Sunday 3 June 2012


NOVEL: LESTARI BUKIT MENGHIJAU

Watak utama dalam sesebuah novel mempunyai pelbagai keistimewaan.  Jelaskan keistimewaan watak utama yang anda kaji dalam Tingkatan 2.


Jawapan Contoh

Watak utama dalam novel Tingkatan 2 yang saya kaji  ialah Zahiran . Terdapat banyak keistimewaan yang dimiliki oleh Zahiran.
Dalam usia yang masih remaja Zahiran berbakat besar. Zahiran telah dilantik sebagai ketua dalam operasi  menangkap burung bagi program Kempen Amalan Hijau Sekolah. Bakat Zahiran semakin terserlah apabila dia mengarahkan rakan-rakannya supaya segera melepaskan ikan-ikan yang ditangkap ke dalam kolam kerana air dalam baldi tidak mempunyai oksigen yang mengcukupi untuk ikan hidup. Zahiran juga berbakat sebagai pemimpin apabila membuat keputusan untuk ke rumah Pak Tua bersama-sama dengan rakan-rakannya yang lain untuk mengulangkaji pelajaran walapun pada awalnya rakan-rakannya tidak bersetuju, tetapi atas alasan yang diberikannya mereka bersetuju mengikut arahan yang diberikan oleh Zahiran.
Zahiran  juga tidak mudah gentar. Walaupun ketika Pak Tua difitnah sebagai penjahat dan orang gila kerana kehidupannya berbeza dengan orang lain dan semua orang takut untuk bersua dengan Pak Tua, namun, Zahiran tidak gentar dengan situasi tersebut, malah dia sanggup menolong Pak Tua menukar tayar jipnya yang pancit, dia juga tidak gentar untuk berkunjung ke Bukit Bintangor untuk berjumpa dengan Pak Tua bertanyakan kisah hidup Pak Tua. Dia juga Sanggup mengulangkaji pelajaran di pondok Pak Tua setiap hari.
Zahiran juga istimewa kerana mempunyai rakan sebaya yang baik. Antara rakan-rakannya ialah Kadir, Osman dan Hamzah. Mereka sepakat untuk menjayakan Kempen Amalan Hijau anjuran sekolahnya. Mereka bersama-sama mencari burung seperti yang diarahkan oleh cikgu Idham. Mereka juga dikatakan rakan yang baik kerana sepakat untuk mengulangkaji pelajaran di rumah Pak Tua sebagai persediaan peperiksaan PMR.

No comments:

Post a Comment