjadi
faktor remaja kurang menghormati orang tua. Bagaimanakah hal ini boleh
dikaitkan dengan rendahnya nilai berbudi bahasa?
Datin : Dalam
masyarakat Barat anutan terhadap makna kebebasan diberikan tafsiran yang
seluas-luasnya. Individu lain termasuk ibu bapa sendiri tidak boleh mengganggu
seseorang itu selagi individu tersebut tidak mengancam keselamatan mereka.
Akhirnya mereka membawa gaya hidup masing-masing dan tidak menghiraukan orang
lain. Amalan seperti itu memanglah menjadi kesukaan remaja yang sentiasa
menuntut kebebasan tanpa had. Mereka tidak mahu disentuh malah mereka tidak
suka sebarang aktiviti yang dilakukan ditegur oleh orang dewasa.
Aini :
Sikap kerendahan budi itu bukan hanya berlaku di bandar malah semakin merebak
ke kampung-kampung. Boleh dikatakan tidak banyak perbezaan antara corak hidup
masyarakat kampung dengan masyarakat bandar di negara kita pada masa ini.
Mengapakah fenomena ini boleh berlaku?
Datin :
Dalam kemajuan sains dan teknologi seperti sekarang terdapat pelbagai kemudahan
dicipta. Jurang maklumat antara kota dan desa semakin mengecil. Apa-apa yang
diperoleh masyarakat bandar turut dinikmati oleh masyarakat desa. Peranan media
massa khususnya televisyen sentiasa menyiarkan pelbagai maklumat terkini.
Kadang-kadang pengaruh yang dibawa amat destruktif kepada pembentukan
masyarakat tradisional yang lebih mengutamakan nilai-nilai bekerjasama dan
berbudi bahasa. Selain itu, kecanggihan sistem perhubungan dan teknologi
automobil membuka ruang yang seluas-luas untuk interaksi antara kota dan desa.
Elemen ini amat selesa untuk menyokong sama ada masyarakat memilih untuk menjadi
lebih positif atau sebaliknya.
Aini :
Sekarang saya ingin mengalihkan fokus perbincangan kita kepada mencari langkah
penyelesaian. Saya percaya norma kehidupan seperti ini tidak boleh dibiarkan
berterusan sehingga menjadi barah yang kronik dalam masyarakat. Bolehkah Datin
sarankan beberapa strategi penyelesaiannya?
Datin :
Saya percaya semua perkara hendaklah bermula dari awal. Lebih-lebih lagi dalam
hal amalan dan gaya hidup hendaklah kita mulakan seawal individu itu mengenal
erti kehidupan. Anak perlu dididik dengan sikap menghormati ibu bapa seperti
dalam amalan mencium tangan orang yang lebih tua. Mereka perlu diajar supaya
tunduk apabila berjalan di hadapan orang-orang tua. Mereka juga mesti dididik
agar bercakap dengan bahasa yang sopan dan tidak menyampuk cakap orang yang
lebih tua dengan sewenang-wenangnya. Pembawaan gaya hidup seperti ini apabila
diamalkan secara berterusan bakal membentuk peribadi yang lemah lembut.
Aini :
Bagaimanakah pula peranan guru-guru di sekolah?
Datin :
Amalan tertib dan bersopan santun ini perlu diperteguh oleh guru-guru di
sekolah. Seolah-olah menjadi suatu tradisi murid-murid lebih menghormati dan
mempercayai kata-kata guru daripada ibu bapa. Sikap positif itu amat selesa
untuk dimanfaatkan oleh para guru sebagai strategi mendidik sikap yang berhemah
dan berperibadi mulia. Kita tidak sangsi lagi apabila pihak sekolah dapat
memainkan peranan yang baik sudah tentu anak-anak didik yang terhasil daripada
sistem pendidikan yang sempurna itu menjadi insan yang baik.
Aini : Sungguhpun demikian,
pengaruh persekitaran dan masyarakat serta media massa juga tidak kurang
pentingnya. Semua unsur tersebut sentiasa menjadi role model untuk diciplak
bulat-bulat oleh kanak-kanak dan remaja. Pada pendapat Datin, bagaimanakah
pengaruh persekitaran tersebut boleh menyokong usaha ini?
Datin :
Berdasarkan slogan, “Masyarakat dinamik penjana wawasan”, bolehlah kita
takrifkan bahawa masyarakat memainkan peranan penting untuk membentuk
persekitaran yang sihat. Gerak geri masyarakat boleh diibaratkan sebagai acuan
untuk membentuk gaya hidup. Kesilapan masyarakat bakal membentuk sebuah
kelompok manusia yang tidak mengenal akan maksud hati budi. Setiap anggota
masyarakat harus mengubah paradigma daripada terlalu mementingkan diri sendiri
kepada penglibatan diri dalam masyarakat. Ketaksuban yang terlalu mementingkan
diri sendiri boleh membentuk suatu pola baru seperti kata Datuk Hasan Ahmad,
“Wujud segolongan masyarakat yang amat sukar untuk menerima teguran menyebabkan
tidak lagi wujud budaya tegur-menegur dalam menyedarkan sesuatu kesilapan”.
Jikalau fenomena ini merebak pantas, kesannya amat destruktif terhadap usaha
membentuk masyarakat yang prihatin dan berbudaya mulia. Oleh itu, kita mesti
bersedia berubah daripada sikap enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing.
Selain
itu, kita amat berharap kepada media massa terutama media elektronik milik
swasta agar lebih prihatin kepada krisis nilai dalam masyarakat daripada
memikirkan perihal untung dan laba dalam menyiarkan program-program yang
dikatakan berprofil tinggi. Pendek kata semua pihak amat dituntut agar lebih
berfokus kepada masyarakat yang dinamik kerana rosak masyarakat,
justeru rosaklah keseluruhan nadi bangsa itu.
Aini :
Sebenarnya terlalu banyak perkara yang boleh kita bincangkan dalam isu ini ya,
Datin! Namun begitu, masa tidak mengizini kita untuk berbicara panjang. Saya
bagi pihak warga sekolah amat berbesar hati dan berterima kasih atas pandangan
bernas yang Datin curahkan dalam wawancara ini. Terima kasih daun keladi.
Datin :
Terima kasih.
KEDAH
1 . Pelajar
disarankan menguasai sekurang-kurang satu kemahiran yang relevan dengan
tuntutan semasa seperti penguasaan bahasa kedua, kemahiran ICT, kemahiran
berfikir, kemahiran berkomunikasi, atau kemahiran bekerja dalam pasukan.
Sebagai
pelajar, apakah persediaan yang perlu anda lakukan bagi menguasai
sekurang-kurang satu kemahiran tersebut.
Pendahuluan : Menjelang tahun 2020,
Malaysia harus berganjak daripada kumpulan negara-negara sedang membangun
menjadi negara maju berpendapatan tinggi. Demikianlah hasrat para pemimpin dan
rakyat Malaysia seperti yang dicanang-canangkan pada setiap masa. Kata haruslah
dikotakan dan janji mestilah ditepati. Demi menterjemahkan hasrat tersebut agar
menjadi kenyataan, para pelajar dan golongan remajalah yang menggalas amanah
yang amat penting itu. Golongan tersebut haruslah memperlengkap diri dengan
pakej keterampilan yang menggabungkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
relevan berdasarkan keperluan semasa. Sebagai pelajar saya cukup sedar dengan
tuntutan menguasai pelbagai kemahiran dan sedang berusaha ke arah itu.
Isi-isi
penting :
Isi 1 :
Mengenal pasti potensi diri saya dan cuba berjinak-jinak dengan bidang
kemahiran yang sesuai dengan bakat sendiri – mudah untuk memperkembangkan bakat
sedia ada
Isi 2 :
Mengambil jurusan akademik yang sesuai dan ada hubung kait dengan kemahiran
yang saya ada potensinya.
Isi 3 :
Memilih rakan yang sealiran dan seangkatan – sebagai sumber memperoleh motivasi
dan inspirasi
Isi 4 :
Mendampingi guru dan golongan yang lebih berpengetahuan tentang bidang yang
diminati – mudah mendapat akses pembelajaran
Isi 5 :
Mendalami pengetahuan dalam bidang yang berkaitan – mengoptimumkan penggunaan
ICT dan teknologi siber untuk memperoleh banyak maklumat dalam bidang yang
berkaitan
Isi 6 :
Mengenal pasti bidang dan kerjaya yang selari dengan minat dan kemahiran yang
dipilih – bidang yang diceburi hendaklah relevan dengan pasaran pekerjaan.
Kesimpulan : Tidak dinafikan
bahawa jatuh bangun sesebuah negara amatlah bergantung kepada ketahanan dan
kecemerlangan golongan remaja. Demi berhadapan dengan gelombang globalisasi
yang kian mencabar, setiap remaja hendaklah menguasai bidang kemahiran sebagai
nilai tambah kepada kecemerlangan akademik. Hanya inilah saja laluan (wasilah)
untuk melahirkan sebuah negara bangsa yang berjaya dan mampu bersaing di
persada antarabangsa.
2. ‘Kebersihan
bermula dari rumah’. Pernyataan ini mampu merangsang jiwa seseorang agar
mencintai kebersihan.
Berdasarkan
pernyataan di atas, jelaskan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak supaya
menjadi insan yang mementingkan kebersihan dalam kehidupan seharian.
Pendahuluan : Memetik sepotong
peribahasa yang menyatakan, getah daun akan mengalir ke batang jua, menunjukkan
bahawa anak-anak sudah pasti menuruti ibu bapa dalam hal tingkah laku dan
sikap. Mengambil iktibar daripada peribahasa tersebut, amatlah penting kepada
ibu bapa untuk menanami anak-anak dengan segala bentuk amalan yang positif
seperti amalan berjimat cermat, kebersihan, dan budaya hormat-menghormati.
Pelbagai langkah dan inisiatif perlu dilagangkan oleh ibu bapa agar anak-anak
akan lahir daripada acuan tingkah laku yang baik yang dijanakan oleh ibu bapa.
Hal sama pasti boleh dilaksanakan untuk melahirkan anak-anak yang sentiasa
mementingkan kebersihan dalam kehidupan seharian.
Isi-isi
penting :
Isi 1 :
Menjanakan amalan kebersihan bermula di rumah – mendidik anak-anak agar
sepanjang masa berada dalam persekitaran rumah tangga yang bersih, indah dan
ceria – sebagai sumber inspirasi sejadi anak-anak masih kecil
Isi 2 : Ibu
bapa sebagai sari contoh teladan – imej dan pancaran personaliti ibu bapa
sentiasa diperhatikan oleh anak-anak (ibu bapa sebagai role model)
Isi 3 : Melaksanakan
pendidikan rohani dengan mendekatkan diri anak-anak kepada Tuhan maha pencipta
yang sangat bersih dan cantik (peribahasa Arab, Allah itu cantik dan amat
menciptai sesuatu yang mencantikkan)
Isi 4 :
Mendedahkan anak-anak dengan persekitaran yang bersih dan cantik – menunjukkan
contoh bilik tidur, tempat makan, dan tandas lima bintang seperti di hotel dan
pusat pameran seperti Casa Impian dll.
Isi 5 :
Mendedahkan anak-anak dengan landskap yang cantik dan selesa mata memandang –
konsep bersih diperluas bukan sahaja di dalam rumah tetapi kepada kehidupan
yang lebih menyeluruh – aktiviti keluarga membina taman mini dan landskap
rumah.
Kesimpulan : Sesungguhnya,
tepatlah kata-kata bahawa, anak-anak apabila diajar erti kasih sayang mereka
akan belajar mengasihi, apabila diajar erti kebaikan mereka akan belajar
bertanggungjawab, dan apabila mereka diajar erti kebersihan mereka akan belajar
menjadi harmoni. Oleh itu, ibu bapa sentiasa menjadi sumber rujukan dan
terminoogi utama untuk menentukan jati diri anak-anak. Baik perihal yang
ditunjukkan, justeru baiklah anak-anak.
3. Bidang
keusahawanan atau perniagaan sebenarnya menjanjikan pulangan yang lumayan
kepada pengusahanya yang bersikap positif.
Pada
pandangan anda, apakah sikap positif yang perlu dimiliki oleh seseorang
usahawan atau peniaga yang ingin berjaya.
Pendahuluan : Nabi Muhammad SAW
telah bersabda dalam sepotong Hadithnya yang bermaksud, “Sembilan persepuluh
daripada kekayaan adalah datang daripada perniagaan”. Jelas sekali bahawa
perniagaan mampu menjana pendapatan dan sekali gus melebarkan penguasaan
ekonomi. Namun begitu, ibarat kiasan dalam pantun Melayu,
Langit
berbalam awan sekajang
Cuaca redup
ditutup mega
Jikalau kail
sejengkal panjang
Lautan dalam
jangan diduga
Demikianlah
hakikat dunia perniagaan yang mampu menjana pendapatan berlipat ganda
sebenarnya mempunyai pelbagai ranjau dan risiko. Oleh itu, setiap bakal
usahawan hendaklah bersedia dengan pelbagai sikap yang positif untuk mencapai
kejayaan.
Isi-isi
penting :
Isi 1 : Mesti
nekad dan berkeyakinan tinggi untuk berjaya dalam bidang perniagaan – memilih
perniagaan sebagai kerjaya – berniaga bukan sekadar bekerja sementara
Isi 2 :
Bijaksana merancangkan masa depan – tahu potensi dan peluang dalam pasaran dan
perniagaan (peribahasa; naik meniti anak tangga, selangkah turun jejak ke tanah
= untuk berjaya lambat, untuk papa mudah)
Isi 3 : Mahir
dalam berkomunikasi – kebolehan bertutur dan berbahasa yang baik dan bersopan –
menjadi pelaris utama dalam perniagaan (peribahasa, laut budi tepian akal)
Isi 4 :
Sentiasa peka terhadap kerenah dalam berniaga – amat teliti terhadap untung
rugi – memiliki mental yang kuat untuk berdepan dengan kerenah pelanggan
Isi 5 :
Memiliki ketahanan terhadap cabaran – sanggup bekerja lebih masa – bersabar
dalam tempoh yang lama sebelum meraih untung
Isi 6 :
Berpandangan jauh dan cekap merancang – sentiasa peka kepada sebarang perubahan
dalam dunia niaga – perubahan terhadap pasaran, kehendak pelanggan, dan
cabaran-cabaran dalam persaingan
Kesimpulan : Berdasarkan serangkap
pantun,
Berakit-rakit
ke hulu
Berenang-renang
ke tepian
Bersakit-sakit
dahulu
Bersenang-senang
kemudian
hendaklah
dijadikan azimat jikalau seseorang itu mahu mencapai kejayaan dalam bidang
perniagaan. Sikap yang cepat kecewa dan mudah patah hati hendaklah dilemparkan
jauh-jauh daripada minda sekiranya kita mahu terjun ke pentas perniagaan yang
amat besar gelombang dan pancarobanya.
4. Pasukan
bola sepak negara-negara Asia Tenggara belum mampu menyaingi pasukan bola sepak
Jepun, China, Korea, Iraq, dan Iran.
Berdasarkan
situasi ini, cadangkan langkah-langkah berkesan yang boleh diambil oleh pihak
pengurusan pasukan bola sepak negara-negara Asia Tenggara bagi meningkatkan
mutu sukan bola sepak negara masing-masing.
Pendahuluan : Bola sepak adalah
antara sukan bertaraf klasik yang mampu mengangkat beberapa banyak legenda
ternama yang berjaya mengukir nama di persada dunia. Nama-nama besar seperti
Pele. Maradona, dan ramai lagi amat dikenali dan sangat dikagumi kehebatan mereka.
Namun begitu, di rantau Asia Tenggara, kecemerlangan bola sepak sekadar hidup
segan mati tak mahu sahaja. Tiada legenda yang dicipta, malah tiada pasukan
yang mampu diangkat ke taraf dunia. Sedangkan sukan yang mampu mencipta jutawan
segera itu semakin diminati di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Oleh itu,
demi membangunkan sebuah pasukan yang bertaraf pro dan dunia, pihak pengurusan
pasukan bola sepak negara-negara Asia Tenggara hendaklah menggembelngkan tenaga
dan fikiran agar dapat mengangkat mutu sukan bola sepak negara masing-masing.
Isi-isi
penting :
Isi 1 :
Melantik para pemimpin persatuan daripada kalangan mereka yang mahir dalam
sukan bola sepak – tidak boleh melantik mereka yang berpengaruh sama ada dalam
politik mahupun sosial – melantik pegawai-pegawai yang sangat bertanggungjawab
terhadap kebajikan dan masa depan pemain
Isi 2 :
Merancang pembangunan sukan bolasepak untuk jangka panjang – menyediakan
pelapis baru daripada kalangan pelajar sekolah sejak di bangku sekolah rendah
Isi 3 : Merancang
program bersama – menganjurkan lebih banyak pertandingan dan kejohanan di
peringkat negara-negara Asia Tenggara
Isi 4 :
Mengadakan kerjasama pertukaran pemain dan jurulatih – memberi pendedahan yang
luas tentang taktik dan teknik permainan (peribahasa, jauhari yang mengenal
manikam)
Isi 5 :
Menganjurkan perlawanan peringkat antarabangsa – mengundang pasukan-pasukan
terkuat di peringkat Asia mahupun dunia
Isi 6 :
Berusaha bersungguh-sungguh memerangi jenayah rasuah – menghalang pemain
daripada diracuni sikap mementingkan diri sendiri – amalan buruk yang boleh
memusnahkan kerjaya dan maruah pasukan sesebuah negara
Kesimpulan : Sebagai sebuah wilayah
yang terdiri daripada sebelas kuasa politik, negara-negara Asia Tenggara
sememangnya boleh bangkit menjadi kuasa bola sepak terbesar di Asia. Dengan
lebih 500 juta penduduk, sudah tentu bakat terpendam yang ramai boleh dicungkil
sekiranya berlaku perancangan yang teratur daripada organisasi-organisasi bola
sepk. Bukan mustahil, dengan sokongan padu daripada pemerintah negara
masing-masing pula, wilayah ini boleh bangkit sebagai kuasa baru bola sepak
yang dapat menyaingi Jepun, Korea, dan China.
5. Karya
sastera kaya dengan nilai kemanusiaan.
Bincangkan
pernyataan ini berdasarkan sebuah karya yang pernah anda baca.
Pendahuluan : Apabila selesai
membaca sesebuah novel mahupun menonton sesebuah drama, seseorang itu mula
berfikir tentang apakah unsur-unsur istimewa yang terbit daripada cerita
tersebut? Selain terpikat dengan episod dan aksi watak yang hebat, unsur nilai
dan pengajaran sudah pasti akan menyerap secara perlahan-perlahan ke dalam
benak dan minda pembaca. Tidak dinafikan bahawa nilai kemanusiaan adalah antara
sumber yang menjadi kekuatan kepada binaan sesebuah karya sastera. Hal tersebut
dapat saya bincangkan berdasarkan novel Kembara Amira yang amat padat dengan
unsur-unsur nilai kemanusiaannya. (masukkan judul novel yang anda pernah baca).
Isi-isi
penting :
Isi 1 : Nilai
patriotik – suatu sikap yang dapat mengangkat rasa tanggungjawab masyarakat
atau rakyat di sesuatu tempat/negara – nilai patriotik yang diitunjukkan oleh
masyarakat orang asli dalam mempertahankan ketulenan dan keaslian budaya dan
alam sekitar mereka.
Isi 2 : Nilai
kasih sayang – suatu nilai yang luasnya ibarat lautan yang tidak bertepi –
kasih sayang terhadap darah daging sendiri, kasih sayang demi sahabat yang
sejati, dan jiwa yang musnah akibat terpisah daripada kasih sayang – boleh
dilihat dalam konteks hubungan Dr Zaidah dan Amira, antara Amira dan Jacintha
serta antara Tau dengan anak dan isterinya yang dipisahkan
Isi 3
: Nilai bekerjasma – merupakan nilai yang terpahat demi menzahirkan
suatu kejayaan dalam sebarang usaha – komitmen yang tinggi dalam kalangan
anggota – kerjasama yang jitu daripada kumpulan eksvasi Bukit Mat Raya yang
berjaya menemui karpus tulang manusia – kerjasama yang akhirnya berjaya
menghalang operasi menggali emas sehingga boleh memupuskan masyarakat orang
asli dan seluruh budaya mereka
Isi 4 : Nilai
keberanian dan jati diri – sikap yang terpahat dalam diri anak muda yang mahu
meneroka sesuatu yang baru dan mencabar – Amira, Jacinta, dan Itai
Isi 5 : Nilai
bekerjasama dan saling menyokong – lambang kepada kejayaan ekspedisi dan
ekskavasi – hubungan rapat dan saling menyokong antara golongan elit dan
masyarakat setempat – memberi isyarat bahawa kejayaan akan tercapai apabila ada
sokongan dan kerjasama – saling membantu dan menyokong antara masyarakat asli
dengan kumpulan pengkaji dari universiti.
Kesimpulan : Nilai kemanusiaan
adalah aset yang boleh dijadikan sumber didaktik yang disemai secara halus dan
tersirat. Oleh hal yang demikian, sebagai pembaca yang bijaksana, unsur-unsur
nilai hendaklah dijadikan panduan dan pedoman untuk membuat koreksi diri.
Moga-moga apa-apa yang ditelusuri lewat karya yang dibaca mampu mengimpakkan
natijah yang sangat berharga.
PULAU PINANG
|
1.
Berdasarkan
pernyataan di atas, huraikan persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh
remaja untuk merealisasikan cabaran tersebut.
Pendahuluan : Tokoh pendidik dan
motivasi terulung negara, Aminudin Baki pernah menyatakan, “Ayam dikepuk mati
kelaparan, itik di air mati kehausan”. Kata-kata tersebut benar-benar menyuntik
kesedaran kita agar insaf dan bangkit segera daripada lamunan. Sebagai anak
nusa yang mempunyai jati diri, kita dibebani amanah untuk menggalas
tanggungjawab kepada negara. Pemuda dan pemudi hendaklah segera bangkit dengan
persediaan mental dan fizikal supaya dapat menjadi aset yang paling bernilai
kepada tanah air tercinta.
Isi 1 :
Bersedia menjadi orang muda yang beriman dan bertakwa kepada Allah – ketakwaan
menjadikan kita lebih patuh, bersedia dan tinggi motivasi – kita mempunyai
garis panduan dan hala tuju yang jelas
Isi 2 : Memperlengkap
diri dengan pakej fizikal, mental, emosi dan sahsiah yang baik – memenuhi
prakarsa untuk memperlengkap diri sebelum boleh memberikan sumbangan
Isi 3 :
Memanfaatkan usia muda untuk berjuang di medan ilmu – memperlengkap diri dengan
ilmu yang strategik dengan tuntutan masa – belajar tanpa jemu dan mesti
cemerlang
Isi 4 :
Mengenali potensi diri – memilih bidang kemahiran dan profesional yang sesuai
dengan bakat dan minat – sebagai set lengkap yang digabungjalinkan dengan ilmu
bagi memenuhi tuntutan pasaran kerja
Isi 5 : Insaf
akan tanggungjawab menyelamatkan negara – bersemangat waja dan berjiwa
patriotik – utamakan kepentingan negara daripada kepentingan diri dan kelompok
Isi 7 :
Menjauhkan diri daripada anasir perosak – gejala samseng, dadah, berpelisiran
dan sampah masyarakat dan membebankan negara
Kesimpulan :
Rumah kecil
tiang seribu
Rumah besar
tiang sebatang
Kecil-kecil
ditimang ibu
Sudah besar
ditimang gelombang
Demikianlah
erti sebuah kehidupan yang menuntut banyak perjuangan dan pengorbanan. Oleh
itu, kita harus bersedia untuk berhadapan dengan gelombang kehidupan yang
kadang-kadang lebih mencabar daripada gelombang di tengah segara. Bukan senang
untuk menjadi warga yang berguna kepada bangsa, agama dan negara, sebaliknya
kita dituntut untuk melakukan persediaan yang rapi.
2. Kegawatan
ekonomi telah menyebabakan harga barang dan kos perkhidmatan meningkat.
Bincangkan
langkah-langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak agar
menjadi pengguna yang bijak.
Pendahuluan
: Boleh
dipadankan dan diubahsuaikan daripada sampel pendahuluan soalan nombor 2 negeri
Perlis.
Isi 1 :
Mengamalkan latihan berjimat cermat - amalan yang harus dipupuk
sejak kecil - memupuk nilai-nilai murni dalam keluarga seperti
menyayangi harta benda, berbelanja secara berhemat, dan menjauhi amalan boros
(peribahasa, gunung pun kalau ditarah akan reban)
Isi 2 :
Mengamalkan latihan menabung dan menyimpan - penyimpanan melalui
institusi kewangan dan pelaburan saham - berjimat cermat sewaktu
senang dengan memperuntukkan lebihan belanja untuk simpanan
Isi 3 :
Mendidik anak-anak dan ahli keluarga agar sentiasa berpada-pada dengan
kemampuan yang ada - tidak
meminta-minta sesuatu yang berlebih-lebihan - tidak melampau dan
meniru cara hidup di luar kemampuan
Isi 4 : Tidak
terlalu terpengaruh dengan umpan kebendaan dan berbelanja di luar
kemampuan - keinginan
untuk hidup bergaya melebihi kemampuan - cepat terpengaruh dengan pelbagai
iklan dan pujukan atau tawaran jualan
Isi 5 : Tidak
terpengaruh dengan sikap ingin bersaing dan menunjuk-nunjuk - elakkan sifat meninggi
diri mahu bersaing dengan jiran dan tetangga - mendidik anak-anak
supaya tidak terikut-ikut dengan gaya hidup mewah jiran atau rakan-rakan
Sampel
kesimpulan : Pendidikan
daripada peribahasa ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis
amatlah tepat diamalkan dalam situasi seperti ini. Janganlah disebabkan sikap
yang terlalu berkehendakkan sesuatu sehingga di luar kemampuan, kita terpaksa
menanggung beban terutama dalam krisis gawat seperti ini. Janganlah
sudah terhantuk baru hendak menengadah. Oleh itu, rancanglah strategi
perbelanjaan secara berhemat dalam erti kata hendak kaya berdikit-dikit, hendak
papa bertabur urai.
3. Terdapat
banyak tempat menarik di negara kita yang menjadi tarikan pelancong sama ada
pelancong tempatan atau pun pelancong asing.
Huraikan
kepentingan-kepentingan industri pelancongan terhadap pembangunan negara.
Pendahuluan : Apabila berbicara
perihal melancong, banyak orang yang akan mengalih pandang sama ada ke
negara-negara Barat mahu pun di negara-negara Asia timur jauh seperti Jepun,
Korea, dan Taiwan. Sebenarnya dalam ghairah kita melancong ke tempat lain,
tanpa disedari ramai pula pelancong asing yang datang ke negara kita. Oleh tu,
jelaslah bahawa Malaysia pun tidak kurang hebatnya dengan destinasi pelancongan
yang menarik. Peluang tersebut wajar sekali kita manfaatkan demi faedah kepada
negara kerana industri pelancongan sangat banyak impaknya kepada kemajuan
ekonomi, sosial, dan politik sesebuah negara.
Isi-isi
penting :
Isi 1 : Dari
segi politik, hubungan antarabangsa dengan negara asing semakin meluas – imej
Malaysia akan dihebahkan oleh duta-duta tidak rasmi yang datang melancong
Isi 2 : Dalam
aspek ekonomi – banyak sekali peluang ekonomi yang terjana – kemajuan kepada
industri pelancongan itu sendiri seperti dalam bidang perhotelan – memajukan
industri hiliran berkaitan pelancongan seperti makanan, pakaian, cenderamata,
pengangkutan dan sebagainya.
Isi 3 : Dalam
aspek sosial – masyarakat setempat memperoleh pelbagai pendedahan daripada
interaksi dengan orang asing – aspek budaya – bahasa dan cara berfikir
Isi 4 :
Malaysia dapat memaksimumkan potensi negara – sistem pengangkutan yang
dibangunkan, kemudahan prasrana, alam sekitar yang terjaga dan semua
potensi alam berjaya dimanfaatkan
Isi 5 : Boleh
mempertingkatkan tukaran asing – satu lagi peluang dalam bidang ekonomi – minat
yang tinggi daripada pelancong-pelancong dari Timut tengah, Jepun, Korea, dan
Eropah boleh meningkatkan kadar tukaran mata wang negara.
Kesimpulan : Sektor pelancongan
sebenarnya telah lama menjadi penjana ekonomi kepada banyak negara di dunia.
Walaupun industri pelancongan sering dilabelkan dengan pelbagai implikasi yang
negatif, namun imej tersebut boleh diatasi sekiranya rakyat Malaysia sendiri
memiliki jati diri yang kuat terutama dalam aspek budaya dan agama. Janganlah
disebabkan nilai setitik rosak susu sebelanga
4. Pergolakan
yang berlaku di beberapa buah negara di dunia telah menggugat keamanan dan keharmonian
masyarakat.
Bincangkan
peranan pemimpin-pemimpin negara di dunia untuk mewujudkan keamanan sejagat.
Pendahuluan : “Gajah sama gajah
berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah”. Petikan daripada peribahasa tersebut
mendedahkan betapa besar sungguh impak daripada para pemimpin. Elok pemimpin
eloklah rakyat, sebaliknya apabila pemimpin rosak maka rakyatlah yang akan
menanggung sengsara. Pergolakan dan kempen berdarah yang melanda negara-negara
Timur Tengah benar-benar mendedahkan tembelang buruk para pemimpin yang gagal
menguruskan negara dan rakyat masing-masing. Demi keamanan sejagat, para
pemimpin di seluruh dunia hendaklah insaf bahawa mereka ialah penentu sama ada
dunia ini sebagai syurga kehidupan ataupun menjadi pentas neraka yang sengsaranya
bertimpa-timpa ibarat lautan yang tidak bertepi.
Isi-isi
penting :
Isi 1
: Para pemimpin harus sedar mereka sebenarnya memikul amanah bukan
sebagai penyebar fitnah – sedar akan tanggungjawab kesengsaraan yang terpaksa
ditanggung oleh berjuta-juta manusia berpunca daripada pemimpin – peristiwa
Perang Dunia adalah berpunca daripada sikap tidak bertolak ansur antara blok
‘Triple Antante dan Triple Alliance’
Isi 2 :
Pemimpin mesti peka terhadap order dunia sekarang yang lebih mengutamakan
kebijaksanaan daripada kekerasan dan keganasan – kejatuhan beberapa pemimpin di
negara-negara Timur Tengah boleh dijadikan iktibar
Isi 3 :
Pemimpin-pemimpin blok negara kaya bertanggungjawab menyelamatkan kesengsaraan
di negara-negara miskin dan tertindas – membantu atas dasar kemanusiaan bukan
atas dasar muslihat politik
Isi 4 : Badan
Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hendaklah diberi lebih peranan untuk
menghalang penindasan pihak tertentu – kuasa veto kumpulan negara kuasa besar
tidak wajar diamalkan
Isi 5 :
Wujudkan musyawarah dan baiah pemimpin seluruh dunia bahawa dunia ini sebagai
tempat keamanan dan berkasih sayang – elakkan sikap tamak dan gila akan kuasa
Kesimpulan : Berdasarkan kata-kata
daripada Nabi SAW yang bermaksud, “ Tingkah laku rakyat adalah bergantung
kepada tingkah laku pemimpin” membuktikan bahawa peranan pemimpin adalah amat
besar dalam menerajui order dunia. Kebobrokan dunia yang terjadi pada hari ini
bukanlah berpunca daripada malapetaka alam mahupun kemiskinan dan sebagainya,
tetapi akibat tiada sikap tolak ansur antara pemimpin. Oleh itu, sesat di
hujung jalan baliklah ke pangkal jalan.
5. Puisi
Melayu lama seperti pantun, seloka, dan gurindam semakin dilupakan oleh
masyarakat.
Jelaskan
usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pelbagai pihak untuk mempopularkan puisi
Melayu lama.
PERAK
1. Anda
dipilih sebagai tokoh pelajar setelah anda berjaya memperlihatkan kecemerlangan
dalam bidang kurikulum, kokurikulum, sahsiah, dan kepimpinan. Anda telah
dijemput untuk menyampaikan ucapan dalam satu majlis meraikan kejayaan anda
itu.
Tulis teks
ucapan anda itu selengkapnya.
2. Ibu
bapa merupakan dua insan yang banyak berjasa bagi memastikan kejayaan anak-anak
dalam kehidupan.
Huraikan
langkah-langkah yang perlu diambil oleh anak-anak untuk membalas jasa kedua-dua
ibu bapa mereka.
CATATAN :
Soalan ini ialah klon daripada soalan SPM 2011. Anda boleh dapatkan contoh
karangan lengkap dalam Modul saya siri 2011 (berkulit biru)
3. Dasar
1 Murid 1 Sukan telah dilaksanakan di sekolah-sekolah seluruh negara untuk
memastikan setiap murid melibatkan diri dalam aktiviti sukan
Jelaskan
faedah-faedah yang diperoleh oleh mereka apabila melibatkan diri dalam aktiviti
sukan.
Pendahuluan : “Merealisasikan
Penantian Empat Belas Tahun”, “Harimau Malaysia Membaham Garuda”, “Wira Piala
AFF Terima Durian Runtuh”. Demikianlah beberapa slogan daripada ribuan sepanduk
dan kain rentang yang memaparkan kegembiraan rakyat Malayisa hasil kejayaan
memberangsangkan anak-anak muda Malaysia dalam arena sukan di peringkat
antarabangsa. Pujian yang sama turut mengiringi apa-apa acara sukan yang lain
sekiranya pulang dengan kejayaan. Sesungguhnya, aktiviti sukan di negara ini
telah mendapat sambutan yang amat ghairah daripada rakyat jelata sejak dahulu
lagi. Walau bagaimanapun, kekalahan demi kekalahan yang menimpa pasukan
kebangsaan menyebabkan industri sukan di negara ini kurang mendapat sambutan.
Memandangkan sukan juga sebagai satu daripada wahana yang dapat menonjolkan
imej negara di persada antarabangsa, kerajaan telah melaksanakan suatu dasar
yang pragmatik iaitu Pelaksanaan dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S). Memang tidak
syak lagi dasar ini akan memberi banyak impak positif kepada anak-anak muda
negara.
Isi- isi
penting :
Isi 1 :
Melahirkan remaja yang berperawakan sihat, kental, dan cerdas – sukan merupakan
saluran terbaik untuk merangsangkan kecergasan mental dan fizikal dengan cara
yang teratur – dilaksanakan secara terancang oleh pihak sekolah, kementerian,
dan organisasi sukan – memberi peluang bergiat aktif berdasarkan kemampuan
fizikal dan kemahiran individu – tiada lagi individu yang tersisih – menjadi
imbangan antara potensi kognitif, psikomotor, dan afektif (perkembangan yang
seimbang antara mental, fizikal, dan sikap)
Isi 2 :
Mengasah dan mempertajam bakat sejak awal usia lagi – potensi individu
perlu digilap ketika masih kecil – bagi yang berbakat boleh disalurkan kepada
bidang profesional dan menjadi saluran kerjaya utama (tokoh-tokoh sukan
nasional dan profesional) – boleh melahirkan lebih ramai tokoh profesional
sukan
Isi 3 :
Menyediakan bakat-bakat sukan untuk menggalas tugas negara di peringkat
antarabangsa –
program yang menjadi medan melahirkan seberapa ramai jagoan sukan negara –
tanpa perancangan yang rapi, negara tidak dapat bersaing di peringkat global
(kecuali badminton dan boling semua acara sukan yang lain sangat tercorot –
bola sepak di tangga ke-142 dalam ranking dunia)
Isi 4 :
Melahirkan rakyat yang setia dan patriotik – sumbangan dalam
bidang sukan berjaya menaikkan nama negara (Dato Lee Chong Wei, Dato Nicol
David, Shalin Zulkifli dll) – turut menjadi landasan mewujudkan perpaduan dalam
kalangan rakyat majmuk – kejayaan dalam Piala AFF hasil dukungan rakyat
pelbagai kaum – mempercepat proses transformasi dan hasrat 1 Malaysia
Isi 5 : Menyokong
dalam sumbangan ekonomi negara - kegiatan sukan di peringkat
antarabangsa memberi sumbangan besar dalam sektor ekonomi – hadiah lumayan
(Tiger Wood, Lionel Messi, David Beckham, Edmund Hilary dll) – berjaya menjadi
tuan rumah kejohanan antarabangsa (kemajuan dalam industri pelancongan sukan)
Sampel
kesimpulan :
Ibarat peribahasa, kalau tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya haruslah
diterapkan dengan sebenar-benarnya agar matlamat melahirkan lebih ramai jaguh
sukan tercapai. Sudah terlalu banyak modal yang dibelanjakan, namun kejayaan
atlit negara amatlah menyedihkan. Oleh hal yang demikian, dengan dukungan semua
pihak insya-Allah hala tuju baru oleh KPM ini boleh menatijahkan impak baru
kepada dunia sukan untuk sekurang-kurangnya dalam satu dekad akan datang.
4. Masalah
kemiskinan dan tahap pendidikan yang rendah masih membelenggu penduduk di
beberapa negara di dunia.
Huraikan
peranan negara-negara di dunia untuk membantu negara-negara tersebut.
Pendahuluan : Benarkah pendapat
sesetengah pihak bahawa, kemiskinan itu sebagai rantaian warisan? Jawapan
daripada soalan di atas boleh dilihat dalam banyak perspektif, mungkin benar
dan mungkin tidak tepat. Apabila dirujuk kepada beberapa buah negara khususnya
negara miskin dalam kumpulan Negara-negara Dunia Ketiga, soalan di atas memang
ada kebenarannya. Yang anehnya, kemiskinan terus-menerus menjadi duri dalam
daging kepada negara-negara berkenaan. Membiarkan negara-negara miskin terus
bergelut dengan malapetaka warisan zaman-berzaman itu adalah suatu tindakan
yang tidak bijak. Oleh itu, negara-negara di dunia hendaklah komited mengambil
inisiatif membantu mengeluarkan negara-negara miskin daripada terus dicengkam
krisis kemiskinan.
Isi-isi
penting :
Isi 1 :
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melalui UNESCO hendaklah
berusaha mempertingkatkan mutu pelajaran di negara-negara miskin – kebodohan
dan kejahilan adalah punca utama gejala kemiskinan – rujukan : semua negara
miskin adalah tinggi kadar buta huruf
Isi 2 :
Negara kaya (perindustrian) hendaklah membuat pelaburan di negara-negara miskin
– memanfaatkan hasil negara demi rakyat tempatan – boleh mewujudkan peluang
pekerjaan
Isi 3 : PBB
melalui WHO hendaklah memulihkan tahap kesihatan penduduk di negara-negara
miskin – tahap kesihatan yang rendah seperti kolera dan Aids boleh menyekat
tahap produktiviti sesebuah negara
Isi 4 :
Mempergiat kempen keamanan dunia – usaha daripada masyarakat antarabangsa dan
NGO supaya kuasa besar dunia tidak terus-menerus mengeksploitasi negara-negara
miskin sebaliknya mengamalkan tanggungjawab moral dan sosial untuk membantu
sesama insan sejagat
Isi 5 :
Bantuan segara (makanan, ubat-ubatan, pakaian, dan tempat berlindung) kepada
negara-negara yang ditimpa malapetaka (situasi yang sedang melanda Somalia yang
dilanda kemarau)
Isi 6 :
Mempergiat misi keamanan dengan kempen berdamai – mengelak pegaduhan kaum dan
etnik yang menjadi punca kemiskinan di beberapa buah negara ( Somalia, Sudan,
dan Burundi )
Kesimpulan : Sesungguhnya, hidup
ibarat roda, ada masa di atas dan ada masa di atas. Demikianlah dengan nasib
dan habuan yang menimpa manusia. Keadaan pasti menjadi lebih dahsyat apabila
manusia sendiri yang mengambil peluang menangguk di air keruh terhadap keadaan
yang genting. Kemelaratan di negara-negara miskin tidak
sepatutnya dijadikan peluang untuk menahan lukah di pergentingan sebaliknya,
kita dituntut membantu mereka yang malang.
5. Minat
membaca karya-karya sastera dalam kalangan rakyat negara ini semakin
berkurangan.
Bincangkan langkah-langkah
yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menarik minat orang membaca karya
sastera.
SAYA DENGAN
INI BERMURAH HATI MEMINJAMKAN SAMPEL KARANGAN INI UNTUK ANAK-ANAK DIDIK
SEKALIAN;
Di mana-mana sudut atau simpang jalan kelihatan
anak muda yang tersandang dengan gitar di bahunya. Mereka menyanyi dan
mendendangkan lagu-lagu ‘top hit’ yang disiarkan melalui hot FM. Dalam situasi
yang lain pula, di atas gelegar buluh dan di hujung beranda golongan dewasa
sedang asyik dengan lagur-lagu dalam slot Masihkah Kau Ingat, terbitan Klasik
Nasional. Sementara di kaca televisyen terpampang anak-anak muda sedang
melonjak-lonjak memuja versi muzik kontemporari. Begitulah senario biasa yang
mendedahkan bahawa manusia tidak boleh lari daripada menikmati bingkisan seni
dan hiburan. Ironinya, apabila mereka diajak untuk menghayati sastera lantas
mereka enggan. Sama ada disedari atau tidak, sasteralah yang menjadi medium
melahirkan semua produk seni seperti itu. Sastera merupakan unsur induk untuk
mempertajam minda dan bahasa dalam mengaimpakkan kesan seni dan lagu yang
sungguh merdu melodinya. Jikalau demikianlah keadaannya, usaha positif
hendaklah diambil untuk menyuburkan semula minat membaca karya-karya sastera
dalam kalangan masyarakat.
Memandangkan
sikap yang tidak konsisten antara minat terhadap hiburan dengan penolakan
terhadap sumber induknya, pemupukan semula untuk menghayati produk-produk
sastera harus dihidupkan kembali. Bagi mengembalikan sentimen menghargai
idea-idea sastera, masyarakat tidak harus dididik dengan sikap membeza-bezakan
semua bidang ilmu. Masyarakat harus berfikiran positif dan bersedia menerima
hakikat bahawa sastera juga menjadi input untuk membangunkan perwatakan mereka.
Selama ini seolah-olah wujud suatu penyisihan dan pemisahan antara golongan
seni dan sastera daripada golongan yang kononnya berperwatakan saintifik.
Sebaliknya dalam situasi yang lain golongan saintifik dan sastera mampu duduk
berjam-jam di sisi radio untuk menikmati lagu atau menonton drama dalam siri Samarinda.
Oleh itu, benrakah sastera tidak diperlukan dalam santapan rohani manusia?
Polemik
yang berpanjangan tentang kerelevanan antara subjek sastera dan sains hendaklah
dihentikan serta merta. Langkah kerajaan memasukkan semula KOMSAS dalam
pengajaran bahasa Melayu adalah suatu langkah praktikal agar tidak wujud lagi
polemik yang sebenarya merugikan budaya bangsa itu. Dalam situasi berpolemik
tanpa disedari pelbagai lagu dan filem import mencurah-curah masuk kerana
menerima permintaan yang tinggi. Apakah rasional kita memomok-momokkan bahawa
sastera sebagai khayal tetapi dalam masa yang sama kita kecanduan dengan
pelbagai produk seni yang diimport? Inilah sikap talam dua muka dan telnunjuk
lurus kelengkeng berkait yang banyak menimbulkan kesan negatif terhadap
industri seni dan sastera negara.
Asas
terpentng untuk mengembalikan budaya bangsa adalah dengan menghidupkan semula
citra bangsa yang berakarumbikan kesenian dan kesusasteraan. Bahan-bahan
sastera lama yang sudah hampir luput daripada persada dunia moden hendaklah
dihidupkan kembali. Usaha-usaha untuk mementaskan semula teater klasik seperti
Puteri Gunung Ledang dan Naga Tasik Chini harus mendapat sokongan semua pihak.
Sungguhpun demikian, usaha seumpama itu janganlah membelakangi nilai-nilai
agama yang tidak cocok dengan unsur-unsur tahyul, khurafat, dan perkara hukum.
Pengaruh yang melampau daripada cerita-cerita hantu dan seram tidak akan
mengubah minda dan sikap masyarakat. Sebaliknya, bentuklah insan yang berjiwa
kukuh kerana buah yang elok terbit daripada tandan yang kukuh.
Kenyataan
bahawa unsur-unsur klasik dan tradisi sudah tidak sealiran dengan pemikiran
generasi sekarang masih boleh dipertikai. Sekiranya unsur-unsur klasik sudah
terbabas jauh daripda gaya hidup masyarakat sekarang, mengapakah filem-filem
klasik Cina masih mampu mengikat ‘rating’ penonton yang begitu besar? Hal
demikian adalah kerana kebijaksanaan produser filem Cina memanipulasikan semua
tradisi dan budaya silam dengan sedikit pengubahsuaian yang sesuai dengan
generasi sekarang untuk dipertontonkan semula. Hal yang sama turut berlaku
kepada filem Malim Kundang dan Bawang Puteh Bawang Merah yang turut mendapat
rating penonton tertinggi. Akhirnya flem-filem tersebut bukan sahaja laris dalam
pasaran tempatan malah mampu dieksport ke pasaran global. Persoalan sekarang,
menagapakah dalam kalangan masyarakat kita tidak sudah-sudah dengan polemik
sastera sebagai punca khayalan?Tepuklah dada bertanyakan minda.
Lapangan
kesusasteraan merupakan bidang yang terlalu luas cakupannya. Bidang
tersebut bukan terhad kepada versi novel, cerpen, drama, filem, dan lagu
sahaja, malahan aspek berpakaian, gaya hidup dan cara berfikir turut menerima
sentuhan. Pada hari ini, akibat landaan ‘ombak besar’ pengaruh Barat, kita
seolah-olah lupa kepada akar asal usul budaya sendiri. Gaya hidup kebaratan
mula menular dalam semua bidang sama ada keilmuan atau nilai-nilai murni. Untuk
menebatkan pengaruh tersebut daripada terus menular, unsur-unsur keindahan dalam
bahasa dan sastera tempatan wajarlah diberikan nafas semula. Antaranya
penggunaan bahasa yang indah dan bersopan santun hendaklah dipelopori
bersungguh-sungguh. Pendek kata semua unsur positif yang pernah diwarisi
daripada generasi terdahulu hendaklah dipupuk dan diamalkan semula. Dalam
kontek ini tentulah versi-versi sastera yang layak diketengahkan.
Ungkapan,
budaya cerminan bangsa merupakan suatu asas yang meletakkan budaya dan tradisi
tetap unggul untuk kita mengenali sesuatu bangsa itu. Dengan hal yang demikian,
kita perlulah berpegang kuat kepada budaya sendiri. Apabila budaya sendiri
diberikan nafas baru, justeru unsur-unsur sastera yang menjadi medium budaya
pun akan subur semula.
NEGERI
SEMBILAN
1. Remaja
hari ini kurang melibatkan diri dalam aktiviti komuniti seperti bergotong
royong
Huraikan
punca-punca berlakunya gejala ini.
Pendahuluan : Peribahasa
pernah menyatakan, bagaimana rentak gendang begitulah
tarinya. Berdasarkan petikan peribahasa tersebut, barangkali sangat tepat untuk
kita mengasosiasikan gerak laku sesebuah masyarakat adalah bergantung kepada
gelombang dan trend semasa masyarakat. Menyalahkan remaja yang tidak mahu
berjinak-jinak dengan aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong royong adalah
umpama meludah ke langit menimpa batang hidung sendiri. Memang benar remaja
hari ini tidak berminat dengan aktiviti seumpama itu akibat didalangi oleh
pelbagai faktor yang menjadi latar kehidupan masyarakat masa kini.
Isi-isi
penting :
Isi 1 :
Masyarakat kini kurang mengamalkan kerja-kerja kemasyarakatan seperti bergotong
royong – masyarakat sibuk dengan urusan sendiri – situasi negatif seperti itu
turut mempengaruhi sikap dan minda remaja
Isi 2 :
Hubungan yang kadang-kadang agak renggang antara golongan dewasa dan remaja –
kedua-dua pihak lebih senang membawa haluan masing-masing – remaja tidak
berpeluang untuk bersama-sama dalam aktiviti sosial golongan dewasa
Isi 3 :
Bebanan berat yang terpaksa dipikul oleh remaja – bebanan terhadap pelajaran
(menyiapkan tugasan sekolah, menghadiri kelas tuisyen dan kelas tambahan) –
masa untuk remaja hari ini terlalu eksklusif
Isi 4 :
Pengaruh permodenan dan teknologi – remaja terlalu terikat dengan budaya ICT,
media elektronik, dan hiburan – menganggap aktiviti kemasyarakatan sebagai
tidak relevan dan tidak ekonomik
Isi 5 : Kesan
daripada budaya kuning – remaja lebih gemar berpelisiran, bergaul bebas,
kecanduan hiburan dan merempit – kesan daripada runtuhnya nilai-nilai murni
dalam masyarakat – remaja tidak terdidik dengan kehidupan yang mementingkan
sikap saling menyokong
Kesimpulan : Merujuk kepada
peribahasa arus di muara dibentuk oleh alur di hulu adalah ternyata bahawa
segala bentuk tingkah laku remaja amat berkait rapat dengan acuan kehidupan
semasa mereka. Keengganan mereka melakukan aktiviti yang berfaedah adalah
berkait rapat dengan asuhan yang mereka terima. Kini tibalah masanya semua
pihak menyedari bahawa segala yang tersasar di hujung jalan baliklah ke pangkal
jalan. Kegiatan seperti bergotong royong hendaklah disuburkan semula dalam
kalangan remaja agar mereka dapat merasai roh dan nilai insaniahnya secara
tersirat.
2. Anda
akan menyertai pertandingan pidato 1 Malaysia peringkat daerah. Tajuk pidato
yang anda pilih ialah ‘Peranan Masyarakat untuk Menangani Gejala sosial dalam
kalangan Remaja’.
Sediakan teks
pidato anda selengkapnya.
Kata
alu-aluan : Sediakan
kata alu-aluan yang sesuai dengan konteks pidato
Pendahuluan : Ibarat peribahasa,
datang bersambut, kata bersulam, dan pergi bersalam, justeru saya memulakan
kalam pidato ini dengan versi pendefinisian. ‘Peranan Masyarakat untuk
Menangani Gejala sosial dalam kalangan Remaja’ boleh saya definisikan sebagai
gemblengan atau usaha bersepadu masyarakat dalam setiap peringkat untuk
mendepani masalah dan keruntuhan akhlak dalam kalangan anak-anak muda belia
yang semakin kronik. Apabila disimpulkan kembali, jelaslah bahawa masyarakat
merupakan lokomotif utama untuk menggerakkan kekuatan dalam menghadapi segala
kepincangan yang ditimbulkan oleh golongan remaja.
Isi-isi
penting :
Isi 1 :
Masyarakat hendaklah menjadi mata dan telinga kepada setiap gerak geri remaja –
menjadi masyarakat prihatin, proaktif dan penyayang
Isi 2 :
Menjadi masyarakat yang saling bersatu padu, bekerjasama, aman dan harmoni – meletakkan
kepentingan komuniti sama penting dengan kepentingan peribadi
Isi 3 :
Menjadi masyarakat yang bijak dan berpandangan jauh – mengutamakan masa depan
remaja – memandu remaja ke jalan yang benar – remaja sebagai pewaris generasi
Isi 4 :
Mengembalikan suasana kehidupan yang sentiasa menjaga tepi kain orang –
sentiasa peka terhadap masalah jiran dan masyarakat umum (peribahasa cubit peha
kanan peha kiri pun sakit juga)
Isi 5 :
Menubuhkan badan-badan sukarela dan NGO – sebagai organisasi yang menyelaraskan
semua kegiatan masyarakat – menjalankan aktiviti seperti pertemuan ramah mesra,
gotong royong dan aktiviti ziarah
Kesimpulan : Meminjamkan kata-kata
‘terdidik remaja sejahteralah negara’ justeru masyarakat tidak boleh berpeluk
tubuh dan bersikap sinis terhadap sebarang kepincangan yang berlaku dalam
masyarakat. Masyarakat yang beku, jumud dan tidak prihatin sebenarnya telah
menyediakan suatu jurang untuk menjerumuskan remaja. Masyarakat yang dinamik
sentiasa berpegang kepada kata-kata, “Pemuda harapan bangsa. Pemudi tiang
negara”.
3. Pengaruh
teknologi maklumat dan komunikasi menyebabkan permainan tradisional semakin
dipinggirkan.
Sebagai
remaja yang berwawasan, berikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk
mempopularkan permainan tradisional di Malaysia.
4. Bencana
alam yang berlaku pada hari ini semakin mendapat perhatian daripada masyarakat
antarabangsa.
Huraikan
peranan yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak untuk membantu negara yang
terbabit dalam masalah ini.
Sampel
Pendahuluan : Hukum
alam merupakan fenomena yang sukar ditandingi oleh kudrat manusia. Bencana
seperti ribut taufan, tanah runtuh, gempa bumi, tsunami, ribut salji, dan
sebagainya bukanlah padan saingannya dengan tenaga manusia. Selain fenomena
alam, kekacauan seperti peperangan turut membawa musibah dan kesengsaraan
kepada manusia. Penderitaan akibat kemusnahan yang tidak tertanggung itu
sentiasa menggamit perasaan terharu kepada insan yang prihatin untuk
menghulurkan bantuan kemanusiaan. Dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri nilai
kemanusiaan sudah lama terbentuk untuk melakukan pelbagai sumbangan kepada
pihak yang ditimpa musibah. Keperihatinan yang sama turut dikongsikan oleh
masyarakat antarabangsa dengan menghulurkan pelbagai misi bantuan kemanusiaan.
Isi 1 : Melaksanakan
tanggungjawab sebagai insan yang prihatin - kita hendaklah prihatin terhadap
nasib malang yang ditanggung oleh insan yang lain - sumbangan yang diberikan
seolah-olah kita turut berasa keperitan yang ditanggung oleh mereka - segala
bantuan dan sokongan akan melahirkan semangat setia kawan dalam kalangan warga
dunia
Isi 2
: Menyahut seruan daripada badan dunia iaitu PBB dan NGO
internasional - sebagai negara yang bergabung di bawah badan induk dunia perlu
saling membantu - turut serta bersama-sama agensi dan NGO seluruh dunia
memberikan bantuan - melaksanakan tugas kemanusiaan tanpa dibatasi agama,
bangsa, adat, dan budaya
Isi 3
: Melahirkan perasaan bersyukur dalam kalangan rakyat Malaysia
- rakyat Malaysia wajar bersyukur kerana bebas daripada malapetaka dan bencana
yang besar-besar -menunjukkan bukti kesyukuran dengan membantu pihak yang
memerlukan bantuan
Isi 4 :
Memberikan pendedahan kepada sukarelawan dan pasukan penyelamat Malaysia
–membina kekuatan minda dan kecekapan untuk membantu menyelamat sesuatu
malapetaka besar– menghantar sukarelawan atas kadar segera
Isi 5 :
Menyalurkan pada kadar segera bantuan keperluan asas (makanan, pakaian, khemah,
dan ubat-ubatan) – langkah darurat untuk menyelamatkan nyawa mangsa
Isi 6 :
Mengadakan konvensyen antarabangsa tentang malapetaka alam – mewujudkan
resolusi mengurangkan kerenah birokrasi politik terhadap misi bantuan
kemanusiaan antrabangsa (perlu wujud gabungan merentas sempadan politik seperti
pertubuhan Palang Merah Antarabangsa)
Kesimpulan : Peribahasa yang
menyatakan, geruh tidak berbunyi dan malang tidak berbau menunjukkan bahawa
bencana dan malapetaka tidak pernah memilih tempat, masa, dan mangsa. Bagi yang
bernasib baik perlulah bersyukur. Malahan mereka wajar membantu sesama manusia
yang ditimpa malang. Segala bantuan dan sokongan tersebut pasti diganjari Allah
dengan pahala yang berlimpah.
5. Anda
telah membaca sebuah novel yang mengandungi banyak nilai murni dan pengajaran.
Berdasarkan
novel tersebut, jelaskan nilai-nilai yang dapat dijadikan pedoman dalam
kehidupan kita.
TERENGGANU
1. Kejayaan
seseorang bermula daripada impian dan cita-cita. Sebagai remaja yang
berwawasan, jelaskan usaha-usaha yang anda lakukan dalam memastikan impian
tersebut menjadi kenyataan.
Soalan ini
saya gantikan dengan sampel jawapan yang sudah ada dalam simpanan saya yang
bentuknya lebih kurang sama. Sila ambil perhatian:
Anda telah
diumumkan sebagai pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM yang lalu. Anda ingin
menyampaikan ucapan penghargaan kepada guru-guru anda seterusnya memberikan
motivasi kepada calon-calon yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini.
Tulis teks
ucapan anda selengkapnya.
Yang saya
hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua, Yang Dihormati para
guru dan seterusnya rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi sekalian.
Rakan-rakan
yang dihormati sekalian,
Terlebih dahulu saya dengan segala besar hati,
merakamkan penghargaan dan terima kasih kerana diberi peluang untuk
menyampaikan ucapan dan berkongsi idea dalam majlis yang sudah pastinya
memberikan impaks yang positif kepada semua yang hadir. Sesungguhnya
saya amat berbesar hati dan ingin menyampaikan penghargaan kepada pihak sekolah
yang telah bersusah payah mengadakan majlis meraikan kejayaan saya pada hari
ini. Terima kasih daun keladi. Pada kesempatan yang amat berharga ini saya
ingin berkongsi idea untuk menyampaikan sebuah ucapan yang bertajuk, “Ciri-ciri
Pelajar Yang Cemerlang.”
Guru-guru
yang saya hormati,
Terlebih
dahulu sebelum meneroka lebih jauh, izinkan saya memberikan penghargaan
istimewa pada para pendidik yang telah membimbing saya untuk menggapai
kejayaan. Teringat saya kepada kata-kata orang bijaksana yang menyebut, guru
ibarat lilin, membakar diri demi menerangi orang lain. Pada hari ini kata-kata
bijaksana itu benar-benar menepati sasarannya, apabila anak didik tuan-tuan dan
puan-puan yang sedang berdiri di sini adalah hasil jelmaan daripada kerja keras
anda. Kejayaan saya bukan datang secara bergolek tanpa kerahan keringat
daripada para guru sekalian. Saya menangis dan saya bergembira kerana kejayaan
ini dan saya yakin siapalah saya di sini tanpa anda? Terima kasih cikgu!
Rakan-rakan
sekalian,
Ciri-ciri pelajar cemerlang adalah
bermaksud, keterampilan diri dalam aspek peribadi, kejayaan cemerlang dalam
akademik dan kokurikulum serta dapat membina interaksi sosial yang sihat dan
berhemah tinggi. Peribahasa Melayu ada menyatakan, rajin dan usaha tangga
kejayaan Selain itu, para pujangga pernah menyatakan, “Hidup tanpa cita-cita,
ibarat sepohon rendang yang tidak berbuah.” Kedua-dua ungkapan peribahasa dan
kata pujangga tersebut memperihalkan seseorang yang tidak mempunyai matlamat
dan cita-cita adalah sia-sia sahaja dalam hidupnya. Pada masa ini
cita-cita kita yang sebenarnya adalah untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup
khususnya dalam bidang akademik. Cita-cita yang bertapak kukuh dalam sanubari
tidak akan menjadi kenyataan tanpa disertai usaha yang gigih. Kegigihan dan
kesabaran semasa belajar menjadi indikator utama kepada setiap orang yang
berjaya. Barangkali kita boleh berkongsi kebanggaan apabila melihat seseorang
itu berjaya dalam peperiksaan. Sebaliknya pula, tidak ramai yang sanggup
berkongsi kepenatan mengerah keringat dan memerah otak ketika belajar. Hakikatnya,
saya ingin memberi nasihat apabila anda inginkan kejayaan bersedialah dengan
mental dan fizikal yang digarapkan dengan ketabahan. Sesungguhnya, tiada pil
atau mukjizat yang boleh menjadi jalan pintas untuk berjaya,
Saudara/i,
Untuk
menjadi pelajar yang cemerlang juga kita hendaklah memiliki ciri-ciri sahsiah
yang boleh dikagumi. Sahsiah yang baik akan menunjukkan akhlak yang
terpuji. Bak kata filosof Imam Al Ghazali, “Mencantikkan wajah bersuluhlah
pada cermin, mencantikkan akhlak bercerminlah pada wajah.” Peribadi yang baik
menjadi modal tanpa wang membolehkan kita disenangi dan diterima baik oleh
sesiapa sahaja. Dengan elok perangai kita mudah memperoleh rakan, kita mudah
berkomonikasi dengan sesiapa jua lantaran penampilan diri kita yang
menyenangkan semua orang. Para akan berbangga apabila memiliki
pelajar ang berperibadi mulia. Mereka pasti berlapang dada untuk mengajarkan
kita ilmu dan sentiasa berdoa agar kita berjaya.
Para intelek sentiasa mengingatkan diri kita
tentang suatu falsafah yang berbunyi, “Apabila kita gagal merancang membuktikan
kita merancang untuk gagal.” Oleh itu, setiap kejayaan tidak akan datang
bak yang bulat datang menggolek dan yang pipih datang
melayang. Setiap kejayaan yang ingin dikecapi perlu disertai dengan
perancangan yang teliti dan perlu dilaksanakan dengan penuh
iltizam. Kita hendaklah menjadi manusia yang berdisiplin dan
bersistem. Kita perlu kepada rutin yang teratur seperti masa makan,
berehat, tidur, dan jadual belajar yang teratur. Sebagai pelajar,
kita sedang memikul tugas berat untuk memperlengkap diri menjadi insan berilmu.
Jadi pada kesempatan ini saya berseru kepada rakan-rakan agar bijak merancang
supaya masa depan kita tidak dibayangi awan gelap.
Saudara/i,
Bakal
seseorang pelajar yang cemerlang semestinya pelajar yang tahu tempat dan latar
asal jadinya. Latar kehidupan kita sebagai pelajar ialah sekolah dan rumah. Di
sekolah pembimbing kita ialah para guru, manakala di rumah yang membimbing dan
membentuk kita ialah ibu bapa dan kaum keluarga. Kepada merekalah kita bernaung
dan kepada merekalah kita memperoleh ilmu sebagai petunjuk dan arah tuju.
Hubungan baik dan sikap patuh serta merendah diri khususnya kepada ibu bapa dan
para guru adalah suatu perkara yang wajib kita lakukan. Janganlah kita
bertindak membelakangi mereka dalam setiap tindakan dan jauh sekali kita
menjadi biadap terhadap mereka. Sentiasalah bermanis muka dan bersangka baik
terhadap guru-guru kerana percikan liur basah mereka bakal menjadikan mutiara
yang bernilai kepada kita. Sementara itu keikhlasan dan doa mereka bakal
memberi restu dan makbul daripada Allah. Ingatlah, tidak jauh seluang melaut
akhirnya balik juga ke muara.
Rakan-rakan
yang dikasihi,
Dalam arena pendidikan pula, pelajar cemerlang
sering diukur berasaskan pencapaian akademik. Pencapaian akademik
yang cemerlang sentiasa menjadi pengukur untuk menilai kekuatan seseorang
pelajar itu. Walau bagaimanapun, akademik bukanlah segala-galanya
yang boleh menentukan pelajar itu unggul. Adik kembar kepada
akademik iaitu kokurikulum juga menjadi sumber terpenting yang perlu dikuasai
pelajar yang cemerlang. Hal tersebut mampu memberi imbangan antara
keterampilan mental, jasmani, rohani dan emosi. Penglibatan aktif
dalam bidang kokurikulum membolehkan seseorang pelajar itu menyesuaikan diri
dengan pelbagai situasi. Pelajar sentiasa terbuka minda dan sikapnya serta
bijak menyelesaikan masalah. Pelajar juga dapat mempelajari selok-belok
kepimpinan apabila terlibat secara aktif dalam bidang kokurikulum.
Hadirin
sekalian,
Sebelum
mengundur diri terimalah serangkap pantun daripada saya,
Kalau ada
sumur di ladang
Boleh kita
menumpang mandi
Kalau ada
umur yang panjang
Boleh kita
berjumpa lagi
Sekian
selamat maju jaya. Terima kasih.
2. Pelbagai
masalah yang timbul dalam keluarga seperti masalah kewangan, masalah anak-anak
dan masalah yang melibatkan ibu bapa itu sendiri. Keadaan ini menimbulkan stres
kepada setiap ahli keluarga.
Huraikan
langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh setiap ahli keluarga dalam menghadapi
tekanan atau stres ke arah melahirkan keluarga yang bahagia.
Pendahuluan : Tragedi-tragedi pelik
seperti bapa mencurah asid ke muka anak, suami membunuh isteri di tempat tidur,
anak membunuh ahli keluarga dan pelbagai kerenah dalam keluarga bagaikan
menjadi suatu fenomena dalam masyarakat moden. Masyarakat yang kononnya semakin
bijak telah mula tenggelam punca dan sanggup melakukan tindakan ganas di luar
batasan. Pelbagai krisis yang melanda keluarga telah menjadi anasir peledak sehingga
keharmonian dalam rumah tangga bertukar menjadi neraka kehidupan. Pelbagai
tekanan emosi mula melanda keluarga sehingga boleh menimbulkan kesan
kemurungan, halunisasi, dan gila. Memandangkan fenomena ini boleh mengancam
kesejahteraan institusi tertua di dunia itu, pelbagai langkah menanganinya
harus diambil dengan seberapa segera.
Isi-isi
penting :
Isi 1 : Ibu
bapa hendaklah mendidik anak-anak dengan ilmu dan kemahiran yang mencukupi
sebelum anak-anak mengharungi alam berumah tangga –
Isi 2 : Ibu
bapa hendaklah sedar bahawa tanggungjawab membahagiakan rumah tangga adalah
suatu amanah dan ibadah – menjadi motivasi untuk melahirkan sebuah keluarga
yang harmoni dan sejahtera
Isi 3 :
Memperlengkap ahli keluarga dengan imu pengetahuan dunia dan akhirat – ilmu
dunia sebagai alat untuk kesenangan hidup sementara ilmu agama sebagai
pengimbang dan kedamaian batiniah
Isi 4 :
Menjalinkan perasaan mesra dan seronok sesama ahli keluarga – mengetepikan
perkara-perkara negatif yang boleh mencetuskan perasaan marah – menikmati
kehidupan berkeluarga ibarat syurga
Isi 5 :
Memilih pihak ketiga sebagai pendamai – langkah penyelesaian terakhir sekiranya
masalah terlalu rumit – semua pihak hendaklan mengetepikan ego masing-masing –
menerima hakikat bahawa bukan semua masalah harus diselesaikan bersendirian
Kesimpulan : Fenomena semasa yang
semakin mencabar secara tidak langsung boleh mempengaruhi mod dan emosi
seseorang. Oleh itu, jikalau darah sudah mengalir ke mata, justeru padahnya
terlalu besar. Jangan dibiarkan dendam yang membara, sebaliknya setiap masalah
hendaklah diselesaikan dengan hemah dan pemikiran yang positif. Tiada masalah
yang tidak boleh diselesaikan ibarat, hendak seribu daya tidak mau seribu
helah.
3. Kebersihan
tempat awam dan kawasan sekitar kerap kali menimbulkan masalah dan rasa tidak
puas hati pelbagai pihak.
Huraikan
peranan pelbagai pihak dalam menangani masalah tersebut.
Pendahuluan
: Dalam
perjuangannya mencari kesejahteraan alam semula jadi yang hakiki, nama seorang
tokoh dengan tiba-tiba melonjak naik. Setiap pencinta alam sudah pasti
mengenali Karam Walia. Beliau begitu tega memperjuangkan kebersihan alam
sekitar di Malaysia melalui wadah TV3. Sama ada dipuji mahupun dikeji misi
memperjuangkan alam sekitar yang lestari terus dipertahankan. Sama ada yang
didedahkan oleh saudara Karam Singh mahu pun oleh pihak-pihak yang lain,
hakikat bahawa alam sekitar di Malaysia semakin tercemar tidak boleh dinafikan
begitu sahaja. Pelbagai isu dan aduan sering terpampang sama ada melalui media
cetak mahupun media elektronik. Menyedari akan kepentingan alam kepada
kesejahteraan insan, semua pihak hendaklah bersikap positif untuk menangani
masalah tersebut.
Isi-isi
penting :
Isi 1 :
Kerajaan hendaklah mempunyai perancangan yang jelas tentang hala tuju alam
sekitar di Malaysia – melaksanakan suatu program yang rakyat benar-benar faham
tentang kelestarian alam sekitar
Isi 2 : Pihak
berkuasa tempatan (PBT) perlu memiliki suatu dasar yang tegas dalam menangani
isu alam sekitar – penjagaan yang rapi, pemantauan yang kerap, dan tindakan
undang-undang yang tegas dan adil
Isi 3 : Pihak
sekolah dan institusi pendidikan menyediakan kurikulum yang langkap tengan
silibus alam sekitar – usaha memperkasakan subjek alam dan manusia di sekolah
dan menawarkan kursus alam sekitar yang wajib diambil oleh pelajar di IPT
Isi 4 : Orang
awam hendaklah mempunyai kesedaran sivik terhadap langkah menjaga alam sekitar
– sikap lepas tangan dan curi tulang membiarkan alam sekitar dijaga oleh pihak
lain hendaklah dikikis
Isi 5 : Ibu
bapa mendidik anak-anak agar mesra alam sekitar dan kebersihan – pendidikan
bermula di rumah
Kesimpulan : Kemusnahan alam
sekitar sebenarnya suatu malapetaka yang pasti ditanggung oleh manusia. Secara
sedar atau tidak sedar, perbuatan mencemarkan alam sekitar adalah mengundang
bencana kepada kehidupan manusia. Oleh itu, tiada sesiapa yang boleh menuding
jari kepada mana-mana pihak, sebaliknya semua orang dituntut supaya memberikan
lebih komitmen terhadap keselamatan persekitaran kita.
4. Perkembangan
industri kecil dan sederhana (IKS) dan Produk Halal Malaysia dapat
membantu menjanakan pendapatan rakyat serta memastikan industri tersebut ke
peringkat antarabangsa. Sehubungan dengan itu, anda diminta menulis rencana
tentang faedah-faedah yang diperoleh daripada usaha-usaha kerajaan dan pihak
swasta dalam memajukan industri tersebut.
Tulis rencana
tersebut selengkapnya.
(SILA RUJUK
RANGKA ISI DALAM SOALAN YANG SAMA DENGAN NEGERI SABAH)
JOHOR
1. Slogan
“Membaca Jambatan Ilmu” menunjukkan bahawa untuk menjadikan aktiviti membaca
mendatangkan pelbagai faedah kepada seseorang.
Huraikan
usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menjadikan membaca sebagai amalan
hidup.
Pendahuluan : Ketika Malaikat
Jibril memeluknya dan mengajarkan baginda membaca, Nabi Muhamad SAW sebelum itu
adalah buta huruf. Namun, dengan berkat membaca yang bermula dengan surah Iqra,
baginda telah bangkit sebagai pemimpin agung yang memancari seluruh jazirah
Arab dan dunia amnya dengan wadah keilmuan yang tiada tolok bandingannya.
Demikianlah suatu keajaiban ilmu dengan wasilah membaca. Membaca Jambatan Ilmu
adalah antara slogan yang menyatakan sekiranya mahu berada dalam
alam bijaksana pilihlah wadah membaca. Demi merealisasikan tradisi keilmuan
itu, wajarlah pelbagai langkah dan strategi diambil oleh seseorang untuk
mengangkat martabat diri ke persada ilmu.
Isi-isi
penting :
Isi 1 :
Memupuk diri sendiri untuk mencintai ilmu dan membudayakan ilmu – ilmu
dijadikan alat mengubah cara berfikir dan gaya hidup
Isi 2 :
Memilih kawan dan khalayak yang gemar membaca dan menuntut ilmu – menjadi
motivasi agar saling menyokong dan bersaing dalam kegiatan yang berfaedah
Isi 3 :
Menyediakan sendiri perpustakaan mini di rumah – sentiasa berbangga dengan
koleksi buku-buku
Isi 4 : Mengunjungi
pusat-pusat pameran buku, kedai buku, dan pusat sumber – dapat membentuk jiwa
yang cenderung dan berminat kepada segala jenis maklumat yang dihidangkan di
dalam buku
Isi 5 :
Menyimpan impian agar pada suatu hari kelak anda akan berjaya menjadi seorang
ilmuwan dan menyumbangkan idea dengan menulis buku-buku – anda sebagai pewaris
ilmu dan penyebar ilmu (peribahasa gajah mati dikenali tulang, harimau mati
dikenali tulang, dan manusia dikenali jasa)
Kesimpulan : Sesungguhnya, insan
yang paling bijaksana ialah insan yang dpat mengenali dirinya. Langkah untuk
mengenali diri hendaklah dengan wadah ilmu. Tuntutlah ilmu sama ada dunia
mahupun akhirat kerana ilmu ......
2. Perasaan
saling menyayangi dan hormat-menghormati sesama ahli keluarga dapat membentuk
masyarakat penyayang.
Berikan
pandangan anda tentang peranan ibu bapa dalam melahirkan individu yang
penyayang.
Pendahuluan : Kalangan bijaksana
berpendapat bahawa, rumah ialah syurga kepada kehidupan dan ada kalanya menjadi
neraka. Pengertian daripada pendapat tersebut menerangkan bahawa, rumahtangga
menjadi nukleus utama yang dapat membentuk keluarga yang bahagia mahupun di
sebaliknya. Pelopor paling penting untuk melahirkan sebuah keluarga harmoni dan
bermawadah tentulah ibu bapa. Elok corak yang dilakari nescaya eloklah keluarga
yang dibina. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang amat besar demi
mencorakkan sebuah rumahtangga yang dilingkungi oleh rahmat dan kasih sayang.
Isi-isi
penting :
Isi 1 :
Menjadi insan yang bertakwa dan patuh pada hukum Allah – insan seperti ini
sentiasa berfikiran positif dan mengetepikan perihal yang negatif – sentiasa
memupuk kecenderungan untuk hidup yang diredai di dunia mahupun akhirat
Isi 2 :
Mengutamakan pendidikan kekeluargaan dengan limpahan kasih sayang kepada
anak-anak – anak-anak yang diajari erti berkasih sayang lebih cenderung untuk
saling hormat dan saling menyokong
Isi 3 :
Berkomunikasi secara lembut dan sopan dengan anak-anak – melahirkan
persekitaran rumah tangga yang harmoni, sepakat, dan memperoleh berkat
Isi 4 :
Melaksanakan tanggungjawab terhadap rumahtangga – memenuhi keperluan asas
fizikal dan memberi anak-anak ilmu pengetahuan
Isi 5 :
Memanjangkan jalinan persaudaraan dengan kaum keluarga dan jiran tetangga –
mendedahi anak-anak tentang cara hidup yang bermasyarakat dengan jalinan kasih
sayang
Kesimpulan : Elok air di hulu,
nescaya jernihlah di muara. Demikianlah peribahasa yang menganjurkan pendidikan
dan tingkah laku yang baik yang dipelopori oleh ibu bapa bakal ditontoni anak-anak.
Mereka akan membesar dengan seimbang dan harmoni kerana lahir daripada acuan
yang sempurna.
3. Keadaan
cuaca yang tidak menentu dan aktiviti pembangunan yang tidak terancang di
sesetengah kawasan di negara kita telah mengakibatkan kejadian tanah runtuh.
Tulis sebuah
rencana tentang cara-cara untuk mengatasi kejadian tanah runtuh.
4. Kemasukan
pendatang asing yang semakin bertambah di rantau ini telah memberi kesan kepada
rakyat dan negara.
Bincangkan
kerjasama yang dapat dilakukan oleh Malaysia dengan negara jiran untuk
mengatasi masalah tersebut.
|
5.
Pantun di
atas menjelaskan bahawa budi dan jasa seseorang perlu dihargai.
Sebagai
seorang pelajar, bincangkan sumbangan yang boleh anda berikan sehingga pihak
sekolah dapat menghargai budi dan jasa anda.
PAHANG
1. Kelulusan
akademik semata-mata tidak lagi menjadi faktor penentu kejayaan seseorang
pelajar setelah mereka meninggalkan institusi pendidikan formal.
Berikan
pandangan anda tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh seeorang pelajar
sebagai pelengkap untuk memasuki alam pekerjaan.
Pendahuluan : Di Malaysia, memasuki
alam pekerjaan adalah menjadi destinasi akhir kepada kebanyakan pelajar. Sama
ada di peringkat sijil, diploma atau ijazah mereka sudah mencongak-congak akan
peluang pekerjaan yang bakal diceburi. Walau bagaimanapun, dalam persaingan
untuk memasuki pasaran pekerjaan, kelulusan akademik sahaja belum tentu menjanjikan
seseorang itu boleh menjawat jawatan yang dicita-citakan. Sebaliknya, individu
yang memiliki pelbagai kemahiran di samping akademik yang baik sudah pasti
dapat memenuhi kriteria yang diperlukan oleh para majikan. Justeru, seseorang
pelajar itu wajarlah memperlengkapkan dirinya dengan pelbagai kemahiran yang
diperlukan sebelum melamar sebarang pekerjaan.
Isi 1
: Memiliki kemahiran dalam berkomunikasi - petah
berbicara, matang mengeluarkan hujah dan pendapat, dan berani berhadapan dengan
pelbagai peringkat klien - berinteraksi dalam gaya yang sopan
Isi 2
: Kemahiran menguasai pelbagai bahasa - mampu berinteraksi
dengan pelbagai lapisan dan peringkat - menguasai bahasa-bahasa penting di
dunia seperti bahasa Inggeris, Mandarin, Perancis, Arab, Jepun, dan banyak lagi
- berpeluang meneroka pelbagai peluang dengan pendapatan lebih lumayan di
seberang laut
Isi 3
: Kemahiran teknologi - penting selaras dengan kemajuan
teknologi global - hala tuju negara menjadi negara maju yang dipacu oleh sektor
perindustrian – teknologi pembuatan, kejuruteraan, dan penciptaan - memiliki
aset utama untuk mencari peluang dalam pelbagai sektor – (pembuatan, pemesinan,
perkakasan, dan operasi)
Isi 4
: Kemahiran dalam ICT – selaras dengan kemajuan teknologi
langit terbuka - mempercepat proses penyebaran dan pemerolehan maklumat melalui
rangkaian internet dan laman web - boleh bersaing dalam gelanggang maklumat
yang menguasai gaya hidup moden (peribahasa tidak boleh hidup seperti katak di
bawah tempurung)
Isi 5
: Kemahiran dalam penampilan dan penyesuaian diri - penampilan
fizikal, gaya bersosial, mengawal emosi, dan matang berfikir - meyakinkan orang
lain terhadap keupayaan diri - mudah diterima dalam kelompok
Isi 6
: Kemahiran-kemahiran seni istimewa - seni suara, seni muzik,
memasak, ketukangan, hiasan, dan dekorasi - sebagai aset tambahan untuk lebih
berdaya saing
Kesimpulan : Tuah ayam nampak di
kaki, tuah manusia tiada sesiapapun yang tahu mengajari kita agar berusaha
mencipta tuah. Oleh yang demikian, penampilan diri dengan pelbagai kemahiran
merupakan tuah yang boleh dicipta demi mencapai kejayaan peribadi seperti yang
diidam-idamkan.
2. Keberkesanan
yang dimainkan oleh ibu bapa dalam sesebuah institusi kekeluargaan mampu
menangani masalah disiplin dalam kalangan remaja.
Bincangkan.
3. Anda
mendapati sungai-sungai di Malaysia dalam keadaan yang tercemar. Sehubungan
dengan itu, anda selaku pegawai alam sekitar terpanggil untuk menyampaikan
sebuah ceramah. Tajuk ceramah tersebut ialah Peranan Masyarakat Dalam
Memulihara Sungai-sungai di Negara Kita.
Sediakan teks
ceramah tersebut selengkapnya.
NOTA :
Karangan ini dalam bentuk berformat. Sila rujuk karangan format ucapan sebagai
panduan anda.
Pendahuluan : Sejarah telah
membuktikan bahawa sungai telah menjadi asas tamadun yang amat penting.
Tamadun-tamadun agung seperti di lembah Ganges, Mesopotamia, Nil, dan Tamadun
Hwang Ho (Kuning) telah menjadikan sungai sebagai tapak budaya dan kebangkitan
sejarah manusia. Malahan hingga ke era moden, sungai terus berfungsi dalam
multifungsinya. Sungai sebagai sumber bekalan air, sungai sebagai sumber
agraria, dan sungai jugalah sebagai sempadan politik tradisional sama ada
antara negara mahupun negeri dan wilayah. Demikianlah realiti fungsi sungai
kepada alam sejagat. Namun, selaras dengan ledakan teknologi dan perubahan
manusia yang secara relatifnya bijak, sungai telah dimangsakan dengan
serakus-rakus. Itulah suatu episod sedih yang terpaksa diharung oleh makhluk
yang bernama sungai dan kini menuntut komitmen saya untuk menyampaikan
ceramah, “Peranan Masyarakat Dalam Memulihara Sungai-sungai di
Negara Kita”.
Isi-isi
penting :
Isi 1 :
Manusia perlu insaf dan belajar daripada sejarah tentang hakikat sungai yang
sebenarnya – sebahagian besar manusia pada hari ini memang buta tentang fungsi
sungai dan hakikat kejadian sungai oleh Allah SWT.
Isi 2 :
Masyarakat perlu sedar tindakan salah mereka menyebabkan tindak balas sungai
yang amat mengerikan – kemarau atau banjir sebagai suatu tindak balas sungai
Isi 3 : Manusia
harus bangkit untuk menentang segala pencerobohan dan pencemaran sungai –
peranan NGO, PBT, dan kerajaan.
Isi 4 :
Institusi pendidikan hendaklah mengutamakan tajuk sungai dalam banyak silibus
di sekolah – melahirkan masyarakat yang terdidik dan mesra sungai
Isi 5 :
Kerajaan wajib mengangkat martabat sungai setaraf dengan infrastruktur yang
lain – menyamai taraf bangunan sejarah, muzium, dan semua aset berharga yang
lain – orang ramai sedar bahawa harta negara perlu dijaga
Kesimpulan : Pelbagai inisiatif
oleh NGO seperti Greenpeace, Kumpulan pencinta alam, dan rakyat marhaen untuk
menyelamatkan sungai, malang sekali semua suara tersebut dilenyapkan oleh
kepentingan fulus dan dolar. Kini khazanah alam tersebut semakin nazak dan
menuntut komitmen kita untuk memelihara dan memuliharakannya. Sedarlah, akan “Peranan
Masyarakat Dalam Memulihara Sungai-sungai di Negara Kita”.
4. Program
pertukaran pelajar antara negara mendatangkan pelbagai faedah kepada pelajar
dan negara yang terlibat.
Huraikan faedah-faedah
tersebut
Pendahuluan : Secara tradisionalnya
manusia dipisahkan oleh sempadan geografi dan geopolitik. Sungguhpun demikian,
pemisahan bukanlah bererti manusia tidak mempunyai persamaan dan nilai murni
yang sama. Cita rasa dan hak untuk dihormati telah wujud secara azali sejak
manusia dilahirkan lagi. Lebih-lebih lagi dalam dunia siber seperti sekarang,
pemisahan secara tradisional sudah tidak relevan lagi. Oleh itu, manusia harus
bertemu dan berkomunikasi antara satu dengan yang lain. Proses tersebut boleh
membuang segala syak wasangka dan sebaliknya dapat membina tamadun alaf baru
yang saling menyokong dan melahirkan suasana menang-menang. Tahap perintis
untuk mewujudkan persefahaman tersebut adalah melalui program pertukaran
pelajar antarabangsa. Tidak syak lagi banyak signifikan di sebalik usaha yang
telah dilaksanakan oleh NGO antarabangsa itu.
Isi-isi
penting :
Isi 1 : Dapat
memperluas jalinan persefahaman politik, ekonomi, dan sosial – mewujudkan suatu
era baru dalam slogan, “Satu Dunia Satu Komuniti” – mewujudkan kedamaian
sejagat dalam alaf baru
Isi 2 :
Membuka ruang minda – pendedahan tentang kepelbagaian budaya, etika, dan ilmu
pengetahuan – pertukaran maklumat antara negara maju dan negara-negara
membangun (peribahasa, jauh berjalan luas pandangan, lama hidup banyak
pengalaman)
Isi 3 :
Mengurangkan persengketaan yang berpunca daripada salah faham politik dan
ideologi – para pelajar bakal menjadi duta kecil yang membawa misi damai dan
menjadi bakal pemimpin masa depan yang mesra keamanan
Isi 4 :
Mewujudkan satu kesatuan budaya masyarakat majuk – saling memahami dan saling
menghormati budaya, adat resam, dan agama – mencetuskan keamanan dengan saling
menghormati hak dan piagam masyarakat lain
Isi 5 :
Sebagai perintis kepada jalinan persahabatan antara negara – wujud hubungan
lebih intim antara negara-negara peserta – boleh mengelak sikap mementingkan
diri serta dendam kesumat dalam kalangan pemimpin dunia
Kesimpulan
: Sesungguhnya,
manusia dijadikan daripada satu hubungan benih antara Adam dan Hawa. Amatlah
ironi apabila manusia sejak dari zaman pratamadun lagi terus bersengketa hingga
ke hari ini. Usaha positif hendaklah digemblengkan agar budaya ‘haiwan’ yang
telah sekian lama mempengaruhi minda sebahagian daripada
pemimpin besar dunia dapat dihapuskan. Alangkah indahnya, apabila manusia dapat
merasai nikmat keamanan yang sejati.
5. Karya
kesusasteraan Melayu mampu melahirkan generasi yang mempunyai semangat
patriotik di negara ini.
Berikan
ulasan anda.
KELANTAN
1. Remaja
hari ini berdepan dengan pelbagai tekanan dalam usaha memenuhi keinginan ibu
bapa dan guru untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Stres yang dihadapi telah
menyebabkan ada remaja yang mengambil tindakan yang tidak sesuai.
Jelaskan
usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menangani stres.
Pendahuluan : ‘Lulus cemerlang
dengan 10A+’, ‘Pergi Tuisyen’, ‘Masuk Kelas Qiraati atau belajar berenang’, dan
‘Masuk Summer Camp’ adalah antara ungkapan yang sudah basah di mulut para ibu
bapa. Sebaliknya, ungkapan yang sama pula sudah menjadi mangli dan alergi
kepada anak-anak. Antara anak-anak dan ibu bapa, malah guru juga kadang-kadang
sudah tidak sealiran sekalipun berada dalam laras matlamat yang sama. Keinginan
yang melampau dan impian tinggi menggunung oleh ibu bapa telah meninggalkan
kesan fobia dan trauma dalam kalangan anak-anak. Mujurlah bagi yang berupaya,
mereka dapat memenuhi hasrat ibu bapa, sebaliknya kepada yang kurang timbullah
pelbagai kesan stres dan kemurungan. Bagi diri saya, isu ini ibarat ditelan mati
bapa diluah mati emak kerana hakikatnya semua adalah penting. Oleh itu, saya
memerlukan beberapa strategi yang berhemat untuk mengimbangi kedua-duanya.
Isi-isi
penting :
Isi 1 :
Bersedia lebih awal – menjadikan agenda belajar mengatasi segala yang lain –
cuba menuruti ikon-ikon cemerlang sebagai sumber rujukan
Isi 2 : Bawa
berbincang dengan ibu bapa dan guru – jelaskan keupayaan sebenar kepada mereka
– dapatkan bimbingan dan motivasi
Isi 3 : Mesti
jelas matlamat dan hala tuju – cita-cita hendaklah diukur kepada minat dan
kemampuan diri
Isi 4 :
Bertemu guru-guru kaunseling – mereka mempunyai kelayakan untuk membuat
konsultasi – kemukakan segala masalah yang terbuku di hati
Isi 5 :
Banyak berdoa dan bermuhasabah diri – tidak melupai Tuhan yang sentiasa
memberikan taufiq dan hidayah-Nya.
Kesimpulan : Memetik kata-kata
dalam pepatah Arab, bahawa setiap penyakit ada ubatnya, jelas menunjukkan kita
tidak boleh tenggelam punca dalam menangani sebarang masalah. Kita wajar
berlapang dada dan dingin kepala untuk mencari langkah penyelesaian.
Kebijaksanaan bukan terletak kepada jumlah A yang dikutip tetapi bijaksana
dalam menguruskan diri umpama, sesat di hujung jalan baliklah ke pangkal jalan.
2. Ibu
bapa merupakan penentu kerjaya anak-anak pada masa hadapan.
Ulaskan
pernyataan tersebut.
Pendahuluan : Peribahasa Melayu
menyatakan kenal getah batang lihatlah daunnya. Peribahasa tersebut menjelaskan
bahawa tingkah laku dan latar belakang ibu bapa akan menentukan hala tuju
anak-anak. Baik ibu bapa, justeru baiklah anak-anak. Anak-anak yang terdidik
daripada keluarga yang harmoni akan menjadi insan yang berguna dan demikian
pula di sebaliknya. Sementara ibu bapa yang mementingkan pelajaran pula akan
menentukan bahawa pelajaran bakal mencorakkan masa depan anak-anak mereka.
Dengan yang demikian, saya berpendapat, keluargalah yang menjadi penyumbang
utama ke arah kecemerlangan masa depan anak-anak.
Isi 1
: Pertumbuhan minda dan sahsiah anak-anak paling berkait rapat
dengan iklim rumah tangga - sikap dan gaya pemikiran anak-anak bermula di
rumah – ibu menujukkan role model terbaik kepada anak-anak - tingkah laku
positif atau negatif ibu menjadi ikutan anak-anak (peribahasa, seperti acuan
begitulah kuihnya)
Isi 2
: Keluarga ialah orang yang paling dekat dengan anak-anak -
ibu bapa khususnya lebih mengenali peribadi anak-anak – mewujudkan suasana
keluarga harmoni di rumah
Isi 3
: Melahirkan zuriat yang sempurna dan seimbang dalam aspek
fizikal, mental, rohani dan emosi - asuhan dan belaian yang sempurna menjadi
‘baja’ kepada pertumbuhan sahsiah anak-anak – hidup dalam suasana bermawadah
Isi 4
: Membina sebuah keluarga yang mementingkan akhlak, agama, dan
ilmu pengetahuan - anak-anak cenderung untuk menuruti jejak ibu bapa
terutama ibu bapa yang memiliki kerjaya yang menarik - ibu bapa dan ahli
keluarga yang lebih tua sentiasa memberikan motivasi dan menjadi sumber
inspirasi kepada anak-anak yang baru meningkat remaja
Isi 5
: Terhindar daripada sebarang tingkah laku negatif
- emosi yang tenteram dan minda yang cerdas menjadi benteng penebat
melakukan perbuatan antimoral - ibu bapa mengawal anak-anak daripada bergaul
dengan budak-budak nakal - minda yang tidak tercemar dengan tingkah laku
negatif mendorong seseorang berfikiran positif
Isi 6
: Menyemaikan bakat dan kebolehan kepada anak-anak - mendominasikan
bakat dan kebolehan daripada ibu bapa kepada anak-anak - ibu bapa dan ahli
keluarga lebih mengenali bakat dan kecenderungan anak-anak – mendorongi mereka
dengan bakat yang positif
Kesimpulan : Keluarga
pasti menjadi nukleus utama untuk anak-anak. Keluarga merupakan institusi
tertua menentukan arah dan hala tuju seseorang. Oleh itu, keluarga yang harmoni
pasti menjanakan kejayaan yang cemerlang terhadap anak-anak. Terbentuk hakikat,
bagaimana acuan demikianlah kuihnya.
3. Industri
pelancongan merupakan antara penyumbang terbesar ekonomi negara. Anda ingin
menulis rencana yang menyentuh peranan yang perlu dimainkan oleh pelbagai pihak
untuk memajukan industri pelancongan.
Tulis rencana
tersebut selengkapnya.
NOTA :
Karangan ini dalam bentuk berformat rencana. Pastikan anda mematuhi arahan
format.
Pendahuluan : Sudah acap kali penganjuran tarikan pelancong
ke luar negara oleh pelbagai agensi sentiasa mendapat sambutan yang
memberangsangkan. Penganjuran tersebut turut disokong oleh pihak kerajaan
dengan menganjurkan Kempen Tahun Melawat Malaysia. Kini Malaysia mula dikenali
di saentero dunia sebagai destinasi pelancongan yang menarik, murah, dan
eksotik. Sejajar dengan hasrat negara untuk menjadikan sektor pelancongan
sebagai penyumbang utama ekonomi negara, maka semua pihak di Malaysia patut
memainkan peranan aktif masing-masing.
Isi 1 : Penglibatan
aktif agensi kerajaan - Kementerian Pelancongan - agensi-agensi di bawah
kementerian berkenaan perlu aktif mempromosikan Malaysia ke peringkat global
Isi 2 : Inisiatif
hendaklah turut digerakkan oleh sektor swasta juga - menyokong dan
mengambil bahagian dalam program galakan pelancongan di luar negara -
membangunkan prasarana pelancongan seperti kemudahan penginapan dan
pengangkutan
Isi 3 : Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) hendaklah menjaga dan memperindah kawasan jagaan
masing-masing - mengutamakan aspek kebersihan dan keindahan -
membangunkan tempat-tempat yang berpotensi menjadi daya tarikan pelancong
Isi 4 : Menyuntik
minda masyarakat agar lebih berfikiran terbuka - melihat sektor pelancongan
secara positif - menyokong usaha pihak kerajaan dan PBT menjaga alam sekitar -
mengamalkan budaya sopan santun, peramah, dan berbudi bahasa
Isi 5 : Penglibatan
aktif duta-duta di luar negara - menyampaikan mesej yang jelas tentang Malaysia
Kesimpulan : Sebagai sebuah negara yang aman dan
harmoni, Malaysia amat strategik untuk dikunjungi oleh pelancong-pelancong sama
ada dari Timur atau Barat. Peluang harus dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya
pada masa ini apabila Malaysia begitu popular kepada pelancong dari Timur Tengah
dan Asia Timur jauh. Peluang yang sedia terhidang hendaklah bijak direbut, bak
kata peribahasa rezeki jangan ditolak, aral jangan diraih.
NOTA : Rangka karangan ini boleh anda
rujuk secara terperinci dalam modul saya edisi 2010 (kulit merah) : soalan 1 ms
57.
4. Akhir-akhir
ini beberapa negara di dunia telah mengalami bencana alam.
Jelaskan
usaha-usaha negara di dunia untuk membantu negara yang dilanda bencana alam.
NOTA : Soalan
hampir sama dengan soalan Negeri Sembilan. Sila rujuk.
5. Peribahasa
‘bukit sama didaki, lurah sama dituruni’ menggambarkan bahawa nilai sepakat
penting dalam kehidupan.
Bincangkan
manfaat nilai tersebut dalam masyarakat.g
MELAKA
1. Sebagai
ketua pengawas. Anda dijemput untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk
“Persiapan Untuk Memasuki Sekolah Menengah” kepada murid-murid tahun enam di
sebuah sekolah.
Sediakan teks
ceramah itu selengkapnya.
2. Keluarga
dianggap sebagai tempat perlindungan untuk ahli-ahlinya berlindung daripada
bahaya dan pengaruh persekitaran.
Berikan
saranan anda tentang peranan keluarga dalam menjamin keselamatan ahli-ahlinya.
NOTA : Saya
padankan semula soalan ini dengan bahan sedia dalam modul saya edisi 2010
(kulit merah). Sila rujuk untuk melihat rangka isi yang lengkap.
Dalam
keresahan gejala sosial yang semakin meruncing, institusi keluarga diyakini
masih mampu menangani gejala tersebut.
Ulaskan
peranan yang dapat dimainkan oleh institusi keluarga untuk membanteras gejala
tersebut.
Pendahuluan: Gejala perbuatan sumbang
antara remaja lelaki dan perempuan, ketagihan dadah, kemaruk hiburan, mat
rempit, dan pelbagai ragam kemacetan remaja lagi sedang terpampang di hadapan
mata kita. Pusat-pusat hiburan dan pusat beli-belah telah ‘ditakluki’ oleh
golongan yang rosak akhlak terutama sekali pada waktu hujung minggu. Naik
jeluak pada fikiran kita apabila melihat aksi remaja yang tidak segan melakukan
aksi sumbang di tengah-tengah khalayak ramai itu. Apabila keadaan ini sudah
semakin kronik, pelbagai pihak mula menuding jari antara satu sama lain.
Masing-masing saling menuduh tentang angkara siapakah yang menyebabkan gejala
ini semakin sukar dibendung? Selain itu, tidak kurang pula yang
berharap supaya ada pihak yang sudi bertanggungjawab untuk mengatasi krisis
ini. Jawapan kepada krisis ini, banyak pihak berpendapat, institusi
keluarga masih diyakini memiliki kewibawaan untuk menanganinya.
Isi 1
: Memperkasakan semula institusi keluarga - banyak institusi keluarga
yang longgar, goyah, dan bermasalah - pengendali keluarga perlu faham akan
fungsi masing-masing dan berusaha menyelamatkan ahli keluarga
Isi 2
: Ibu bapa dan anggota keluarga sering mengambil tahu masalah - perlu lebih banyak
berinteraksi dengan anak-anak terutama apabila mereka meningkat remaja
Isi 3
: Menyediakan keperluan asas yang sewajarnya kepada anak-anak - peka terhadap keperluan
asas anak-anak - menunaikan permintaan anak-anak sekadar yang terdaya
Isi 4
: Mengutamakan pakej ilmu dan pendidikan keluarga melebihi agenda lain
dalam keluarga - menjaminkan
anak-anak menerima pendidikan yang secukupnya sama ada dunia atau akhirat -
mendedahkan anak-anak dengan iklim kehidupan yang baik – kunjungan ke masjid,
institusi sosial, dan ke pusat-pusat kelimuan seperti perpustakaan dan melawat
IPT
Isi 5
: Mewujudkan interaksi yang sihat dan mesra dengan jiran tetangga - untuk melahirkan semangat
kerjasama dan saling bertanggungjawab terhadap segala masalah terutama
yang melibatkan anak-anak remaja
Kesimpulan : Kesempurnaan
minda dan akhlak dalam kalangan anak-anak bermula di rumah. Oleh yang demikian,
untuk melahirkan anak-anak yang baik seharusnya suasana dalam rumah tangga
perlu menjadi baik terlebih dahulu. Dalam arus kebejatan sosial yang semakin
rencam sekarang, wajarlah institusi keluarga diperkasakan agar menjadi benteng
terawal dan terakhir untuk menyelamatkan remaja daripada terus tenggelam dalam
gelombang ancaman wabak sosial.
3. Industri
batik dan songket negara telah mendapat tempat dalam masyarakat melalui
pelbagai usaha yang telah dijalankan dari semasa ke semasa.
Huraikan
langkah-langkah yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak bagi memajukan
industri tersebut.
Pendahuluan : Warisan etika dan
budaya bangsa merupakan aset bernilai yang dapat mengangkat imej sesuatu bangsa
itu. Bukan setakat mengangkat tinggi imej bangsa malahan terdapat sumber
warisan yang boleh dijadikan produk ekonomi khususnya dalam industri
pelancongan. Pada hari ini produk batik sebagai antara produk yang dibanggakan
telah mendapat pengiktirafan dunia. Kehalusan seni reka, canting, dan coraknya
amat mengagumkan sekali. Selain itu, bergerak seiringan dengan industri batik
ialah industri songket turut mendapat sentuhan imej yang cukup membanggakan.
Dalam era globalisasi berinspirasi tinggi kini, kedua-dua produk tersebut mampu
bersaing di pasaran global sekiranya diberikan sentuhan produk yang kompetatif.
Oleh itu, semua pihak harus seiringan menggemblengkan tenaga untuk mengangkat
kedua-dua produk tersebut setaraf dengan industri berstatus internasional.
Isi-isi
penting :
Isi 1 :
Pengusaha produk batik perlu melipatgandakan pengeluaran – untuk memenuhi
permintaan domestik dan antarabangsa
Isi 2 :
Pengusaha juga harus mengutamakan kualiti bahan – fabrik yang halus, warna yang
menarik, dan corak yang kentemporari
Isi 3 : Kerajaan
(Kementerian Perdagangan dan Perindustrian) hendaklah memperluas bidang
industri ke seluruh negara – tidak terhad kepada kawasan tradisional khususnya
di kelantan dan Terengganu
Isi 4 :
Rakyat harus menerima baik pakaian batik – diperagakan sama ada di tempat kerja
mahupun majlis rasmi
Isi 5 :
Kerajaan (Kementerian Pelancongan dan Kementerian Perdagangan dan perindustrian
Antarabangsa) hendaklah mempromosikan produk batik dan songket di pasaran
global
Isi 6 :
Peniaga hendaklah menawarkan harga pada kadar yang kompetatif dan mampu milik
oleh masyarakat di semua lapisan – pendapat umum yang menyatakan secara relatif
harga batik dan songket tempatan terlau mahal
Kesimpulan :
Imen Malaysia pada hari ini bukan sahaja dikenali sekadar juara masyarakat majmuk
semata-mata, malah masyarakat antarabangsa telah mula membuka mata terhadap
pelbagai pencapaian negara. Oleh itu, produk yang amat berpotensi ini harus
mendpat sokongan padu seluruh rakyat Malaysia. Kita menaruh harapan yang amat
tinggi pada suatu masa akan lahir slogan, “Ingat Batik, Ingat Malaysia”.
4. Malaysia
terkenal sebagai destinasi pilihan kepada pelajar asing untuk mencari peluang
perniagaan berdasarkan kekukuhan asas ekonomi, pelaksanaan pelbagai dasar, dan
insentif yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia.
Berikan
pendapat anda tentang pernyataan tersebut.
5. Bakat
semula jadi tidak mencukupi untuk menghasilkan sastera yang bermutu.
Berdasarkan
pengalaman anda membaca novel, berikan pendapat anda tentang ciri-ciri yang
diperlukan bagi menghasilkan karya yang bermutu.
SABAH
1. Guru
merupakan antara insan yang banyak berjasa kepada negara dan jasa mereka wajar
diberi penghargaan. Anda ingin menulis esei bertajuk “Cara-cara Menghargai Jasa
Guru” untuk dimuatkan dalam buletin khas sempena Perayaan Hari Guru sekolah
anda.
Tulis esei
tersebut selengkapnya.
Perhatian :
Soalan ini jenis karangan berformat. Pelajar jangan lupa masukkan tajuk rencana
yang sesuai dan nama penulis.
Pendahuluan : Kalangan bijaksana
pernah menukilkan bahawa, matahari dan bulan yang terang-benderang cahayanya
pun akan gelap apabila sampai masanya, namun suluhan sinar ilmu daripada para
guru akan tetap bercahaya abadi dan selama-lamanya. Kata-kata tersebut
menjelaskan bahawa sumbangan guru terhadap muridnya bukan suatu perkara yang
boleh dihitung dengan jari, malahan percikan liur basah daripada gurulah yang
telah mencipta mutiara kehidupan untuk pelajar-pelajar. Oleh hal yang demikian,
saya dengan penuh kesedaran merakamkam penghargaan kepada para guru tentang
“Langkah dan Cara-cara Menghargai Jasa Guru”.
Isi-isi
penting
Isi 1 :
Sentiasa berdoa kepada Allah agar melimpahi guru dengan rahmat dan keberkatan –
guru dipanjangi usia dalam kesihatan – bertambah ilmu dan hikmah dengan segala
kebijaksanaan – dimurahi rezeki dan selamat dunia dan akhirat
Isi 2 :
Memetik dan menyunting segala mutiara kata dan tunjuk ajar guru – dijadikan
panduan hidup sebagai insan yang berjaya
Isi 3 :
Menghormati guru – menghargai jasa mereka sama ada yang telah lalu atau yang masih
mengajar – tunduk merendah diri dan bersopan
Isi 4 :
Menziarahi mereka sama ada dalam waktu sihat atau sakit – sebagai tanda
hubungan kasih sayang yang tidak pernah putus
Isi 5 :
Mempraktikkan ilmu pengetahuan yang diperoleh sama ada untuk diri sendiri
mahupun masyarakat – membudayakan ilmu dalam kehidupan – menjadi masyarakat
terpelajar
Kesimpulan : Sesungguhnya, Nabi
Muhammad SAW telah berpesan bahawa, “Dua insan yang tidak terputus doa mereka
sama ada baik atau buruk ialah kedua-dua ibu ibu dan guru yang pernah mendidik
kita. Oleh itu, demi kejayaan di dunia dan akhirat, percayalah kepada nasihat
dan tunjuk ajar guru dan taatilah mereka. Sebenar-benarnya insan yang tidak
pernah berbohong kepada kita ialah para guru kerana ilmu bukan perkara yang
boleh dibohongi.
2. Kemelesetan
ekonomi negara telah memberikan kesan kenaikan harga barangan dan peningkatan
kadar pengangguran.
Bincangkan
peranan keluarga dalam menangani kemelesetan ekonomi negara.
3. Penyertaan
masyarakat dalam industri kecil dan sederhana seperti kraftangan, perusahaan
makanan ringan dan pembuatan batik dapat membantu meningkatkan ekonomi
negara.
Huraikan
faedah-faedah industri kecil dan sederhana kepada masyarakat dan negara.
Pendahuluan : Sektor perindustrian
di Malaysia adalah antara penjana utama kemajuan ekonomi negara. Bidang
pembuatan seperti elektronik, pakaian dan automobil turut melonjakkan Malaysia
untuk dudk sebaris dengan negara-negara perindustrian baru khususnya di Asia.
Kini satu lagi sayap perindustrian yang turut dijanakan ialah sektor industri
kecil dan sederhana (IKS) seperti kraftangan, perusahaan makanan ringan dan
pembuatan batik turut menyumbang kepada perkapita negara. Walaupun dipelopori
oleh pemain-pemain industri tempatan, namun IKS telah menatijahkan pelbagai
faedah kepada rakyat dan negara ini.
Isi-isi
penting :
Isi 1 : Dapat
menjanakan pendapatan kepada masyarakat setempat – menyediakan peluang
pekerjaan yang secara relatifnya menyokong pertumbuhan ekonomi setempat
Isi 2 :
Menghasilkan produk yang memenuhi keperluan domestik dan pasaran luar –
industri yang berkaitan dengan memproses makanan
Isi 3 :
Memaksimumkan penggunaan barang-barang mentah tempatan – mengeksport
barang-barang yang siap diproses – produk-produk IKS turut dieksport ke negara-negara
jiran dan termasuk di pasaran Timur Tengah
Isi 4 :
Melahirkan tenaga pakar dan korporat dalam kalangan masyarakat setempat –
sebagai akses untuk membuka peluang anak-anak tempatan menjadi pemain industri
yang mampu bersaing di peringkat tempatan dan internasional
Isi 5 :
Menyokong pasaran setempat – urus niaga bertambah cergas dengan kemasukan
pelbagai jenama baru (makanan, pakaian, perhiasan, dan barang-barang utiliti)
Kesimpulan : Berpandukan kata-kata
dalam peribahasa, berjagung-jagung dahulu sementara padi masak, IKS merupakan
akses yang strategik sebelum sesuatu industri itu mampu bersaing di arena
global. Pada hari ini IKS telah menjadi harapan utama kepada penduduk setempat
untuk meraih peluang mencari rezeki. Dengan hal yang demikian, pihak kerajaan
dan swasta disaran agar lebih proaktif mengenal pasti segala potensi industri
untuk dibangunkan oleh IKS.
4. Kerjasama
antara negara-negara di dunia dapat membantu meningkatkan pembangunan
pendidikan.
Jelaskan
bentuk-bentuk kerjasama antara negara untuk meningkatkan pembangunan pendidikan
di sesebuah negara.
Pendahuluan : Manusia pada dasarnya
mempunyai impian dan matlamat yang sama iaitu untuk hidup bebas dan berjaya.
Sementara itu, setiap orang dituntut agar menghormati hak asasi orang lain.
Hak-hak tersebut seperti hak untuk kebebasan, hak memperoleh kasih sayang dan
hak untuk mencari ilmu pengetahuan. Walau bagaimanapun, dalam konteks mencari
ilmu ada golongan yang masih tersisih dan terperap dalam kepompong buta huruf.
Kalangan negara-negara miskin khususnya masih jauh ketinggalan dalam revolusi
ilmu. Dalam dunia ilmu sebagai wahana perubahan, semua pihak harus proaktif
mengadakan pelbagai kerjasama antara negara agar ilmu pengetahuan dan
pembangunan pendidikan dapat dicambahsuburkan di seluruh pelosok alam.
Isi-isi
penting :
Isi 1 :
Menjalinkan hubungan diplomatik antara negara – jalinan di bawah payung
keamanan dunia tajaan PBB – menyingkirkan perasaan benci dan tamak haloba
antara sesama manusia
Isi 2 :
Menyumbangkan pelbagai prasarana dan logistik ilmu untuk negara-negara miskin –
suatu pelaburan jangka panjang untuk memakmukan dunia
Isi 3 :
Mengeksport tenaga pengajar sama ada secara sukarela ataupun kontrak – tenaga
pakar dari negara-negara maju boleh berhijrah ke negara-negara miskin dan
membangun
Isi 4 :
Menjalinkan hubungan talian pintar antara cendekiawan dan ilmuwan –
memanfaatkan kemudahan teknologi siber
Isi 5 :
Mengadakan program pertukaran tenaga pakar dan tenaga akademik – membolehkan
peluasan ilmu pengetahuan berkembang secara global – sifat dengki dan busuk
hati dan cemberu terhadap nilai ilmu harus diketepikan.
Isi 6 :
Melaksanakan rangkaian institusi berkembar – jalinan kerjasama antara universi
dan kolej dalam usaha memindahkan ilmu
Kesimpulan : Ilmu apabila
dimanfaatkan pasti menjadi lautan rahmat bak kata Pendeta Za’ba,
Ilmu alat
sangat berguna
Idaman orang
yang bijaksana
Hamparnya
luas amat saujana
Tepinya ajal
sempadannya fana
Oleh itu,
agenda peluasan ilmu tidak boleh tersekat dan tidak harus dijadikan milik
peribadi orang tertentu. Ilmu perlu disebarluaskan agar manfaatnya dirasai
insan sejagat.
5. Anda
telah menonton sebuah filem yang begitu menyentuh perasaan. Anda berhasrat
membuat ulasan berkaitan keistimewaan filem tersebut untuk majalah sekolah.
Tulis ulasan
anda selengkapnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)